Setelah beberapa foto SUV pertama Proton mulai tular di laman sosial, pakar 3D Idiyaz Baharuddin telah mengambil inisiatif sendiri dan cuba untuk meneka rupa jeriji baharu Proton pada model tersebut. Kami turut membantu beliau dalam usaha tersebut dengan memberi gambaran kami dan hasilnya tercetuslah rekaan 3D ini yang telah dimuatnaik ke laman Behance peribadinya sebentar tadi.
Pada kami, ini mungkin bentuk jeriji baharu Proton untuk model-model pada masa akan datang. Ia merupakan evolusi daripada jeriji yang diinspirasikan daripada wau bulan yang telah diperkenalkan pada model Gen2, Satria Neo dan Persona sebelum ini. Rekaan jeriji ini masih lagi digabungkan dengan elemen ‘single graphic face’ yang selari dengan lampu hadapan yang membentuk wajah keluarga Proton.
Yang pasti bamparnya tidak diusik dan mengambil terus daripada rekaan model sedia ada, Geely Boyue facelift 2018. Apa pendapat anda mengenai rekaan 3D Idiyaz Baharuddin terbaharu ini? Pada pandangan kami ia nampak lebih kemas, moden dan sporty. Jangan pulak ada yang kata rekaan 3D ini produk yang sebenar dah ler.
KLIK UNTUK BESARKAN
Logo Proton tu kalau buang coat of shield tinggal bulat je tu pun lagi smart. Besarkan sedikit.
Nanti budak modifikasi akan tukar logo proto kpd logo Geely