ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga – Evolusi ‘kereta rakyat’

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

Setelah diberi peluang untuk mencuba produk automotif paling penting untuk Malaysia tahun ini, kami merasakan Saga baharu yang bakal dilancarkan minggu depan merupakan satu simpanan pemikiran baharu di Proton. Maksud saya, Saga baharu ini menunjukkan bahawa Proton sedang mengubah cara mereka berfikir tentang kereta, kalau dulu semuanya difokuskan kepada pemanduan dan pengendalian (ride and handling) dan kemudian segala aspek keselamatan, kini Shah Alam melonjak ke atas batu baharu bergelar penghalusan ataupun refinement.

Saga baru ini adalah titik penting bagi Proton kerana ianya berpotensi menjadi model yang menjadi jambatan kepada jurang kewangan yang semakin membesar dan sekiranya ia gagal mencatat angka jualan yang sihat maka kita mungkin menyaksikan terbentuknya satu titik hitam dalam sejarah automotif negara. Pada pendapat kami, fokus kepada keselesaan, kesenyapan kabin dan pengurangan gegaran adalah langkah yang paling tepat kerana inilah antara faktor paling penting yang mewarnakan pengalaman pemilikan sebuah kenderaan. Setelah memandu di sekeliling litar ujian, jelas Saga baharu begitu selesa memegang watak ‘kereta rakyat’ dengan menawarkan pelbagai kejutan kepada mereka yang hanya mampu membeli kenderaan di bawah harga RM40,000.

ruang-bagasi

Harga model asas Saga dijangka berlegar di sekitar RM36-RM38 ribu manakala model paling canggih pula dikatakan akan bermastautin di daerah harga RM45-48 ribu. Proton merasakan model Saga elok diperkemaskan bagi memberi rakyat sebuah kereta yang penuh dengan spesifikasi terkini. Ramai berkata kita tak perlu bersembang tentang ‘Proton Ride and Handling’ kerana ianya bagai mentari pagi, sudah pasti tapi saya suka juga berceloteh tentang perbezaan resepi antara model model Proton dan di antara Saga dan Persona saya lebih suka memandu Saga.

Tak dapat dinafikan bahawa sistem gantungan Persona lebih afdhal dalam menyerap hentakan dan permukaan tak sekata tetapi entah kenapa kabin Saga ini pula yang lebih senyap. Jentera 1.3-liter VVT Proton memang dikenalpasti menghasilkan kurang gegaran dari abang 1.6-liter dan ini banyak membantu. Walaupun engkol 1.3-liter menghasilkan kurang kuasa berbanding 1.6, namun ianya secocok dengan berat Saga yang sipi sipi melepasi tahap satu tan dan kehalusan enjin ini menghasilkan satu kabin yang mewah dengan kesenyapan. Sistem stereng kuasa Saga kekal dengan bantuan hidraulik dan mungkin ada di kalangan kita yang mencebik bila mendengar ini kerana mahukan sistem berkuasa elektrik yang menghasilkan stereng yang lebih ringan.

boot-lid-spoiler

Saya lebih selesa dengan sistem hidraulik kerana ia lebih matang dan lebih difahami oleh jurutera casis dan mereka boleh menalanya dengan lebih tepat dan menghasilkan teraju yang lebih tangkas bertindak dan setia kepada kehendak pemandu. Ukuran ruang kabin Saga kekal seperti dahulu tetapi pintu belakang sudah dibesarkan dan sudut bukaan juga dianjak bagi membolehkannya dibuka hampir 90 darjah. Ini memudahkan penumpang untuk keluar masuk.

Proton memilih fabrik yang agak lasak sebagai kemasan kerusi dan mungkin yang akan mengomel ianya terasa kasar pada kulit putih mulus mereka tapi kita perlu fahami keperluan Saga untuk menjadi kenderaan gunaan harian yang selalunya kurang mendapat belaian kasih sayang. Saga ialah bukti bahawa Proton mampu menghasilkan kenderaan rakyat mampu milik yang diterapkan dengan unsur kehalusan dan kemewahan dalam sukatan yang amat berpatutan, ini merupakan satu kebolehan yang agak sukar didapati kerana ia memerlukan timbangan yang halus dari segi kos dan kelebihan.

Mungkin Saga tak mempunyai casis yang paling canggih dan hanya mendapat empat bintang Asean NCAP tetapi ia mampu mengejutkan sesiapa yang menduganya dalam sesi pandu uji. Saga kini menawarkan tahap keselesaan yang jauh lebih tinggi, syabas Proton! Sama sama kita tunggu pelancarannya minggu depan dan perhatikan impak Saga kepada industri automotif negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

boot-lid-spoiler bumpar-dan-difuser-belakang cermin-dan-profil-sisi engine_bay1 isofix kamera-undur lampu-hadapan lampu-kabus papan-pemuka rim-sukan ruang-bagasi tempat-duduk-belakang usb-port-belakang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

22 Comments


  • Diatas kertas Saga 2016 lebih baik keseluruhannya berbanding Saga sedia ada dan Saga terdahulu.. Ride n handling dipertingkat, tahap keselamatan dipertingkat, NVH juga diperbaiki.. Harga berpatutan bermula dari 37k hingga 46k..

    Saga 2016 yang menggunakan platform sedia ada khabarnya direka bentuk kepada lebih panjang, lebih lebar, lebih rendah, lebih kemas.. Ruang roda lebih besar dengan saiz 185/55 R15 dimuatkan pada Saga Premium sama seperti saiz roda Persona 2016..

    Pasti ada segelintir pembeli awal Saga 2016 akan menukar roda mereka kepada saiz 195/40 R17x7jj ataupun saiz 215/35 R17x8jj.. Saya juga sependapat dengan idea beberapa orang penulis yang mengatakan Saga coupe 2 pintu perlu diperkenalkan sebagai kereta sport kecil Pertama Proton..


    • Ini yang sepatutnya. Lebih panjang, lebih lebar dan Lebih rendah. Bukannya Lebih pendek dan lebih tinggi.

      Sport 2 pintu…Kalau untung dah banyak bleh la buat model yang belum tentu dapat modal balik.


  • aku rsa x pyah la buat “sv” lg da..nmpk sgt trdesak n trunkan value brand..buat nice2 n jgn main hrga lg..buat hardcore fan base dlu..tanam mentaliti positif..pastu snng nk “custom” parts..jd kereta projek..bru yg lain menyusul otomatik..jgn 1st batch jd guinea pig..sian dorg..huhuhu..btw, gud job proton..


  • Saga std mungkin score 2@3 bintang saja sebab tiada ABS?

    Sejajar dengan perkembangan proton, mereka hendaklah menawarkan ABS pada semua spec, kerana itu merupakan safety asas pada masa kini. Tambahan lagi, model standard tu bukanlah berharga di bawah RM30K..malah hampir RM40K.. ABS sepatutnya sudah ada untuk harga kereta lebih RM30K.


  • what must cange despite the NEW saga.

    1. no more too high brake pedal
    2. correction in steering reach,
    3. lightened the steering effort.
    4. revise the cvt imput

    i heard there has bee some improvement on 3 and 4, but we need to se ourselves for issue 1 and 2 , just wait for the day.

    looks like pats bin from exora and iriz , steering wheel and gear knob.

Leave a Reply