Mulai esok 1 Disember 2016, pengguna perkhidmatan Rapid KL Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang boleh terus dari stesen Ampang ke Sentul Timur tanpa perlu menukar tren di stesen Chan Sow Lin. Rapid Rail Sdn Bhd dalam pengumuman tersebut turut memaklumkan kerja kerja menaik taraf sistem isyarat atau Communication-Based Train Control (CBTC) untuk keseluruhan Laluan Ampang dan Sri Petaling bagi kegunaan tren AMY enam gerabak baharu telah selesai.
CEO Rapid KL, Datul Zohari Sulaiman berkata mulai esok, keseluruhan Laluan Sri Petaling dan Ampang akan menggunakan tren AMY enam gerabak. Perkhimatan Tren Adtranz yang telah digunakan sejak 1996 untuk laluan Ampang bakal ditamatkan. Rapid Rail merupakan anak syarikat Prasarana, yang mengendalikan perkhidmatan Rapid KL LRT Laluan Ampang, Sri Petaling, Kelana Jaya, Monorail dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, Fasa 1 yang akan dibuka pada 16 Disember 2016 antara Sungai Buloh dan Semantan .
Prasarana memperoleh sebanyak 50 tren baharu enam gerabak dari CRRC Zhuzhou Electric Locomotive, China untuk beroperasi di LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling termasuk 11 stesen baharu yang dibina di bawah Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP). Sehingga kini, 45 set tren telah diterima oleh Rapid Rail dengan lima set lagi sedang dipasang di kilang CRRC di Batu Gajah, Perak dan bakal diserahkan secara berperingkat menjelang Januari tahun depan.
Tren AMY enam gerabak baharu diperkenalkan secara berperingkat dengan kumpulan pertama pada Oktober tahun lalu untuk berkhidmat di jajaran LEP yang melibatkan empat stesen baharu – Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5 ke Sri Petaling di mana penumpang perlu menukar tren semasa perjalanan. Perkhidmatan tren AMY telah diteruskan ke stesen IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri mulai 31 Mac 2016.
KLIK UNTUK BESARKAN
Penambahbaikan sistem pengangkutan awan.. Diharap ditahun-tahun akan datang penambahbaikan sistem pengangkutan awan lebih drastik lagi atau jauh lebih baik.. Teruskan usaha..