ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Almera dipamerkan di Pavilion!

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini telah mempamerkan model terbaru mereka dalam segment B sedan, Nissan Almera, di Pavilion, Kuala Lumpur. Model ini bakal dipasang secara complete-knock-down (CKD) di kilang Tan Chong, Serendah dan bakal diperkenalkan pada suku keempat tahun ini .

Model ini terdapat dalam versi 1.5l automatik dan manual dan merupakan Sedan Global terlaris Nissan dengan lebih 460,000 unit kenderaan telah dijual sejak dilancarkan pada 2010. Ia mendapat sambutan hangat terutama diChina dan Thailand. Harga dijangkakan sekitar RM70,000 hingga RM85,000 namu pihak Edaran Tan Chong Motor (ETCM) belum memuktamadkan lagi harga sebenarnya.Nantikan kemunculannya tak lama lagi!

Untuk melihat dengan lebih dekat lagi, Nissan Almera bakal menjelajah ke beberapa destinasi terpilih seperti berikut :

Dataran Pahlawan, Melaka : 10hb – 12hb Ogos 2012

Queensbay Mall, Bayan Lepas, Penang: 16hb – 21hb Ogos 2012

Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor: 23hb – 26hb Ogos 2012

Autocity, Juru, Penang: 30hb Ogos – 2hb September 2012

East Coast Mall, Kuantan, Pahang: 31hb Ogos – 2hb September 2012

Gambar ini telah diambil dari facebook nissan malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

34 Comments

Leave a Reply