ARKIB

KATEGORI

Buletin

Empat Pengedar Proton Bakal Naik Taraf Kepada Pusat 3S & 4S

Views

Baru-baru ini Proton telah menandatangani perjanjian Naiktaraf Rangkaian Pengedar bersama kumpulan pertama yang bakal menyaksikan penambahbaikan cawangan mereka kepada pusat 3S dan 4S. Empat pengedar tersebut adalah Baiduri Auto Sdn Bhd, Bunga Raya Auto Credit Sdn Bhd, Setia Gemilang Auto Sdn Bhd dan Vantage Speed Sdn Bhd. Cawangan yang telah dinaik taraf akan menjadi pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan penting seperti pejabat jualan, perkhidmatan selepas jualan, jualan alat-alat ganti serta perkhidmatan membaiki dan mengecat.

Penambahbaikan cawangan pengedar, pengubahsuaian dan penempatan semula sedang dilakukan untuk memastikan premis baharu sesuai dengan imej baharu Proton yang bakal menyaksikan penampilan dan persekitaran yang baharu. Ini juga sebagai persiapan kepada pengedar bagi pengenalan SUV pertama Proton yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pelanggan kini boleh terus membaiki di tempat mereka membeli kenderaan tersebut dan Proton akan memastikan cawangan-cawangan yang dinaik taraf dapat memenuhi semua keperluan jualan dan perkhidmatan. Tambahnya lagi, selepas ini Proton bukan sahaja menjual kereta tetapi juga menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kerana menyediakan pengalaman kelas pertama kepada pelanggan adalah sangat penting kepada syarikat dan jenama tersebut.

Proton juga mahu menjadikan cawangan yangtelah dinaik taraf ini untuk kelihatan lebih segar dan moden supaya pelanggan merasa lebih seleasa dan istimewa. Pengubahsuaian pada cawangan-cawangan pengedar yang dinaik taraf dijangka siap menjelang suku kedua 2018. Menurut Andrew Quek dari Setia Gemilang, mereka bakal menyediakan ruangan bilik pameran mewah yang mampu memuatkan sebanyak 11 buah kereta, 14 ruangan servis, 10 ruangan membaiki dan mengecat, 30 ruangan parkir pelanggan serta ruangan menunggu baharu yang lebih selesa.

Bagi Bunga Raya Auto Credit, Lee Chee Hong memberitahu bahawa keputusan mereka untuk menaik taraf dari pusat 1S+2S ke pusat 3S adalah berdasarkan keyakinan mereka terhadap jenama Proton. Mereka juga yakin produk Proton pada masa akan datang bakal menjadi produk yang berkualiti premium. Aref Borhan dari Baiduri Auto berkata, dengan adanya pusat 4S pelanggan tidak perlu mundar-mandir dan mencari tempat menunggu sementara kereta mereka dibaiki.

Chong Kok Boon dari Vantage Speed pula menambah,  ianya penting untuk menawarkan penyelesaian di bawah satu bumbung kepada para pelanggan kerana ia akan meningkatkan keyakinan mereka untuk membeli kereta Proton. Dengan adanya skim sokongan insentif pengedar Proton, ia telah membuka peluang kepada para pengedar untuk melabur dan menaik taraf cawangan mereka ke pusat 3S dan 4S. Tawaran ini juga terbuka kepada sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam pengedaran baharu. Skim ini juga menunjukkan komitmen perkongsian perniagaan bersama antara Proton dan pengedar.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply