ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dongfeng tidak bercadang untuk membeli FCA

Views

Selepas Geely menafikan mereka antara pembida yang berpotensi sebagai pemilik baharu FCA, kini giliran satu lagi calon berpotensi, Dongfeng turut mengikut jejak langkah rakan senegaranya. Reuters melaporkan, jurucakap Dongfeng Zhou Mi berkata mereka tiada perancangan mengenai perkara tersebut buat masa ini.

Pengeluar kereta yang berpangkalan di Wuhan itu juga mempunyai sejarah pelaburan bersama pengeluar asing. Secara kasarnya, mereka memiliki satu per tujuh pegangan dalam kumpulan PSA (yang baru-baru ini membeli Opel dan Vauxhall dari General Motors) bersama dengan kerajaan Perancis dan keluarga Peugeot.

China juga merupakan negara yang mempunyai banyak pengeluar automotif yang sedang merancang untuk meluaskan pasaran mereka ke luar negara dan antaranya termasuklah Shanghai/SAIC, FAW, BAIC, Chang’an, JAC, Chery, dan BYD. Jadi persoalannya siapa di antara mereka yang bakal memiliki pegangan utama dalam FCA dan anda juga jangan terkejut jika perkara ini tidak akan berlaku, hanya wayang semata-mata. Mungkin taktik untuk menaikkan harga saham syarikat masing-masing kot?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply