ARKIB

KATEGORI

Buletin

ETCM BERMESRA DENGAN PARA PELANGGAN MENERUSI PELBAGAI ACARA MENARIK

Views

IMG_0587

Baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah ‘belanja sarapan pagi ’ untuk 90 orang pemilik Nissan Grand Livina dan keluarga mereka di bilik pameran 3S Butterworth yang merupakan sebuah pusat sehenti untuk Jualan, Servis dan Alat ganti buat para pelanggannya.

Dalam acara tahunan tersebut, 90 orang pemilik Nissan Grand Livina, 60 dari wilayah tengah dan 30 lagi dari kawasan utara telah bergabung untuk acara  Kembara Central Livinian Outing kali ke-6. Acara telah berlangsung dari 8 hingga 10 Disember 2012. Seramai 400 orang peserta, golongan dewasa dan kanak-kanak telah bergerak dari Sungai Buloh menuju ke Pulau Pinang, sebelum berhenti di bilik pameran untuk menikmati sarapan.

Nissan Grand Livina merupakan kenderaan ideal untuk perjalanan jauh. Ruangnya yang luas menawarkan keselesaan serta kapasiti untuk membawa para penumpang dan barangan besar dengan tempat duduknya yang fleksibel. Kenderaan pelbagai guna ini telah memperoleh pengiktirafan di seluruh dunia atas karekteristik ruang dalamannya tanpa perlu mengorbankan rekaan luaran yang tersendiri dan membuatkan pesaing lain berasa cemburu.

1_34

“Cuti sekolah memberikan kami peluang untuk berhubung dengan para pelanggan dan keluarga mereka dalam persekitaran yang sihat. Aktiviti sebegini telah memberikan kami peluang untuk memahami keperluan dan kehendak para pelanggan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Perhubungan pelanggan menjadi satu keutamaan kepada ETCM. Ia menjadi refleks kepada pencapaian Nissan dan dipilih sebagai No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan (SSI) Malaysia 2012 oleh J.D. Power Asia Pacific pada tahun ini. ETCM komited untuk terus mengutamakan para pelanggannya. Syarikat juga meletakkan sasaran menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang untuk tahun-tahun akan datang.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply