Walaupun ketika ini demam Saga baharu sedang melanda, model pertama hasil usahasama Proton dan Suzuki, MPV segmen-B, Ertiga semakin giat dan rancak diuji. Kelibat model prototaip ujian ini telah berjaya dikesan oleh Faiz Rusli sekitar lebuhraya menghala ke KLIA dan ia masih lagi dibalut dengan celoreng penyamaran. Ertiga bakal mengekalkan namanya apabila dilancarkan pada bulan Oktober nanti, nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
Ertiga 2016 dikhabarkan telah dipertingkatkan ride n handling nya, penambahan ciri-ciri keselamatan selain penambahbaikan NVH.. Kekal menggunakan enjin dari Suzuki, dan namanya kekal Ertiga..
Ramalan Harga bermula dari 45k hingga 60k, hampir sama harga Alzza.. Ertiga 2016 pasti akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana kita sudah sedia maklum model Alzza hampir sampai tarikh expired dan masih tiada model pengganti.. Promosi dari masa kesemasa sangat penting bagi mendapatkan sambutan yang menggalakkan..
Model-model mini-MPV lebih mendapat tempat di hati pembeli berbanding model estate/wagon.. Jika pengeluar di Eropah popular dengan estate/wagon Cross AWD, mungkin mini-MPV cross AWD boleh dipertimbangkan..
Mmm… model estate/wagon tidak popular di m’sia. Alternatif model ini adalah mini mpv di msia. Ini kerana 3rd row mudah disesuaikan utk kegunaan wagon.
Cheers!
Nissan Livina tu laku jgk.. wagon la tu! 🙂
Mmm… G livina tu MPV bang. Cuma Mpv dgn gaya pemanduan sedan:)
Cheers!
Dalam iklan mengatakan G. Livina sebagai MPV dengan pemanduan sedan.
Yang disebut MPV Dan sedan. Hmmm
Orang Malaysia majoriti berminat dengan mini-MPV ringkas seperti Alza, Avanza, Exora Grand Livina & Innova.
Proton kna kurangkan pekerja untuk mengelakkan kerugian. Image proton akn meningkat apabila tiada berita mengenai kerugian proton dilaporkan di media.
Seterusnya menambah baik model sedia ada disamping mengeluarkan model yang di perlukan pengguna.
Kurangkan 2 3 org bos paling besar yg gaji puluh ribu tu cukup. Yg gaji 1k lebih apa ada efek sgt. Proton bos ramai sangat.
Pengerusi pProton x perlu yang bekas PM atau bekas2 YB. Buat naikkan kos saja. Ambik saja dari kalangan Proton juga jadi Pengerusi.
Untuk mengurangkan laporan kerugian, proton perlu kejar profit melalui sales dan services. Bukan buang pekerja. Kerana proton adalah kompeni nasional yang mementingkan tanggungjawab sosial (menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat)
Keutamaan adalah pada kebolehan syarikat mencapai keuntungan supaya boleh terus hidup. Soal tanggungjawab sosial ni bila dah untung nanti baru boleh cerita. Kalau rugi tak payah cerita lagi baik.
staff bkn eksekutif pn yg bodoh sombong buat keja lebih kurang tu elok vss kan.. buang je. simpan buat menyemak dan jd parasite dlm production!
nk jd national car utk majukan negara bkn jd gudang simpan pekerja bermasalah.. skrg ni dikatakan antara yg faktor masih membelenggu pengurusan Proton.. konon nak jd sgtlah ‘tgjwb sosial’.. plsss la be professional demi kelangsungan Proton!
Beware Proton,
Perodua mungkin bakal keluarkan daihatsu sigra mpv dengan harga mula RM33k harga dari tukaran wang indonesia
https://www.youtube.com/watch?v=9DJ6_2Y0QcU
http://www.toyotaagya-daihatsuayla.com/2015/12/promo-harga-daihatsu-3baris.html
Juga ada daihatsu cast turbo version dan enjin lagi jimat mungkin pengganti perodua myvi
ada version sport, style and activa
https://www.youtube.com/watch?v=VuwM0mBTOoA
http://www.autoevolution.com/news/2015-daihatsu-cast-kei-car-leaked-ahead-of-official-debut-video-photo-gallery-99699.html#agal_0
Perodua memang akan ambil model dari daihatsu kat jepun
Alza dah cukup kompak, kalau bawa sigra lagi kecik. Di Indonesia boleh jual kerana pasaran MPV di sana memang besar. Tapi di Malaysia saya tak berapa yakin dengan idea MPV untuk bandar. Walaubagaimanapun, . Mungkin produa boleh bawa ke Malaysia untuk tambah opsyen kepada pembeli yang memerlukan MPV tetapi dengan bajet yang terhad
Sangat bagus dan setuju jika Perodua ada model pengganti Alzza yang akan ditamatkan pengeluarannya bila-bila masa.. Sigra mpv dengan jangkaan harga 33k hingga 55k dengan penarafan 4-bintang ASEAN NCAP sangat berpatutan..
Perodua perlu penambahan model-modelnya.. Perkenalkan semula Kenari, Kelisa dan tambah model/rebadge model-model daihatsu yang sedia ada.. Sangat yakin Perodua pasti akan berjaya.. Daihatsu Copen pun menarik jika di rebadge Perodua..
Mmm… kalau myvi baru replace by daihatsu cast, sy rasa bukan la opsyen yg baik. Kerana keberadaan myvi yg popular di M’sia adalah kerana penawaran terhadap model super mini hatchback yg spacious ruang kabinnya utk family berkeluarga kecil kegunaan bandar. Cast nie bentuk dah ala-ala mini cooper. Lagipun lampu depan obviously roundish cengitu tidak begitu digemari sebagai trend di M’sia:) Lebih baik myvi kekal dgn modifikasi model abangnya toyota passo baru dgn sedikit pengubahsuaian lampu depan yg nampak lebih hensem n redup mata memandang berbanding bulat terbeliak bagaikan terkejut melihat model2 baru prootn yg menjengah di pasaran:) ekeke.
Mpv alza dah patut ada mengganti kalau nk terus bersaing dgn pesaingnya seperti prootn bila proton pun dh mula memasuki pasaran mini MPV dgn pengenalan percubaan sulungnya; ertiga memberi saingan kpd alza. Bagi sy model sigra adalah sesuai sebagai pengganti kerana sigra juga dibangunkan dari platform Axia/alya/agya. Dari platform ini jugalah Bezza terhasil. Dgn itu pengenalan dgn 3 model dgn DNA yg sama (Axia, bezza n sigra) memberi gambaran baru family design perodua di masa depan:)
My 2 cents.
Cheers!
Daihatsu cast rebadge sebagai Kelisa mk2 lebih sesuai.. O: yay