ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aksesori tambahan bagi model Toyota Hilux dan Sienta diperkenalkan

Views

Berita baik kepada pemilik Toyota Hilux dan Sienta! UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini menawarkan aksesori bagi menyerlahkan lagi penampilan kenderaan mereka. Aksesori baharu tersebut merupakan Aerokit TRD untuk Toyota Hilux Double Cab (generasi semasa) dan Tailgate Assist (untuk generasi semasa dan sebelumnya), serta Aerokit untuk model Sienta. Selain itu, unit SmartTAG yang direka khusus untuk model Toyota yang boleh disambungkan kepada bateri kenderaan dan disimpan di konsol tengah turut ditawarkan.

Aerokit TRD untuk Toyota Hilux:

  • Terdiri dari lima komponen iaitu jeriji hadapan, penutup bawah bampar depan, over fender, skid plate dan tombol gear yang dijual pada harga RM4,800 (termasuk GST dan caj pemasangan).
  • Pemilik Hilux 2.8G turut diberi pilihan tambahan lain seperti empat unit rim aloi TRD bersaiz 18-inci yang didatangkan dengan nut eksklusif.

Aerokit untuk Toyota Sienta:

  • Terdiri dari tiga komponen iaitu spoiler bampar hadapan dan skirt untuk bahagian sisi kiri dan kanan yang ditawarkan pada harga RM2,950 (termasuk GST).

Kesemua komponen tersebut direka khas olehTRD Asia untuk Hilux dan mempunyai standard kualiti yang setanding dengan kenderaan Toyota. Pemilik Hilux atau Sienta boleh membeli dan memasang aerokit ini di pusat servis UMWT dan kerja-kerja pemasangan akan dilakukan oleh pekerja yang terlatih.

Untuk pemilik Hilux juga, Tailgate Assist telah dibangunkan setelah mendapat maklum balas dari pemilik yang memudahkan pemilik untuk membuka dan menutup pintu belakang. Jurutera Toyota telah merekabentuk unit spring/peredam yang boleh mengurangkan berat pintu belakang sehingga 95 peratus. Peredam tersebut mengawal kelajuan bukaan pintu belakang supaya ia tidak terus terhempas ke bawah.

Tailgate Assist dijual pada harga RM985 (termasuk GST) dan ia boleh dipasang pada model Hilux terkini dan varian Double Cab generasi sebelumnya (2005 – 2016). Pemasangan boleh dibuat di pusat servis UMWT. Unit SmartTAG terbina-dalam turut ditawarkan oleh UMWT dan kini pemilik kenderaan tidak perlu risau tentang kecurian alat ini lagi. Ia direka khusus untuk model Toyota dan disembunyikan di konsol tengah.

Unit ini dijual pada harga RM329 (termasuk GST) dan merangkumi alat pembaca kad Touch’nGo dan antena/pemancar yang dilekatkan pada cermin hadapan. Pembaca kad dikuasakan oleh bateri kenderaan, jadi ia tidak memerlukan penggantian bateri dan jika nilai baki kad RM10 atau kurang, ia akan mengeluarkan bunyi beep untuk memberi peringatan kepada pemandu. Toyota SmartTAG boleh dipasang pada model terkini Toyota dan juga beberapa model generasi sebelumnya yang terpilih.

Kos semua aksesori ini juga boleh dimasukkan dalam pinjaman sewa-beli semasa pembelian kenderaan. Kesemua komponen akan diberi waranti kilang dan jaminan kecacatan pemasangan selama tiga tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lanjut mengenai aksesori yang ditawarkan di bilik pameran dan pusat servis Toyota seluruh negara, layari toyota.com.my atau hubungi Talian Percuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply