ARKIB

KATEGORI

Buletin

EMOS kini pengedar ekslusif skuter KYMCO di Malaysia

Views

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat MODENAS kini sah sebagai pengedar eksklusif baharu jenama KYMCO di Malaysia. EMOS akan bertanggungjawab bagi pengedaran, jualan dan pemasaran KYMCO di pasaran tempatan. Dua model KYMCO – skuter 250i Downtown dan 400i Exciting akan masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

KYMCO merupakan pengeluar motosikal, skuter dan kenderaan serbaguna (ATV) nombor satu di Taiwan, dan kelima terbesar di dunia dalam segmen skuter dan motosikal. Mereka mempunyai kedudukan yang kukuh di Eropah, Amerika Utara dan Australia. Sepanjang lima dekad yang lalu, KYMCO telah berjaya memasarkan lebih daripada 10 juta unit skuter, motosikal, e-motosikal dan ATV di 100 buah negara, dengan perolehan jualan tahunan melebihi USD 1 bilion

Kerjasama dengan EMOS bakal mengukuhkan semula jenama KYMCO di pasaran Malaysia. EMOS menyasarkan untuk menguasai lebih daripada 25% pasaran skuter tempatan menjelang bulan Mac 2017. Skuter menyumbang sebanyak 13% daripada keseluruhan jumlah industri jualan motosikal negara sebanyak 60,000 unit pada tahun lepas. Untuk mencapai sasaran ini, EMOS telah melantik 30 pengedar eksklusif di seluruh Malaysia, termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Nantikan kemunculan Modenas Karisma 125 dan Elegan 250 serba baharu pada 25 November nanti!

KLIK UNTUK BESARKAN

modenas-karisma-125 modenas-elegan-250 emos

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply