ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Mondeo 2013 bakal dijana enjin 1.0 EcoBoost

Views

Percaya atau tidak, kereta segmen D ini bakal dijana oleh enjin 1.0?  Inilah yang dibuktikan oleh Ford kerana mereka telah mengesahkan bakal memasukkan enjin 1.0 EcoBoost ke dalam model Ford Mondeo 2013. Secara logiknya adakah memadai enjin sekecil itu untuk menjadi model sebesar ini?

Enjin 1.0 EcoBoost walaupun kecil dari segi kapasitinya, dilengkapi dengan teknologi terkini seperti twin independent variable camshaft timing (Ti-VCT), sebuah unit low-inertia turbocharger kompak yang  berputar pada  248,000rpm, suntikan bahan api terus, kepala silinder aluminium dengan integrated exhaust manifold dan cambelt-in-oil.

Untuk model Mondeo ini, enjin petrol 1.0 liter EcoBoost boleh menjana 123HP (125PS) dan 170Nm (125 lb-ft) tork atau sehingga ke 200Nm (147 lb-ft) semasa mod “overboost” bermula pada 1,450rpm dan mengeluarkan pelepasan CO2 kurang daripada130g/km. Unit enjin ini akan menggantikan enjin aspirasi semulajadi (N/A) 1.6 liter empat sebaris yang boleh menjana 118hp (120PS) dan pelepasan CO2 156g/km.

Ford bakal mengeluarkan butiran terperinci mengenai Ford Mondeo 2013 di pameran Go Further, Belanda pada 6hb September nanti.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply