ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM rasmi Pusat 3S pertamanya di Kota Kinabalu

Views

Pusat 3S pertama di Kota Kinabalu, Sabah telah dibuka dengan rasminya hari ini. Ia merupakan pusat 3S ‘hibrid’ Nissan yang pertama seumpamanya dan dimiliki oleh Mertzyu Auto Sdn Bhd yang merupakan pengedar sah Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd (ETCM).

Kerjasama ini juga adalah yang pertama di antara Tan Chong dengan pengedarnya sebagai pusat jualan, servis dan alat ganti yang beroperasi sepenuhnya. Metzyu Auto menjalankan operasi jualan bagi kereta Nissan sementara Tan Chong Ekspres Auto Service (TCEAS) menjalankan operasi Selepas Jualan untuk servis dan alat ganti.

Dengan keluasan penuh 40,000 kaki persegi, bilik pameran ini mampu mempamerkan sehingga enam buah kereta pada satu-satu masa dan dikendalikan oleh 11 orang penasihat jualan profesional. Pusat 3S ini mempunyai lima ruang servis dan mampu menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan pada operasi penuh dengan enam orang juruteknik terlatih dan empat orang penasihat servis.

Pengarah Urusan Mertzyu Auto Sdn. Bhd., Oi Thiam Seng berkata, “Pembukaan pusat servis 3S ini membuktikan pencapaian Mertzyu Auto sejak kami membuka pengedaran Nissan yang pertama 11 tahun lalu. Dengan pelaburan sekitar RM1.5 juta, ia merupakan pusat sehenti yang menawarkan kemudahan buat para pelanggan untuk memandu uji rangkaian model Nissan, melakukan servis dan mendapatkan alat ganti – semuanya di bawah satu bumbung.”

Mertzyu Auto Nissan 3S Centre-min

Pusat 3S Nissan Mertzyu Auto turut mengadaptasi standard identiti Global Retail Visual Nissan demi menawarkan perkhidmatan 3S sepenuhnya selain mengekalkan perhubungan pelanggan yang berkualiti. Antara kemudahan tambahan yang ditawarkan termasuklah tempat cuci kereta, perkhidmatan merias, pembelian dan memperbaharui insurans, petak penghantaran dengan penghawa dingin dalaman, sebuah lounge dan tempat minum bersama ketersambungan WiFi demi keselesaan pelanggan.

Berucap pada majlis pelancaran tersebut, Pengurus Besar Kanan ETCM, Christopher Tan menjelaskan bahawa Kumpulan Tan Chong telah mengembangkan rangkaiannya dengan agresif di kawasan Malaysia Timur sejak dua tahun lalu. Kini terdapat 14 buah cawangan dan pengedaran di Malaysia Timur – dengan tiga (3) pusat 3S di Sarawak dan empat (4) 3S di Sabah.

Pusat 3S Mertzyu Auto beroperasi dari 8.00 pagi – 9.00 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu, dan 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari Ahad dan Cuti Umum. Pusat Servis TCEAS pula dibuka dari 8.30 pagi – 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu. Untuk membuat temu janji, para pelanggan boleh mengubungi Pusat 3S Nissan Mertzyu Auto di talian 088-217 989 atau 088-219 979. Maklumat lanjut, hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian Tol PERCUMA 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply