ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran rupa hadapan Saga 2016 dari Amirul Fikr

Views

Ingat lagi tak dengan adik Amirul Fikr? Setelah lama agak menyepi kini Amirul muncul kembali dengan hasil karya terbaharunya Proton Saga 2016. Dengan bakat dan minat yang mendalam dalam bidang rekaan automotif, Amirul menggunakan kepakarannya dalam penggunaan Photoshop untuk mengolah Saga model semasa kepada Saga baharu dengan berpandukan foto yang telah tertiris sebelum ini.

Kami rasa rupa hadapan Saga 2016 memang tak jauh berbeza dengan imej ini. Nampak menarik juga Saga 2016 nanti kan? Syabas kepada Amirul kerana berjaya membuatkan kami kagum dengan bakat dan kemahirannya walaupun dalam usia yang masih muda remaja. Teruskan usaha anda ya!

KLIK UNTUK BESARKAN

moonfront1a moonrear1a redfront1a redrear1a

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

25 Comments


  • Kenapa design depan tak nampak jauh beza dari model sebelum ni? Designer Proton ni malas ka atau tak reti nk design tanpa bantuan jenama kereta lain?


    • Kalau macamtu designer Audi, VW dan Porsche pun boleh kira pemalas dan tak reti juga la ye.

      Design ada evolution, ada juga revolution. Design Audi/VW/Porsche malah BMW dulu pun kebanyakannya bersifat evolution. Sikit-sikit berubah dari design sebelum. Ada juga yang guna style total redesign (revolution) yang ubah segalanya setiap kali keluar model baru; macam Kia dan Hyundai.


    • Designer perodua mls ke rajin? Atau x reti nk design? Model myvi dr 1st gen smpai latest model x nmpk jauh beza…alza pun tukar bumper je…so,ape ko nk klasifikasikan designer perodua ni? Inovatif & kreatif?


    • Austin Martin design sama jer sejak 50 tahun lalu sehingga sekarang. Tapi designer Austin martin rajin. Ini dinamakan evolution design
      BS


  • Muka Saga smart! Dari pandangan depan, lampu depan nampak kemas, boleh nampak ada design influence dari Perdana+Iriz. Kalau nak nampak lagi kemas, penyembur air wiper tu dapat sorokan lagi cun, tambah dengan antenna shark fin.


  • Siapa ada baca The Edge? Orang Melayu biasa baca Metro kan. Ada berita DRB-HICOM nak lepas 100% pegangan dalam Proton!! Rasanya mereka hanya nak unlock value tanah di plant Shah Alam sahaja masa dapatkan Proton dulu. Benda ni pun ada dalam pematuhan oleh kerajaan masa syarat2 pinjaman 1.5billion tu.


    • Mmm… agak sedih utk kita dgr bila sebuah company tempatan kereta nasional seperti proton akan dijual 100% sharenya kpd syarikat asing. Berita nie diwar2kan dikala 3 model baru menyusul bagi meningkatkan lagi saham or rating pembidaan bagi syarikat yg berminat (dgr2 dah 7 company asing yg menaruh minat). Mmg agak mudah jurucakap DRB Hicom secara klise nya menyakini dgn berbuat demikan dpt memperbaiki kedudukan proton di dlm industri dan sekali gus menyuntik dana ekuiti yg proton perlukan (Betul ker prootn perlukan atau DRB yg perlukan?:P) Agak mudah diduga bila DRB yg terkenal dgn skop busines pelaburan dan hartanah berbuat demikian, apa jua peluang memberi profit depa sambar jer, Kerugian bukan suatu bebanan yg perlu ditanggung. Tanggungjawab n sejarah company yg dimiliki bukanlah keutamaanya. Janji tidak rugi, selagi ada nilai, jual. Walhal ada beberapa option lagi yg bleh difikirkan utk keluar drp kemelut itu. Cuma perlukan kesabaran n luck n berusaha.

      Cuba lihat kembali sewaktu khazanah jual sahamnya kpd DRB. Semuanya selepas proton berjaya meyakinkan bank2 seluruh M’sia meluluskan pinjaman RM6 billion prootn utk perancangan pemulihan 5 tahun anak syarikatnya lotus. Di bawah DRB, perancangan utk lotus tu dikaji semula a.k.a dibatalkan. So, ke mana keseluruhan RM6 bilion itu patut disalurkan kalau bukan utk pemulihan dan pembangunan proton selepas itu? Dlm masa yg sama DRB tika itu meterai pelaburan pembinaan sebuah hospital di turki. mmg lah tiada bukti duit itu pegi ke situ, tapi x mustahil jika dana pinjaman itu bleh digunakan utk business operasinya yg lain. Ini tak, minta lagi pinjaman pemulihan proton dlmRM1.5b dlm bentuk pinjaman mudah.
      Kerugian prootn utk tahun kewangan sehingga suku ke-3 2016 mencecah RM1.4 biilion ditambah lagi dgn kerugian operasi lain dlm DRB memberi kesan keseluruhan profit DRB. Tiada cara lain ke utk menyelamatkan company kereta nasional ini? X perlu lah DRB bina alasan utk melihat perodua sebagai model perniagaan yg berjaya bersama daihatsu n toyota. Boleh saja proton meniru model perniagaan perodua tapi cukup sekadar teknikal n operasi perniagaanya saja bukan melibatkn penjualan saham yg besar sehingga menghilangkan aset negara itu ke tangan syarikat asing. Yg penting bagi DRB, u jual, u dpt dana ekuiti. Suruh semua operasi prootn berkampung di tanjung malim, tanah di shah alam dh bleh buat duit, x gitu DRB?:P

      Lepas nie, jika pengambil-alihan syariakt asing nie menjadi realiti, dah bleh la kita semua nyanyi lagu ‘Warisan bangsa’ – “Anak kecil main api, terbakar hatinya yg suci… air mata darah bercampur keringat bumi dipijak milik orang… nenek moyang kaya raya, terbakar seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita… cinta lenyap di arus zaman…”

      my nukilan n my 2 cents je… x minta dipersetujui komentar nie… all the best proton:(

      cheers!


      • sentimen kena jual beli company tu lumrah alam bagi orang asing

        malah sekebal martabat bangsa jepun pun tumpas bila company anak negara sendiri kena jual/dibeli oleh company bangsa lain, tapi perniagaan jalan macam biasa

        ni lumrah alam berniaga, ia tak kenal negara, bangsa, bahasa atau agama

        jadi mengeluar sentimen sampai nak nyanyi lagu warisan bangsa agak bangang (terpaksa dikatakan) seolah olah benda paling perit negara perlu lalui walaupun ia asal hanya projek peliharaan tun mahathir.

        bagi saya kalau proton dilepaskan kepada company asing, apa salahnya?

        jika company tersebut mampu betulkan apa yang salah selama ini?

        lebih kurang sentimen orang british sekarang sebab industri automotive tempatan diorang musnah kerana kemasukan kereta import masa 60-an

        eg komen ini bukan berkaitan proton pun (saya orang atas pagar) tetapi benci apabila ia berkaitan dengan bangsa (atau kaum)

        bila berniaga, konsep pakai tongkat tak wujud, hanya wujud bagi kroni dan siapa yang mereka kena dan masih kena seleweng (majoriti orang melayu)

        jatuh tumbang tu jawab sendiri dan tuhan kenapa, bukan tuduh bangsa lain, bencana atau perkara mistik

        company macam GM tu tumbang tak ada pun kerajaan USA nak tolong, fikirkanlah


        • Mmm… bai, bab lagu tu sebagai tamsilan jer la… adooii… susah gak kalau org yg tak pandai baca benda tersurat n tersirat nie kn? Pastu mengaku pandai plak tu:P Sorry.

          Proton mmg la cetusan idea tun M. Banyak lagi idea2 yg hebat ketika era beliau menjadi pemimpin negara sehingga m’sia adalah seperti mana kini. Kn beliau Bapa Pemodenan M’sia?. Walaupun lately ada yg agak kurang setuju dgn tindakan semasanya, tapi setakat itu sajalah. Cetusan2 silamnya yg baik perlulah dihormati.

          Dlm busines, x salah pun jika company tu jadi milkan asing. Even lotus company british pun jatuh ke tangan prootn dan dicemburi oleh company2 lain dalam industri. Mgkin sebab tu la keluar mcm2 citer n spekulasi x benar bagi melemahkan reputasi dan memberi tekanan kepada prootn dgn situasi sekarang, menangani masalah semasanya. Dgn harapan prootn jadi lemah dan lotus dilepaskan:P

          Cumanya, proton nie adalah salah satu aset negara dlm industri. Kn ia sebuah projek kereta nasional negara dan salah satu intipati wawasan 2020? Tentulah ada kesan yg besar bila ia menjadi milikan asing lebih2 lagi oleh pesaing dlm industri. Even M’sia satu2nya dlm 11 negara industri yg ada projek kereta nasional. Hakikinya mmglah majoriti dlm prootn adalah melayu. Tapi x perlulah nk kaitkannya dgn company bangsa Melayu. Xde sapa pun fikir begitu melainkan bro sendiri…. Hei, kita bangsa Malaysia kn?

          Bro, for ur info; company ikon auto US seperti General Motor (GM) dan Chryler diambang bankrup pada 2008-2009 dan mejadi krisis besar kpd ekonomi US n industri autonya. Ini memaksa kerajaan US bailout USD85 billion utk menyelamatkannya dan re-struktur kembali proses pemulihannya. Wallaa… selepas 5 tahun company GM kembali pulih dan merupakan salah satu one of the most profitable companies in the world ( salah satu drp 40 company yg menguntungkan di US lebih baik drp company boeing n american express). GM mencipta profit USD22.6 billion sejak zaman gelap krisis kewangannya itu. So, di mana statement yg mengatakan kerajaan US x bantu GM nie?:P

          Cheers!


      • Salah satu syarat pinjaman mudah 1.5bill adalah mencari rakan strategik yang berdaya maju melibatkan perpindahan ekuiti. Selain itu PHB telah menerbitkan sehingga 1.25 bilion Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS).

        Pihak Kerajaan akan menyalurkan dana kepada Proton Holdings Berhad (PHB) bernilai RM1.25 bilion dengan menerbitkan sehingga 1.25 bilion Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS). Tersenarai dalam Bursa Malaysia, DRB-Hicom berkata Proton telah bersetuju untuk menjual saham berharga RM1 sesaham kepada Govco Holdings Bhd. Di mana Govco adalah 99.99% dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

        DRB-Hicom berkata jumlah langganan sebanyak RM1.25 bilion akan digunakan bagi tujuan pembayaran baki hutang tertunggak kepada pemiutang, vendor dan pembekal Proton.

        Govco akan menukarkan nilai 1.25 bilion RCCPS ke dalam Proton dengan mengistiharkan dividen belum berbayar untuk RCCPS (keseluruhan bernilai RM574 juta) kepada saham baharu 2.1 juta Proton pada akhir tempoh 15 tahun. Di mana saham milik DRB-Hicom di dalam PHB akan dicairkan dari 100% menjadi 20.72%, manakala Govco akan memegang kepentingan dalam Proton sebanyak 79.28%.

        Diulangi saham DRB dalam PHB dari 100% akan menjadi 20.72%. Sebelum berlaku pasti DRB akan menjual kesemua sahamnya di dalam PHB. Siapapun pemilik baru yang membeli dari DRB sahamnya akan menjadi 20.72%.


  • Baru kau org tau org melayu mcm mana…paling haprak la kalau buat bisnis semua nak tipu dah la gaji besar….agaknya bila dah kena seksa dlm kubur baru nak insaf kot


    • Mmm… nk tunggu komen sy gak ke? terharu la plak! ekeke… xde la… gurau.

      Pertama2nya, tahniah la kat hasil karya ilustrasi adik amirul kita nie. Bakatnya mmg tak dapat disangkal lagi:) Menilai ilustrasi dgn menilai model sebenar yg bakal menjengah dipasaran tentu sahaja adalah 2 perkara yg berbeza walaupun diyakini, ilustrasi adik Amirul dah dekat dah rekaannya seperti model sebenar saga R berdasarkan gambar2 yg tersebar di internet. Diharap saga R nie mampu memberikan pakej yg menarik dari segenap tarikan yg bleh diberikan n value for money. Apa2 pun hakikat harus diterima, model nie adalah entry level budget sedan A segment proton. X perlu pergi jauh membandingkan model nie dgn rekaan n spec spt. cerato, bmw, audi dll. Cukup dpt menandingi pesaing dlm liga yg sama seperti perodua Bezza n mitsu attrage, x gitu?:)

      Cheers!

Leave a Reply