ARKIB

KATEGORI

Buletin

2016 tahun kebangkitan Proton!

Views

Tahun 2016 merupakan tahun yang paling sibuk dan mencabar bagi Proton. Walaupun kini sedang bergelut dengan kenaikan kos dan penurunan jualan, Proton tetap komited untuk memberi yang terbaik buat rakyat Malaysia. Dikatakan tahun ini juga permulaan kepada kebangkitan Proton kerana ada sekurang-kurangnya lima model baharu sedang dipersiapkan untuk ke pasaran.

Selain itu, sekumpulan jurutera tempatan dengan bantuan teknikal dari Ricardo dan Lotus sedang giat membangunkan enjin GDI generasi baharu di United Kingdom. Dijangka enjin tersebut mula dikomersilkan pada 2018 dan akan dipasang pada model baharu Proton. Enjin berkapasiti 1.3 liter dan 1.5 liter itu akan turut mempunyai versi turbo. Kami difahamkan dalam masa terdekat enjin ini akan dihidupkan secara rasmi buat pertama kali oleh Tun Dr Mahathir dari Shah Alam.

Enjin 1.3 turbo juga bakal diperkenalkan pada 2016, Iriz dan berkemungkinan model gantian Saga antara model yang akan dilengkapi enjin terbaharu ini. Ia akan digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan manual dari Getrag.  Proton juga sedang menguji transmisi CVT penukar tork (torque converter) dari Jatco bagi menggantikan transmisi CVT sedia ada dari Punch Powertrain.

spyshots persona r funtasticko

Model pertama Proton pada tahun ini, Perdana baharu bakal dilancarkan pada bulan Mac. Sepatutnya model ini dilancarkan lebih awal, namun untuk memastikan ia betul-betul bersedia pihak Proton telah menangguhkan pelancarannya buat seketika. Ia kemudiannya disusuli dengan pengenalan model gantian Persona pada suku kedua 2016 dan Saga pula akan dilancarkan sebelum akhir tahun.

Satu model usahasama antara Proton dan Suzuki turut akan diperkenalkan, dan menurut risikan kami model tersebut berkemungkinan sebuah MPV dalam segmen B. Model tersebut dijangka akan bersaing secara terus dengan Perodua Alza. Ada juga ura-ura mengatakan sebuah model SUV dari Suzuki bakal dijenamakan semula sebagai Proton, namun setakat ini belum ada maklumat terbaharu yang kami perolehi.

Kami turut mendapat maklumat mengenai projek sebuah model crossover yang akan dibangunkan dari model hatchback Suprima. Maklumat ini diperolehi sejak tahun lalu dan masih belum dapat dibuktikan kesahihannya. Diharap Proton akan kembali bangkit dan mengorak langkah lebih jauh ke pasaran global setelah segala perancangan yang telah dibuat ini mula menampakkan hasil.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

72 Comments


  • YA BETUL PROTON,PROTON PERLU BANYAK MODEL DAN SEGMEN UNTUK MAJU DAN SETERUSNYA MENCATATKAN KEUNTUNGAN.GUA BERANI DAN YAKIN STRATEGI PROTON AKAN BERJAYA INSYALLAH.STRATEGI YANG AMAT BIJAK.PROTON SUPRIMA CROOS OVER AMAT MENARIK.SETIAP SEGMEN ADA PEMINAT TERSENDIRI.GUA TENGOK TADI PROTON SUPRIMA S HITAM SUPER PREMIUM BERSAING DENGAN MERCEDES A200. SETANDING DENGAN REKABENTUKNYA TAK KALAH SEBAB ADA SKIRTING MUNGKIN BEZANYA PADA TWIN TURBO DAN CC NYA.


    • Akuj rasa Proton kena kurangkan model, kurang model kurang komplikasi dan kurang kos. Perodua ad atiga model aje bro

      Iriz, Saga, Persona, Preve/Suprima, Exora dah 3 platform
      rasanya 4 platform dah cukup untuk hasilkan MPV dan crossover/soft SUV type thing

      yang lain tu boleh JV lah, macam Perdana or with Suzuki…

      keep it simple, keep it lean, keep it high quality, keep it competitive

      banayk amano model pun orang tak beli kalau tak konfiden.. jadi fokus on quality tu penting dan nampak macam Proton tengah cuba tapi mungkin perubahan masih tak memuasjan, jadi kena terus cuba lah


  • setiap kali model proton baru keluar, ia adalah percubaan dari proton. sebab tu model proton org xbeli sebab takut nak beli sebab reliability kurang.
    model baru perdana ni pun xtahu apa masalah yg bakal timbul.

    berbanding dgn toyota honda, model baru yg dikeluarkan adalah enhancement dari model sebelum yg tiada masalah. maka org lebih percaya dgn mereka.

    setakat hari ini, tiada satu model proton yg benar2 terbaik tanpa masalah atau ralat.

    design ext dan int proton kena tukar paradigma. please tukar.. sudah2lah konsep nak sambung line keliling body kereta…
    proton perdana baru ni pun belakang failed jugak design sbb konsep persona.. macamlah design lampu belakang persona tu cantik…

    tgklah lexus, honda, vw, kia design belakang mcm mana…

    kalau rasa terbuka, kena terima juga pandangan orang.


    • Kalu cari isteri nak yg baru, tapi bila kereta berteknologi baru tak nak ….. 2×5 puih.

      Minda yg lemah innovasi yg selalu pandang org lain bagus. Tang bila orang reka sendiri, teknologi sendiri, dan design sendiri…..

      asyik dok menuduh dan fitnah siap berinovasi dalam fitnahnya.

      Belom keluar model tu, tapi komplen macam dh beli semua modelkeluaran proton….. puih. Nak inovasi dlm fitnah pun agak2 lah. Boleh kenal org komplen suka putar belit ni….. dh nak akhir zaman pun.


      • Perdana baru belum keluar lagi
        Sini sudah fitnah macam macam
        Buruk betul otak mahluk
        Teknologi kereta proton dipandang rendah oleh bangsa malaysia
        Proton banyak sudah hasilkan human capital yang hebat dalam automotif..
        Kehebatan kereta proton berbanding kereta jepun
        Tunning chasis
        Proton R&H
        Twin blade rear suspension
        Proton sudah hebat dalam pembuatan engine dan casis
        Cuma memang kena sabotage oleh pihak2 tertentu
        Saya rasa suma akan fahan siapakah pihak2 tertentu itu
        Ada org terpengaruh


        • sifat orang yang berani bukannya sabotaj, tetapi bertarung untuk bersaing dengan orang lain..macam org jepun, mereka tidak mendengki orang putih tetapi berusaha untuk maju kedepan setaraf orang eropah dan amerika


        • Pengguna nak pakai kereta yg selesa, kurang rosak, pusat servis bagus, pinjaman senang, jimat minyak dsb.

          Pengguna kereta sekarang ramai perempuan dari lelaki dan mereka lebih menyukai kereta jepun/ perodua/ jerman.

          Sebab apa? Fikirlah sendiri…


      • sales fact kereta dalam malaysia pada thn 2015 dh tunjuk proton kat mana… sales fact proton kt oversea pun dh ada..

        ok.. xpa.. abaikan fakta2 tu..

        teruskan syok sendiri..

        Proton kereta No 1 dalam Malaysia, Asia Tenggara dan Asia.

        sapa xsetuju, dia sabotaj Proton.


        • Mmm… sapa cakap bro akupunya sabotaj proton nie? Sentap dia nanti. Kan bro akupunya cakap dia sayang prootn kn? kn?:p Niat dia baik, cuma cara dia jer agak kureng pengalaman:)

          Mgkin misi jualan protn 2015 agak kurang berjaya, sbb tu diorg tidak mengalah dan bersedia dgn model baru 2016 dgn harapan sasaran target jualan dlm ekonomi industri yg tidak menentu n sukar dijangka nie dpt dikekang. Agak menarik bila segment2 popular seperti segment A, A+ dan B menjadi taruhan bagi tahun 2016 nie. Doa2 yg baik2 jer.

          Cheers!


    • Mmm… mana2 kereta pun ada masalahnya sendiri. Kalau ko dgr masalah prootn jer n xnk dgr masalah kereta lain, mmg la ko buek pesimis conclusion ttg produk prootn. Ditambah lagi komen pengguna yg ada masalah dgn produk baru proton,… rata2 diorg bukannya komen, tapi luahan kemarahan ttg masalah yg diorg hadapi jer n menghasut org lain, bukan judge secara keseluruhan pun. Even yg berpuas hati memakai pun x semuanya nk masuk blog n komen. X gitu?:P

      Masing2 company kenderaan ada problem mereka sendiri, bila kuar model baru, sumer nk cakap enhancement la, terbaik la, speechless design la, high tech improvement la… bila 2 3 tahun lepas tu baru dpt kesan, electric circuit prob power window la, airbag prob la, stereng circuit prob dll, tu blum lagi kes2 tipu peranti software n sumer nie lebih bahaya kpd pengguna tanpa disedari. Dan ini realitinya berlaku kat company2 besar seperti honda, toyota VW dll. Pastu mula la cover, recall sumer model2 tu and anggap sebagai khidmat masyarakat servis pengguna konon walhal takut tindakan undang2/saman/penalti dari pengguna n kerajaan di mana kereta tu dijual. Adooii….

      Apa masalah rekaan model belakang pesona? Setakat nie konsep rekaan tu yg terbaik dari proton. X salah kalau protn teruskan konsep rekaan sebegitu. Cantik itu subjektif, bagi sy menarik. Even bagi sy konsep lampu blakang Audi pun hodoh, sy x suka. Even ko pun x tengok lagi blakang model perdana tu, dah berangan nk jadi nujum plak yek?:P X salah nk compare utk tujuan improve berbanding compare sekadar nk perlekeh. Biar realistik bai. Kalau blakang tu dh mcm lexus, bila letak harga lexus ko nk beli ker?:P

      Kalau rasa terbuka, kena terima juga pandangan orang lain kn?:P

      Cheers!


    • Guys, aku rasa akupunya ni ada point, sebab kalau tengok toyota dan komepni Jepun lain, mode baru selalunya tukat bahagian atas aje tapi chassis/platform sama aje atau ada pembaharuan,
      jadi benda yang dah sort out tak payah risau problem,

      rasanya Proton Saga dan Persona ni pun guna approach sama, Perdana memanglah kita tahu model asalnya Honda Accord

      yang pastinya approach macam ni dapat jimatkan Kos RnD dan mengurangkan masalah berbangkit,


      • Mmm… yup betul. Tapi semua tu begantung pada budget RnD la. Kalau besar budget besarlah % modifikasinya. Kalau x silap protn pun membelanjakan lebih RM2.3 bilion utk model2 yg akan kuar 2016 nie.

        Cheers!


    • Akupunya,dalam hal proton ni dah lama aku peratikan.Orang suka kita cakap benda2 baik bukan benda2 betul.good thing vs.right thing.Aku baru jualkan Persona manual 2008 adik ipar punya minggu lepas,13k je.Tak sampai hati nk jual mahal.Otw balik owner baru call temperature naik 120 degree.Hadoooiii!Selalu dengar citer org,skang dah rasa sendiri.Nak tau citer penuh,meh reply la acah2 hero proton.


      • dalam Malaysia ni, bila cakap perkara benar, akan dikata macam2.
        kalau betul proton tu dh buat terbaik, kenapa sales mampu jual rm100k sahaja?

        honda city adalah model terbaik dlm Malaysia..padahal import dan harga kompetitif…kenapa model proton xboleh?
        ada org sabotaj proton atau memang proton xmampu tarik pasaran kerana bnyk kelemahan selama 30 thn?


      • Mmm… simpati gak la kat prob ko tu. Kat kereta company lain gak ada prob2 cengini cuma diorg segan nk highlight sgt… mcm kerta2 lain pun bukan semuanya bermasalah kn? Cuma al maklum kereta mahal dan berjenama lagi. Setakat prootn apa la sangat, Belasah jer cukup…:P Klise rakyat kita:P Tapi kalau kita nilai sebb masalah tu kena kat kita sendiri, mcm yg sy cakap sebelum nie la, komennya bukan sekadar komen, tapi sekadar luahan kemarahan n mghasut org lain. Sorry.

        Cheers!


        • fauzan,kau beli kereta tak baca review dulu eh?input dari consumer experience mmg penting.Benda baik atau tak baik kita share.Kalau baik,oklah,kalau x baik,elakkan orang lain terkena.
          Kau cakap luahan kemarahan dan menghasut orang lain.Eh,kau duduk tempat aku lah.Owner asal cakap kereta tiptop,servis kat SC.Bila pembeli mengadu kat aku kereta overheat kat tol Sg.Besi aku nak cakap apa?malu tau tak?Buatnya dia nak refund,satu keje plak aku nak cari buyer lain.Satu kali keje lagi aku nak kena counter buyer mintak nego.


          • Mmm… sbb tu la sy simpati. Apa yg sy cakap xlah maksudkn ko. Awat terasa hati sgt? ker mmg termakan cili?:) Sorry. Complain n feedback tu mmg bagus n perlu. Dari situ ada penyelesaian n penambahbaikan, X gitu? Tapi bila segelintir yg menambah ‘serbuk perasa’ tu yg x betulnya. Sy percaya ko, kalau komen ikhlas dari hati utk kebaikan semua:)

            Cheers!


  • Suprima crossover… boleh jugak ! Proton boleh buat macam Nissan X-Gear atau Audi Allroad… Tak tahu lah kalau jualan Suprima akan naik kalau Proton keluarkan Suprima crossover, tapi bukan susah sangat nak buat. Hanya perlu perubahan kosmetik untuk penampilan yang lebih garang dan 4×4.


  • tolong la turn the table balik kepada Proton. aku lebih bangga naik Preve Makcik aku dari naik City Mak aku so jangan hampakan harapan aku nak miliki sebuah Proton lepas aku habis study nanti. sila fighting Encik Proton.


    • sebenarnya orang malaysia sangat berbangga dengan proton, cuma mereka terkilan untuk menyokong proton disebabkan kualiti yang rendah dibanding dengan kereta import.Jika proton naik maju setaraf jepun, saya percaya orang malaysia akan berubah untuk menyokong proton. Cuma ada segelintir yg ada sifat tak bole lihat orang sendiri berjaya 🙂


      • Mmm… mcm mana la org kita nie x terkilan, segelintirnya compare kualiti model prootn yg entry level dgn model sehebat BMW:P harga nk murah plak tu:P… nk kata x sekolah kang marah plak! hehe..Sorry.

        Cheers!


        • betul..nak compare pun biarlah realistik sikit…berpijak di bumi yang nyata,,lihat kemampuan..kalau nak proton setaraf dengan bmw, orang malaysia perlu kerja kuat setaraf orang jerman..belajar sepandai orang jerman, berfikir tinggi setaraf jerman. Orang yang komen nak setaraf kereta jerman atau jepun, cermin diri tu kerja setaraf orang jerman/ jepun atau sekadar melepaskan batuk di tangga.


        • Fauzan Fan Boy Proton, aku kesian betul dekat froup yang berkongsi masalah CVT/CFE Technical Group dekat FB tu. Hang ni tuli ke apa ni? Kesian aku dengan hang ni.

          Cheers acik dia.


          • Mmm… yg nie trick lama, suka label melabel. Tujuannya supaya yg suka terus suka dan yg membenci terus membenci… dlm politik mmg banyak org cengini. Sorry:P

            Anyway, nice try bro. Sy xprnah pun nk declare fanboy ker apa ker. yg penting nk tengok proton; company iconic dlm industri auto negara terus bergerak ke hadapan. Bro, kritik n kutuk tu mmg amat berbeza, x bleh beza yer? Analogi mudah; lebah menghurung nektar bunga hasilkn madu… ada manfaatnya berbanding langau menghurung tahi… xde faedah. Kalau langau cengini, sy amik ridsect/bygon spray jer… hehehe… gurau menikam di pagi hari:P Sorry

            Cheers!


      • setuju.
        30 thn wujud… masih xrobust dan gagal dlm saingan.
        punca?
        faktor?

        gua pun sayang proton, tp sampai bila kita nk tgk proton mcm ni?

        dh 30 thn lebih…


        • proton memang dah wujud selama 30 tahun tapi skala ekonomi kita tak besar bang. kita mampu buat engine sendiri pun kira pencapaian. Hyundai dan Kia pun masih share platform & teknologi. kita ni nak mintak platform sedan dari model perodua yang mana?


  • Suprima crossover AWD sangat sesuai untuk pasaran sekarang. Facelift yang lebih garang, Saiz roda yang lebih besar 18R/60/225 serta Over fender. Tork yang tinggi 300nm atau lebih. MT 6 speed Dan AT 7 speed boleh dipertimbangkan.


    • Mmm… yg suh tutup kedai tu sbb proton la halangan utama utk diorg meraih untng besar jual kereta2 import. Kat tempat lain diorg bleh tapau sebb negara lain seperti indon, thailand, vietnam, philipina dll. xde kereta nasional. Sbb tu org mcm nie akan memomokkan pengguna M’sia, kalau xde prootn, kereta import akan jadi lebih murah… hakikatnya ini sekdar mitos dan propaganda jer…

      Cheers!


  • MACAMLAH KERETA LEXUS DAN KIA K5 DAH MACAM KERETA DNA BMW.GUA TAK CAKAP SEMUA.SEBAB TAK MINAT KERETA KOREA DAN JEPUN MALAH KERETA PERANCIS PEUGOUT HATHBACK BARU DAH MACAM VOLTWAGEN GOLF.


  • batter engine response ( engine ecu / gearbox )
    minimal interior rattles
    batter seats contour and batter foams used
    telescopic steering option
    lighter steering effort for hydraulic system
    reliable important parts associates with bearings
    no easily loose bolt ( exora second row seats twist knob ( i dont know what they call it)

    to name a few…
    these should have been for 2016 at least…


  • Cantik tu mmg subjektif, tp kalau dh majoriti mengutuk je kate hodoh, kena la tgk yg majoriti tu. Bagi teman yg ni la masalah proton. Samada buat kereta syok sdr atau percaya dan berharap pada subjektif orang. Last2 produk tak laku

    yg compare proton dgn bmw tu sape? Org proton je teman rase. Sbb preve pun org banding ngan vios aje walaupun fanboy duk gebang lain2 segmen. Design ngan kereta korea pun xleh nk lawan last2 nanti ngan china pun ntah2 boleh ketinggalan.

    Semua kereta pun ada masalah, tp bukan mcm proton, pakai 2 minggu pun getah pintu dh tercabut. Tak sampai 2 thn, gear dh melekat xleh gerak. Tak pyh compare jauh2 la. Compare ngan kereta perodua aje. Kualiti mcm mana.

    Kritikan membina ke, kritikan tak membina ke, kutukan ke, kejian sekali pun proton kena la ambik positif. Kalau kena marah pun dh down, xde semangat tak payah la nk design kereta. Pegi jual goreng pisang aje..

    nk maju tak susah pun, tgk kereta korea tu 15 thn lepas level mane design dia. Tgk pulak 5 thn lepas design dia dh tahap mane. Design proton? Proportion pun out lagi. Membazir duit r&d saje terutama yg berpotensi jd game changer mcm preve dan iriz.

    kesian kt drb. Dulu beli proton konon2 preve dpt pegi global. Last2 kena tipu aje dgn org proton. Nk jual kt negara sdr pun sakit. Bg harapan pulak dekat iriz, pun segan2 takat 2.5k aje sebulan. Sekarang nk harap perdana accord yg sah2 mahal atau persona yg design ambik dr iriz utk selamat proton? Berangan aje la..

    tukar2 la chief designer proton tu atau kalau sayang sgt kt dia buat aje la 2 team design. Tak kira la kalu proton dh labur byk kt dia pun tp dgn design yg ada sekarang nampak sgt dia tak kompeten.

    sekian..


    • Nie lg sorg….walaupun ada few points yg btol mcm tang chief designer tu….tp bab sembang gambaran 3 model bru nie mcm dah tgk dpan2….

      persona based on iriz sme je concept jazz dan city…platform sharing..nk jimat cost…klu lain model lain platform..mmg terlajak mahal la development cost….bnyk maker practice cara nie utk develop bnyk model….

      nk kesian kn kt DRB…DRB la dalang segala delaynya…nk model baru…tp xnk invest…ibarat bg modal rm1 tp nk untung rm1000..pastu ltak kroni2 sapu sume job…padahal kroni2 tu sume xperform dan bnyk kes ngan maker lain…

      Kritikan membina mmg pnting…tp biar la ade reasonable nya…


    • mungkin betul design kena ikut majoriti, tapi, proton ni lain sikit. orang compare design dengan cara tengok yang buat tu BN ke PAS ke PKR ke. aku fikir ini kereta so pergi kelaut lah parti apa pun. tapi kalau nak cakap proton proportion out, boleh tunggu dulu untuk claim tu sebab kita tak tau apa yang belum keluar. kalau perdana ni memang out of proportion, aku berani jadi orang pertama yang hebahkan. kita play fair je. tak mau gaduh2 kita aman damai je yek.

      btw, kalau nak compare perdana ni dengan sonata, tutup jenama pun aku pilih proton. huduh sangat depan sonata tu tapi subjektif kan. Hodoh-Hodoh fiat multipla pun ada jugak orang beli apa.


    • yeah…there is a few points..

      bab subjektifnya design tu memang ad betul.. nak cerita pasal design iriz.. ad suka ad x.. tp yang suka design yang x terlalu modern diorang suka Iriz..setakat ni melihat pd permehatian sy ramai yg suka design Iriz..Preve pula jujur bg sy design belakang agak serabut terlalu byk lining..tp ad je yg suka sebab nmpak simple n senang make up..

      Bab compare dgn vios or BMW.. kami di sini x pernah compare Proton dgn BMW.. sepatutnya Preve dibandingkan dengan C-Segmen global yg lain..bukan Vios..itu kelemahan orang Malaysia.. banding kereta ikut pada mata bukan segmen.. walaupun x dinafikan Preve kurang cantik dari vios..bila diletakkan harga hampir sama dgn Vios,City dan Almera, ramai yg terus meletakkan Preve sekelas dgn B-segmen td.. kalau Proton letak harga mcm C-Segmen yg lain mungkin maybe ramai akan terus banding dgn Civic,Elantra..tp merungut pulak harga mahal..tak gitu?

      Bab barang tercabut 2-3 mggu pakai..tu rasanya topik lama yang dihebohkan sehingga sekarang.. bab barang plastik Proton tercabut tu da lama Proton lenyapkan.. cuba survey orang2 yg guna Proton.. Start dari Savvy.. then, jawapannya pasti hanya segelintir kecil yg mengalami masalah tu.. bila Proton da tingkatkan kualiti ramai yang masih ditakuk lama x memandang apa yang sudah Proton perbaiki..

      oil hose bocor pada Preve dan Exora kebanyakannya dalam forum tu just yang ad masalah..orang kita ni, kalau ada masalah baru nak heboh..mula la nk momokkan cerita tu kat orang lain..tp sedar atau x masih ramai lagi masih berpuas hati dengan kereta masing2..kalau kereta import buat hal senyap pulak..Subaru XV pun ad problem..google la..then, tengok saja isu airbag dari honda dan toyota,..kalau Proton/Perodua tu mesti ramai yg bash.. bila pergi kt salesman Toyota/Honda, kita tanya pasal isu airbag.. diorang jawab “Bang,Proton lagi banyak masalah”.. haih..kita tanya pasal model dia kenapa nak kaitkan dengan syarikat lain??..sebab diorang malu nak terima hakikat.. mind set typical Malaysian memang mcm tu ke?? perlu burukkan syarikat lain utk selamatkan syarikat sendiri..

      ye Preve seolah2 hambar utk ke peringkat global..sebabnya bila Preve da berteknologi global, sistem syarikat pula x pergi global..itu punca x berapa nak naik.. tapi dengan beberapa isu dalaman Proton, bagi Proton masa utk perbaiki.. syarikat besar yang ad masalah bukan senang nk perbaiki..perlu sistematik kalau x cacar marba jadinya.. sekarang Proton akan pertingkat after sale dengan JV Suzuki… kita lihat dan perhati..semoga ada perubahan..

      just my opinion.. =)


      • saya pakai proton sejak zaman waja..sampailah ke model preve. dari segi teknologi, saya akui proton dah mencapai kemajuan.

        cuma dari segi kualiti, proton masih di takuk lama. enough said..


      • Setuju dengan comment bro.Proton kalau bab design tu subjektif.Tapi start daripada iriz memang aku bangga gila dengan proton.Design iriz ni improvement besar daripada suprima/preve.Tapi kalau nak cakap bab kualiti aku rasa proton masih lagi lacking.Masalah power windows masih ada segelintir yang kena.Kalau tengok group group kereta proton dah boleh nampak dah proton masih lagi kat belakang bab kualiti.Harap harap proton improve kualiti kereta proton dan improve service centre. All the best proton.


        • Mmm… yup, bab tekno, safety, dah improve a lot, Kualiti ada peningkatan kat model2 baru. Major prob proton adalah reputasi service centre. Dlm bab marketing diorg nie ibarat duta bagi prootn. Proton kurang lagi kat sini. Apa kata proton delegates division service nie kat 3rd party yg mmg pro dlm bidang nie, spend budget lebih sket ar… bleh ker idea cengini?:)

          Cheers!


    • Bro,kau mcm faham je perasaan aku.Itu la yg aku dok ulang2 cakap kat fanboy2 ni.Balik2 depa kata aku basher buta tuli.Malangnya depa tak nampak hasil komplenan aku tu macam sumpahan utk proton bila sale lemau.Dah ketegaq sgt,org ckp xnk dengar.alasan,market local kecik.Puiii!Yang pi buat perdana baru tu skadar nk offer kepelbagaian model?Padan dengan kos rnd x projection market sharingnya?


      • Mmm… bukan ari tu ko declare ko haters ker?:P Yup, apa2 pun ko kena faham misi n visi proton ditubuhkan n misi n visi perodua ditubuhkan seawalnya. Kedua2 nie hasil idea Tun M jugek. Nk kena sy explain semua nie ker mengapa? mengapa?… rajin2 ar cari info…dh besar kn? hehehe.

        Cheers!


        • Haha!Saje aku nak tengok mamat tu meloncat nampak haters.Lupa dah nama dia.Misi & visi kalau tak jadi duit baik bukukan buat coffee table book je bro.


          • Mmm… misi n visi kena ada. Dari situ akan ada hala tuju. Cuma pengubahsuaian strategi kena ada mengikut situasi semasa. Kalau dulu, proton lead kononnya industri auto M’sia nie. Utk mengukuhkan pasaran kena kuasai sebanyak mana segment yg ada. Cabarannya cuma kena pastikan model yg benar2 dekat dgn pengguna segment tu. Malangnya under Tengku Mahallel usaha nie agak kurang berjaya dgn lahirnya ada model2 yg x sepatutnya.

            Tun M wujudkan perodua 1991/92 kononnya mengukuhkan lagi industri auto diberi lebih ruang utk menguasai pasaran kereta2 kompak ber cc rendah melalui jv company daihatsu. Idea nie agak berjaya bila model2 compak hatchback ber cc rendah dgn harga murah n jimat minyak mendapat tempat majoriti rakyat pendapatan rendah n sederhana disamping model sebegini mmg sesuai utk kegunaan dlm bandar. Tapi kini perodua adalah anak syarikat Daihatsu bila memegang saham terbesar perodua.Toyota pula milik daihatsu kini. Adalah tidak relevan lagi utk memberi jalan mudah kepda perodua utk menguasai pasaran kereta ber cc rendah yg kononnya berstatus ‘nasional’. Ditambah lagi perodua dgn keizinan toyota akan juga mengeluarkan model2 sedan sekali gus mewarnai saingan pengeluar domestik n luar yg lain.

            Oleh sebab itu, sy rasa proton selain kekal dgn strategi terasnya, mereka akan keluarkan juga model2 compact bersaing dgn perodua bermula dgn iriz, diikuti dgn model JV suzuki; mini mpv n hatchback A segment (dengar2nya). selain model2 replacement segment popular dari A+, B segment (saga/persona). Perdana sebagai model comeback bagi melengkapkan porfolio segment D yg sebelum ini belum ada penggantinya.

            my 2 kupang.

            Cheers!


  • NAK KOMEN TUNGGU KERETA KELUAR DULU GUA TAK NAK BANDING KERETA SEBELUM 2016.ITU MODEL LAMA ANAK GUA GEN Y TAKKAN NAK BELI PERSONA SAMA DESIGN DENGAN PERSONA GUA MESTI TUNGGU PERSONA 2016 PUNYA.LU CERITA PREVE DAH BERAPA TAHUN.PERSONA /GEN2 LAGI LAMA.KITA TUNGGU MODEL 2016 DAN TAHUN MENDATANG.


  • Kepada pembenci proton
    Sila guna segala kepakaran /ilmu untuk sabotage proton
    Biar proton tutup kedai
    Biar orang kita mundur
    Biar anak cucu kita kita belajar engineering cari kerja dan mundur asalkan
    Puas hati membenci proton


  • aku harap sangat proton kali ni untuk model iriz panjang tu bahagian pemegang side mirror tu kaler la sama kaler dgn kaler body kereta ..jgn lagi kaler warna hitam… ingat nampak mahal ka kaler warna hitam? nampak murah cam kereta cherry QQ china ada la…


  • Tak payah ckp banyak..Proton nak naikkan sales kembalikan dulu keyakinan pengguna, bagi kereta berkualiti. kereta dengan teknologi cangih pn x guna kalau asyik buang masa visit servis centre. Pengalaman sendiri pakai preve 2nd batch..1st week dpt keta dh ada mslh brek judder..masalah yg diorg bwk dr 1st bacth…tp still deliver keta kt buyer..srh settle sendiri kt servis center…baguih ke cara proton???


    • yup bro…pergi servis center untuk selesaikan masalah. tapi kadangkala masalah tu tak dapat diselesaikan dan berulang. sepatutnya mereka dah buat laporan dan cara pembaikan untuk dokumentasi untuk diedarkan ke semua servis center, supaya masalah yang wujud dapat diatasi mengikup SOP. Takkan nak berulang-alik buang masa untuk selesaikan masalah yang sama.


      • Mmm… yup. Complain dari bro bob begtulah sepatutnya. Dia hurai situasi, kenalpasti masalah, explain dan beri idea pembaikan. Selebihnya serahkan kat pihak bertangungjawab utk perbaiki kelemahan sistem yg sedia ada. Moga ada pihak yg take note.Yg nie bukan dlm katogeri menghasut. Kalau sumer complain dianggap menghasut… something wrong la orang tu….hehehe.

        Cheers!


  • kereta bermasalah, nak dream high? ukur baju badan sendiri la…setakat nak develop semua mengharap org – bila masa org sendiri nak belajar…org RnD proton sibuk nak jadi project manager boleh dok oversea snap gambor pakai baju tebal2 dok oversea…bukan buat keje pun…yg nie enjin – ricardo n lotus – proton xde idea buat engine sendiri ke? electronic LG…mana pi electrical engineer byk2 tu….design? Giugiaro/Lotus…punya la byk designer Msia apa keje ntah buat…..porah la projek Negara…rasanya yg buat keje 80% org luar….jaga proton nak jaga vendor je…bukan pasal nak produk improvement pun…


    • hahaha..jangan marah2.. chill bro

      itula namanya kerjasama.. daripada syarikat2 ni Proton akan belajar malah sedang belajar..kalau asyik nk bash ckp tiada teknologi sendiri.. apa guna Lotus sebagai anak syarikat Proton.. kalau da ade kepakaran depan mata..grab je.. kan mudah.. xperlu kos lagi tinggi utk try and error..

      kalau mcm tu bro boleh guna komen tu pada Toyota & Dihatsu, Toyota & Mazda, LG dan chevrolet, VW & Audi.. ni antara syarikat yg menggunakan usaha sama utk enjin dan platfom.. sama juga dengan situasi sekarang.. itulah tugas engineer2 Proton.. belajar dan hasilkan teknologi bersama.. karang kalau Proton buat enjin sendiri 100%.. orang kita bash ckp x power la, kenapa x buat kerjasama dgn syarikat lg pakar.. dengan hasil kerjasama ni still ada hasil tangan anak jati Malaysia…itu yang patut dibanggakan..

      hope jelas =)..kita sambung di article baru..kbye


  • Nak tanye bro campro,org proton masih bace ke blog ni bro?kalau dh tak baca,malas teman nk komen dalam ni.nanti komen teman tu x kemana.setakat jd bahan fauzan tibai teman buat apa.


    • Mmm… laa.. kata sayang prootn. Nie kata xde maruah plak?:P Apa cer?:P Ikut lah cara org jepun yg bermaruah… tetap teguh diblakang memberi sokongan moral kat company automatif mereka walau dulunya teruk jugek sehingga la kejayaan yg dikecapinya sekarang… sebelum menuding jari kata bodoh kat org lain, jeling2 empat jaring kebodohan yg tertuding kat diri sendiri…:P

      Cheers!

Leave a Reply