ARKIB

KATEGORI

Buletin

Evora krom ketuai konvoy Lotus ke tayangan filem terbaru ‘The Host’

Views

Lotus 2

Sempena pelancaran filem terbaru ‘The Host’, LOTUS CARS MALAYSIA dengan sokongan Lotus Owners Club baru-baru ini telah menganjurkan satu perjumpaan pemilik kereta Lotus di Pavilion KL. Acara ini juga merupakan kolaborasi bersama Nusantara Edaran Filem yang merupakan pengedar filem ‘The Host’.  Lotus Evora krom menjadi tumpuan kerana telah muncul dilayar perak dalam filem terbaru ‘The Host’ yang ditulis oleh Stephanie Myer, pengarang ‘The Twilight Saga’.

Ia telah dipandu oleh pelumba wanita sensasi Malaysia Natasha Seatter yang mengetuai konvoy tersebut yang bermula dari Pusat Pameran Perdana Lotus di Sg. Penchala, Damansara. Sejumlah 70 buah kereta Lotus pelbagai model telah menyertai konvoy tersebut dan majlis itu juga turut diserikan dengan kehadiran Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi Proton Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil serta isteri Datin Sri Azian Abd. Talib bersama ahli pengurusan Proton dan DRB-HICOM.

Lotus 3

Filem ini ‘The Host’ dibintangi oleh Saoirse Ronan dan watak jahatnya pula dilakonkan oleh aktress Hollywood Diane Kruger. Beberapa buah Lotus Evora telah dibalut dengan pelekat khas berwarna krom dan dilengkapi dengan kesan khas pencahayaan telah digunakan semasa produksi filem ini. Perbincangan untuk menggunakan Evora sebagai kereta hero dalam filem ini telah bermula sejak Oktober 2011.

Sebelum ini Lotus pernah muncul dalam beberapa buah filem termasuk dua filem ‘Bond’ – ‘The Spy Who Loved Me’ yang menggunakan Lotus Esprit yang boleh berubah menjadi sebuah kapal selam selain muncul dalam sebuah lagi filem yang berjudul ‘For Your Eyes Only’. Selain itu kereta Lotus juga digunakan dalam filem ‘Pretty Woman’ lakonan aktress Julia Roberts dan juga filem ‘Basic Instinct’ lakonan Sharon Stone.

Lotus Evora krom kini dipertontonkan kepada umum di Couture Pavilion bermula dari 1hb April 2013 sehingga 10hb April 2013 dan selepas itu ia akan dipamerkan di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara bermula dar 11hb April 2013 sehingga 28hb April 2013. Sesiapa yang berminat untuk melihat secara dekat model tersebut jangan lepaskan peluang ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply