ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Empat tips Waze untuk rutin perjalanan anda sepanjang bulan Ramadan

Views

Ramadan merupakan masa untuk berefleksi dan beribadat secara rohani, di samping menjalankan ibadah puasa untuk sepanjang bulan. Umat Islam di kalangan kita akan tertumpu kepada waktu solat dan masa untuk orang yang tersayang. Bulan Ramadan juga merupakan salah satu tempoh yang paling sibuk di atas jalan raya, jadi alangkah baiknya jika rakyat Malaysia dapat mengelakkan tekanan tambahan yang diakibatkan oleh kesesakan lalulintas.

Dengan itu, Waze telah menyediakan empat tip dan ramalan lalu lintas yang berguna untuk bulan Suci ini berdasarkan corak perjalanan dan statistik tahun-tahun yang lalu.

Tip #1: Elakkan “PM Rush” (Perjalanan Waktu Petang)!

Berdasarkan data lalu lintas tahun lalu, Waze meramalkan bahawa rakyat Malaysia akan mengalami perubahan dalam penggunaan jalan raya, dengan jam 4 petang hingga 7 malam menjadi waktu tersibuk pada bulan Ramadan, berbanding jam 5 petang hingga 9 malam yang selalunya dilihat pada bulan-bulan lain. Adalah disyorkan bahawa mereka yang bergegas pulang untuk “buka puasa” mengelakkan perjalanan antara jam 4 petang hingga 7 malam.

Tip #2: Rancang perjalanan anda terlebih dahulu pada hari Jumaat

Waze juga telah memerhatikan suatu perubahan lain dalam penggunaan jalan raya, di mana ramai yang akan memandu pada hari Jumaat semasa bulan suci Ramadhan. Hari Jumaat adalah hari yang paling penting untuk komuniti Islam, kerana para keluarga akan keluar untuk bersolat Jumaat sebelum menikmati hujung minggu mereka.

Mereka yang akan keluar memandu pada hari Jumaat dinasihatkan untuk merancang pemanduan mereka dengan memeriksa aplikasi Waze terlebih dahulu untuk menentukan keadaan lalu lintas sebelum memulakan perjalanan pulang mereka dari pejabat ke lokasi “buka puasa”.

Tip #3: Biarkan lambat, asalkan selamat semasa di lebuh raya

Walaupun lebuh raya memudahkan perjalanan anda, para pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga. Waze telah mendapati bahawa kawasan-kawasan lebuh raya yang sering  berlakunya kemalangan adalah di Lebuhraya NKVE, Jalan Kuching dan Lebuhraya Salak. Gunakan Waze untuk memeriksa jika ada kemalangan di hadapan laluan anda dan pilih laluan yang berbeza supaya tidak menambah kepada kesesakan lalu lintas.

Tip #4: Laporkan Isu-Isu Jalan Raya dengan Waze

Jika anda melihat sesuatu kejadian di jalanraya, sama ada ia kemalangan, lubang di permukaan jalan atau kereta yang tersadai di tepi jalan, buatlah laporan di Waze untuk membantu rakan-rakan Wazers lain. Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1.   Ketik Reports . Ini akan menyimpan informasi lokasi anda jika anda tidak mahu menyerahkan laporan itu dengan segera.

2.  Pilih jenis laporan dari menu Reports.

3. Ketik Send untuk menyerahkan laporan tersebut.

Elakkan kesesakan lalu lintas di bulan Ramadan ini, supaya anda boleh meluangkan lebih banyak masa bersama orang-orang yang tersayang. Muat turun aplikasi Waze untuk mengujinya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply