Baru-baru ini Ferrari Indonesia telah memperkenalkan generasi terbaru F12berlinetta 12 silinder kepada tetamu dari Asia Tenggara di Garden Sampoerna Strategic, Jakarta. F12berlinetta memiliki ciri-ciri seperti kereta Formula Satu dengan pelbagai aspek yang menarik sebagai sebuah kereta jalanan. Dengan kuasa 740hp, bentuk yang kompak, pemanduan yang tangkas, pengagihan berat yang optimum dan tersendiri, bentuk yang aerodinamik, model terbaru ini menandakan kemajuan besar dalam sejarah 12 silinder Ferrari. Majlis pelancaran telah dihadiri oleh Mr. Simon Inglefield, Ketua Rantau Asia Pasifik dan Negara Lain Ferrari, Mr. Soetikno Soedarjo, CEO Kumpulan MRA, Irmawan Poedjoadi, Pengarah Presiden PT. Citra Langgeng Otomotif, bersama warga media dan tetamu dari Indonesia, Malaysia, Thailand and Filipina.
F12berlinetta merupakan model berprestasi paling tinggi Ferrari pernah dibina namun ia masih mengekalkan prestasi ekstrim dengan penanda aras kecekapan, memberikan penggunaan bahan api dan tahap pelepasan yang 30% lebih rendah daripada generasi sebelumnya. Cabaran untuk jurutera dan juruteknik Ferrari kali ini adalah untuk mewujudkan kereta enjin depan dengan prestasi hebat pada masa yang sama mampu untuk memberikan keseronokan semasa memandu dan berada pada kelajuan rendah. Satu tugas yang sukar kerana ia bermakna memperbaiki reka bentuk 599 GTB Fiorano, dianggap Ferrari yang paling indah pernah direka.
Namun dengan komitmen dan kesungguhan mereka telah menghasilkan sebuah kereta sport enjin V12 pertengahan depan baru yang luar biasa dengan 740 hp yang menyampaikan 690 Nm tork. Casis spaceframe dan bodyshell F12berlinetta kedua-duanya merupakan yang terbaru dan menggunakan 12 aloi aluminium yang berbeza – ada yang digunakan untuk pertama kali dalam sektor automotif dan penggunaan pelbagai teknologi yang canggih. Program penyelanggaran 7 tahun juga telah dilanjutkan oleh Ferrari untuk para pelanggannya mendapat khidmat yang terbaik selepas jualan.
F12berlinetta technical specifications
Engine
Type 65° V12
Bore/stroke 94 x 75.2 mm
Total capacity 6262 cc
Compression ratio 13.5:1
Maximum power 545 kW (740 CV) at 8250 rpm
Specific power output 118 CV/l
Maximum torque 690 Nm at 6000 rpm
Maximum revs 8700 rpm
Dimensions and weight
Length 4618 mm
Width 1942 mm
Height 1273 mm
Wheelbase 2720 mm
Front track 1665 mm
Rear track 1618 mm
Dry weight* 1525 kg
Kerb weight* 1630 kg
Weight distribution 46% front, 54% rear
Weight/power ratio 2.1 kg/CV
Fuel tank 92 l
Wheels and tyres
Front 255/35 ZR 20 9.5J
Rear 315/35 ZR 20 11.5J
Front (winter tyres) 255/35 ZR 20 9.5J
Rear (winter tyres) 305/35 ZR 20 11.5J
Carbon-ceramic brakes (CCM3)
Front 398 x 223 x 38 mm
Rear 360 x 233 x 32 mm
Electronic controls
ESC Stability control High-performance ABS/EBD High-performance anti-lock braking system with electronic brake balance
F1-Trac F1 traction control
E-Diff 3 Third generation electronic differential
SCM-E Magnetorheological damping control with twin solenoids
Gearbox
F1 dual-clutch 7-speed
Performance
Top speed over 340 km/h
0-100 km/h 3.1 sec
0-200 km/h 8.5 sec
Consumption and Emissions (ECE + EUDC combined cycle)
Consumption** 15l/100 km
CO2 emissions** 350 g/km
*With lightweight options
**ECE+EUDC with HELE system
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
the most powerful ferrari ever built
segala-galanya tentang kereta ini terlalu besar dan terlalu banyak.
memang “exotic”lah!