ARKIB

KATEGORI

Buletin

ESC akan diwajibkan mulai Jun 2018

Views

The Sun Daily melaporkan Kerajaan Malaysia bakal menjadi negara pertama di dalam rantau Asia Tenggara yang mewajibkan penggunaan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) untuk kenderaan penumpang baharu bermula 1 Jun 2018. Pada asalnya cadangan tersebut bakal dilaksanakan pada 2021, namun setelah mendapat desakan daripada pihak Asean NCAP yang turut diskong oleh pengeluar kenderaan ia telah dipercepatkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penggunaan ESC ia mampu mengurangkan hampir 40 peratus kadar kematian akibat kegagalan mengawal kenderaan. Ia turut mengurangkan risiko perlanggaran dengan membantu mengawal kenderaan semasa dalam keadaan kritikal. Beliau berkata demikian semasa menghadiri acara Stop the Crash Asean 2016 di Litar Antarabangsa Sepang semalam.

Tambah beliau lagi, Ketika ini model tempatan yang baharu dilancarkan tahun ini seperti Proton Persona (kesemua varian), Proton Perdana 2.4 liter, Perodua Bezza (Premium) dan Proton Saga (Premium) dilengkapi dengan ESC. Kajian membuktikan ESC adalah peranti penyelamat nyawa yang sangat menjimatkan ketika ini, dengan keputusan positif dari penggunaan mandatori ESC di beberapa negara seperti Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan lain lain.

safety-esc

Penggunaan ESC terbukti lapan ke 14 kali ganda lebih baik daripada sistem kekangan-kepala (head-restraint), 18 kali ganda lebih baik daripada tali pinggang keledar tengah dan 10 ke 28 kali ganda lebih baik daripada beg udara paling canggih. Liow turut menambah, perlanggaran dari arah hadapan dan hilang kawalan merupakan punca utama kemalangan dan kematian di jalan raya.

Dari data polis tahun lalu, perlanggaran seperti ini menyumbang hingg 45.39 peratus kadar kemalangan maut. Walaupun faktor kecuaian manusia semasa memandu, kenderaan yang selamat dan jalan yang selamat akan mengurangkan impak perlanggaran. Apabila ditanya adakah kerajaan akan mewajibkan Brek Anti Kunci (ABS) untuk motosikal, beliau berkata ia mungkin akan dipertimbangkan pada masa depan. Buat masa ini, ia perlu dibuat secara berperingkat dengan mewajibkan ESC terlebih dahulu, diikuti dengan peraturan pemasangan tempat duduk kanak kanak ada 2019 dan disusuli dengan yang lain.

Asean NCAP telah menggariskan beberapa teknologi bantuan keselamatan untuk kenderaan penumpang baharu (SAT) yang merangkumi ESC bersama ABS, teknologi titik buta, brek kecemasan automatik (AEB), amaran keluar lorong (lane departure), amaran pemakaian tali piggang keledar untuk pemandu selain sistem amaran perlanggaran hadapan dalam hala tuju mereka untuk tahun 2017-2020. Setiausaha agungnya, Khairil Anwar Abu Kassim berkata SAT bakal menyumbang sehingga 25 peratus dalam penarafan keselamatan keseluruhan untuk kenderaan baharu dalam tempoh empat tahun.

Tonton video ini untuk melihat bagaimana ESC berfungsi

Safety360 dari PROTON (Versi BM)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • tu dia…takkan nak jual ertiga setahun lebih jaaaa??? bukanka suzuki x bagi sentuh apa2 ka????….saga pun apa cerita nie….x payah beli la skang…tgg 2018


      • betul gak dia ckp tu.

        tp sepatutnye xde hal nk tambah esc kt ertiga sbb mesti suzuki dh ada function tu.

        yg aku xfaham, nape xletak esc/vsc sbg standard equipment siap2 dlm sume kete proton?


      • Mmm… model ertiga prootn nie adalah model salinan drp model suzuki ertiga facelift indonesia kn? Suzuki Ertiga indonesia ada ESC ek?:P

        Selalunya bila ada pertambahan spec harga pun akan effect. Buat masa nie utk kekalkan dgn harga sebegitu, tiada keperluan utk proton buat begitu. By 2018 mgkin la time tu facelift ertiga akan ada dan time nie la depa akan sertakan tambahan spec ESC seperti mana yg diwajibkan tu. Ini bukan pasal suzuki bagi atau tidak. Kalau ertiga di indonesia mmg dah ada ESC dan bila sampai di prootn ESC tu ditiadakan, yg tu mmg nk kena la prootn:)

        Penetapan standard di M’sia agak lembab utk meet dgn global standard atau negara luar dri sudut ciri2 keselamatan. Sebagai pengeluar depa akan ikut keperluan dan penetapan standard sesebuah negara/region. Agaknya kalau x diwajibkan ada 2 air bags pun utk kereta baru di M’sia, camry yg high spec pun agaknya toyota x bekalkan dan harga jual murah.. sebb harga nyawa melayang pun kalau xcident pun murah…:P

        Cheers!


        • hmmmm…feasible ke tak buat facelift dalam 18 bulan selepas produk launching? decision asal tak masukkan esc lebih kepada proton x tau yg esc nak dijadikan mandatory requirement dlm jangka masa yg cepat (kata lain mmg xnak masukkan esc pun dlm ertiga)… takkan la nak buang duit buat crash test skali lagi..FL cost bukan murah, tu pun kalau suzuki bagi


      • Major FL untuk Ertiga pada 2018.. ada alasan kukuh untuk revamp Ertiga apabila ESC diwajibkan kelak.. Mungkin Enjin T-GDI, bodykit baru, Vendor tempatan, atau mungkin penambahbaikan teknologi sedia ada.. Mungkin komponen import Ertiga dari 85% kepada hanya 45% sahaja selepas 2018 yang menggunakan nadi T-GDI.. Semuanya dalam percaturan pengeluar kereta itu sendiri..

        Saga FL 2018 pasti mendapat sambutan paling hangat.. Varian standard paling asas dilengkapi ESC tetapi kekal dalam harga bajet..


  • Cadangan yang sangat bagus mempercepatkan implementasi ESC yang diwajibkan pada 2018 berbanding 2021.. Ianya telah disokong oleh pengeluar kenderaan itu sendiri.. Tahun 2017 dan 2018 pengeluar kenderaan akan berlumba-lumba memperkenalkan model FL di Malaysia.. Kemungkinan akan ada pengeluar yang mengambil kesempatan menaikkan harga(kerana kejatuhan ringgit) kenderaan FL mereka sehingga myr15k.. Dan ada juga yang akan menurunkan harga kenderaan mereka bagi bersaing serta meningkatkan quantiti jualan..


  • Perodua pula akan berunding dengan kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan ESC. Perodua menyatakan semua kenderaannya tidak boleh dipasang ESC kecuali Bezza. Sudah tiba masanya perodua rebadge model baru Dari daihatsu Dan menghentikan model tanpa ESC sedia ada.

Leave a Reply