ARKIB

KATEGORI

Buletin

KLIMS18 Bakal Kembali Tahun Ini!

Views

Setelah lima tahun menghilang, Kuala Lumpur International Motorshow 2018 (KLIMS18) bakal kembali membuka gelanggang! Berita ini sudah pastinya bakal mengubat kerinduan para peminat automotif tempatan kepada pameran permotoran terbesar dan terulung di negara ini yang dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Kali terakhir kita semua menyaksikan acara ini adalah pada tahun 2013 (KLIMS13) yang menyaksikan pelbagai model konsep dipertontonkan.

Anda pasti teringat model Perodua Buddyz Concept sedan yang menjadi tumpuan dalam acara tersebut kan? Walaupun tanpa kehadiran Proton pada edisi tersebut, namun acara yang biasanya dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada awal bulan November tetap meriah. Kami jangka edisi kali ini berkemungkinan bakal berpindah ke lokasi baharu, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang lebih besar dan selesa.

Buat masa ini tarikh dan lokasi KLIMS18 masih belum diketahui dan ia bakal diumumkan pada minggu hadapan semasa pelancaran rasmi acara tersebut. Adakah edisi kali ini bakal menyaksikan Proton kembali menyertai KLIMS18? Menurut firasat kami KLIMS18 mungkin bakal menjadi lokasi pengenalan model SUV dari Proton dan Perodua, boleh jadi dalam bentuk model konsep, pra-tonton atau pelancaran rasmi. Mungkin juga ada beberapa model konsep yang bakal membuat kejutan nanti, teruskan mengikuti perkembangan acara ini di laman web kami dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply