ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi sebuah Mercedes Benz GLC 200 Exclusive Line dengan Chevron dan Mastercard

Views

Chevron Malaysia Limited, yang membawa jenama Caltex®, mengumumkan inisiatif terbaharu –  kempen “Tap & Go” with Mastercard Contactless at Caltex” . Pemegang kad Mastercard tanpa sentuh yang menggunakan fungsi tersebut berpeluang untuk memenangi sebuah Mercedes Benz GLC 200 Exclusive Line baharu tanpa sebarang kriteria perbelanjaan minima.

Perry Ong, Pengurus Negara, Malaysia dan Brunei, Mastercard berkata, syarikat bekerjasama dengan Chevron and Caltex® begitu komited untuk bekolaborasi dengan rakan niaga untuk mempromosikan pembayaran tanpa sentuh dan meningkatkan pengalaman pembayaran pemegang kad secara keseluruhan.

Shahid Ahmed, Pengerusi Negara, Chevron Malaysia Limited pula berkata, sebagai pembekal bahan bakar utama dengan sistem pembayaran tanpa sentuh siap sedia di seluruh negara, di terminal dalam mahupun luar, pelanggan bakal merasai pengalaman perjalanan yang lebih memuaskan. Syarikat juga sedang berusaha sebaik mungkin demi merealisasikan visi Bank Negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat tanpa tunai di Malaysia.

Chevron dan Mastercard bakal mengadakan kempen mulai 1 Mei sehingga 31 Ogos 2018, di mana pemegang kad Mastercard perlu membeli mana-mana produk Caltex (Premium95, Premium97, Diesel, dan Power Diesel Euro5) atau pembelian barangan di kedai serbaneka Mart menerusi transaksi tanpa sentuh Mastercard, peluang untuk memenangi hadiah utama sebuah Mercedes-Benz GLC 200 Exclusive Line.

Kempen ini juga turut merangkumi pemberian 131 hadiah premium, iaitu 30 unit Honda BeAT dan 100 unit kad Mastercard dengan nilai prabayar RM 1,000. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.caltex.com.my atau https://www.facebook.com/Caltex.Malaysia/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply