Fan page Facebook Ferrari telah mencatat rekodnya tersendiri dengan jumlah seramai 10 juta. Dalam masa cuma 3 tahun jumlah ini telah berjaya dicapai dengan jayanya. Untuk meraikan kejayaan tersebut, Ferrari telah mengeluarkan lakaran karikatur Pengerusinya Luca di Montezemolo selain cerita kartun pendek.
55 peratus pengikutnya adalah dibawah usia 24 tahun. Pengikut teramai Facebook Ferrari terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol dan Itali tetapi kini India mencatat hampir 1 juta peminat walaupun hanya merupakan pasaran terbaru untuk jenama tersebut. Tahniah Ferrari!!!
Tags:Automotive
KOMEN TERKINI