ARKIB

KATEGORI

Buletin

DRB labur RM1b bangun Proton City

Views

Menurut www.bharian.com.my DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) akan membuat pelaburan lebih RM1 bilion untuk membangunkan Proton City, Tanjung Malim, dalam tempoh lima tahun akan datang. Ia termasuk membangunkan sebuah hab komersial baru dan pelbagai kemudahan lain.

Sekurang-kurangnya dua lagi jenama kereta dijangka dikeluarkan di kilang tersebut tidak lama lagi, sekali gus menjadikan Proton City sebagai bandar automotif menjelang 2015 atau selewat-lewatnya dalam lima tahun akan datang. Setakat ini kilang tersebut hanya 30 peratus kawasan yang disediakan telah dibangunkan. Pihak DRB-Hicom memaklumkan wakil mereka sudah melawat Stuttgart, Jerman dan beberapa negara lain untuk mengkaji model bandar automotif di negara terbabit.

Adakah salah satu daripada dua lagi jenama lain yang bakal dikeluarkan di kilang tersebut adalah Volkswagen? Tunggu pengumuman atau info selanjutnya nanti. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

39 Comments

Leave a Reply