ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dakwaan mengenai isu stereng terkunci pada model Perodua Axia adalah tidak berasas

Views

Perodua Sales Sdn Bhd melalui kenyataan akhbar dari Pengarah Urusannya, Dato’ Dr. Zahari Husin memandang serius mengenai dakwaan terdapat stereng terkunci pada Perodua Axia yang terpapar di halaman sosial media baru baru ini. Dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan pihak Perodua bersama beberapa agensi berkaitan telah membuat siasatan menyeluruh ke atas dakwaan tersebut.

Perodua turut kesal dengan tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakwaan palsu ini yang mana telah menjejaskan jenama Perodua. Mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencari mereka yang terlibat dan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan yang bersesuaian atas pihak yang bertanggunjawab.

Perodua juga turut memberi jaminan kepada pelanggan mereka bahawa semua kenderaan yang dijual telah melalui prosedur keselamatan yang ketat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti kami termasuk agensi berkaitan seperti SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perodua sentiasa memastikan ciri ciri kualiti dan keselamatan diterapkan di setiap produk dan perkhidmatannya. Nilai nilai ini menjadi prinsip asas Perodua dalam memberikan yang terbaik demi kesejahteraan pelanggan dan juga kakitangan Perodua sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada pelanggan dan mempunyai pasukan khas untuk menyelesaikan apa apa isu berkaitan produk mahupun perkhidmatannya, jika ada.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • Stereng terkunci. Salah satu kes terpencil. Dalam 100k Kenderaan mungkin satu ja berlaku. Jadi kes seperti ini jangan diviralkan atau anda akan didakwa menyebarkan fitnah. Tiada kes/bukti lain bagi membantu dakwaan tersebut.


  • if the car is a manual transmisioned. hit the brake hard in rainy day, given the tires are bald. for sure the the wheels locked, provided the clutch is not depressed properly. engine therefore stalls hence eps steering turns heavy unassisted feels as if its being locked.

    how about that….


  • Dari rata-rata pengguna yang mengalami masalah/situasi ini berkata bahawa seolah-olah kenderaan tersebut hilang kuasa elektrik dan menyebabkan beberapa alat elektronik seperti odometer, lampu dan signal tidak berfungsi serta stereng terkunci kerana stereng telah kehlilangan kuasa “EPS”.


  • saya owner axia tapi tak berpihak kepada mana2 pihak.. cuma nak story sikit2 beberapa bulan yang lepas, ada seorang owner mengadu pasal “steering lock” ni dalam group axia.. group nama maxoc atau aocc saya tak pasti.. tapi kalau kamu semua cuba search maybe post dia sudah di padamkan.. maybe.. saya tak try search pulak.. malas..

    owner mengadu pasal “steering lock”, tapi term sebenar yang dia ceritakan pada orang lain ialah “steering rasa berat”. bila diceritakan semula oleh orang2 lain tu, dia dah jadi “steering lock” pulak. tak kisah la mana2, yang pasti berkaitan steering. cuma bagi saya perkataan “steering lock” kurang tepat sebab kalau kita lock steering masa parking, steering tu menghala ke kiri sedikit. secara logik nya, kereta akan terbabas ke belah kiri jalan tapi yang saya nampak ada kereta terbabas ke belah kanan jalan..

    then dia story apa yang terjadi pada dia, dia dah buat report apa bagai, dan hantar perodua untuk rectify problem sebenar. saya tak tahu apa update dia lepas tu sebab saya tak follow sangat. saya bukan kaki facebook pun. yang sempat saya baca komen2 pada post dia, ada yang bash dia, ada yang tanya elok2 untuk tahu perkara sebenar.. then saya sendiri pun tak tahu lah, apa kesudahan cerita dia.. stop sini..

    cuma saya nak beri pendapat, bila kereta kita eksiden, dan mangsa mengadu pasal steering lock atau whatever problem yang related to steering, adakah manufacturer nak mengaku kalau problem tu memang betul2 ada? saya rasa manufacturer tak kan mengaku sebab problem steering ni sangat berkait rapat dengan nyawa driver. gagal kawal kenderaan = gg

    bagi saya agak bias bila manufacturer check sendiri kereta dia yang eksiden, nak2 bila mangsa claim ada problem yang related to steering. sapa nak mengaku kalau betul2 ada? memang beri impak besar pada sales la jawabnya

    cadangan saya untuk ketelusan, check dengan 3rd party. mangsa boleh appoint sendiri mana2 pihak jadi wakil dia. bagi saya macam ni baru adil. dua-dua puas hati. insya Allah.

    keselamatan hak kita bersama

    sekian dari saya, owner axia since januari 2015


    • Antara induvidu dan manufacturer semestinya bukan tandingan.. Saya pernah terdengar lagu liriknya berbunyi..

      “Aku orang kecil
      Engkau orang besar
      Kau ibarat gajah
      Ku hanya semut merah”

      Lebih kurang bunyinya.. kalau salah betulkan.. :p


      • betul tu.. mangsa bukan siapa2.. rakyat biasa.. nak lawan bos2 syarikat besar.. boleh tahu sape menang sape kalah.. saya rasa agak tak adil di situ.. cuba kalau mangsa tu anak pak menteri, anak orang kenamaan, apa akan jadi agak2? baru lah buku bertemu ruas kan?

        sama je macam kes nasik lemak penerbangan MAS.. penumpang biasa2 je komplen nasi lemak tak berapa best,, diorang nak entertain? tak kan.. sekali chef wan bising kat instagram dia, baru viral dan ada tindakan..

        sejujurnya sepanjang pakai axia, antara benda yang dah rosak dan perlu saya tukar ialah, aircond compressor, sensor depan, bateri kereta.. around 1 year je pakai dah jumpa problem2 ni.. nasib baik ada warranty kan.. bateri je warranty dah habis..

        so bagi saya pasal kualiti kereta ni sangat subjektif.. nasib2 lah.. pakai lah perodua ke, proton ke, ada rezeki, takde problem.. takde rezeki, pakai merc pun boleh asyik problem kan..


  • Kebanyakan berita yang tersebar berkenaan stereng terkunci hanyalah dari model Axia dan bukan model lain-lain.. JPJ & Puspakom perlu dilantik untuk menyiasat secara terperinci..

Leave a Reply