ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gedung automotif pertama di Malaysia, Naza Automall kembali dengan lebih banyak jenama

Views

Naza Automall kini kembali dengan lebih banyak pilihan jenama automotif, sekaligus menjadikannya gedung automotif pertama di Malaysia yang menawarkan tawaran menarik. Pelanggan Naza Automall boleh menikmati pakej istimewa yang hanya terdapat di sana untuk jenama empat-roda dan dua-roda di bawah Kumpulan Naza, termasuk tawaran menarik untuk segmen MPV dan SUV dari jenama auto yang lain untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Naza Automall juga menawarkan promosi nilai untuk wang dan keistimewaan untuk perniagaan lain di bawah Kumpulan tersebut, termasuklah hartanah, pertanian, pendidikan, insurans dan kewangan dan makanan dan minuman. Datuk Samson Anand George, CEO Kumpulan, Kumpulan Automotive berkata, Naza Automall adalah pusat kepada operasi syarikat. Ia menjadi destinasi sehenti untuk kehendak automotif bermula dari yang paling murah sehingga yang paling mewah.

Kempen promosi Naza Automall bermula dengan tawaran dari Kumpulan Naza kepada pelanggan yang membeli kereta dan motosikal dengan peluang untuk memenangi pakej percutian yang ditanggung sepenuhnya selama 4 hari 3 malam untuk menonton perlawanan separuh-akhir Piala Dunia FIFA 2018 di Moscow. Untuk maklumat lanjut sila berkunjung ke Naza Automall mulai 1 Mei 2018.

Diiktiraf sebagai bilik pameran automotif terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records, Naza Automall akan mempamerkan 14 jenama automotif baharu dan terpakai dari pelbagai segmen dan jenama termasuklah Maserati, Kia, Peugeot, Citroën, Chevrolet, Ducati, Indian Motorcycle dan Vespa.

Dengan keluasan binaan 250,000 kaki persegi dan mampu menempatkan sehingga 2,000 buah kereta pada satu masa, Naza Automall terletak di Petaling Jaya, Selangor dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin-Jumaat dan dari jam 10 pagi hingga 7 malam pada Sabtu-Ahad.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply