ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz Services Malaysia raikan ulangtahun yang kelima

Views

Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM) baru-baru ini meraikan ulang tahun kelimanya. Hanya dalam masa lima tahun, portfolio syarikat kini mencatat pertumbuhan kepada RM2.2 bilion dan telah membiayai empat dari sepuluh kereta Mercedes-Benz yang dijual, MBSM bakal berkembang pada tahun 2018.

Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Mike Ponnaz berkata, ia merupakan lima tahun yang hebat dan syarikat banyak perkara untuk diraikan dan salah satu daripadanya adalah sokongan jangka panjang dari rakan media yang terus memainkan peranan yang penting dalam kejayaan syarikat.

MBSM ditubuhkan pada 2012, untuk menyokong Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dengan pakej kewangan automotif yang invatif. Pada masa yang sama juga, MBM telah mencatatkan rekod jualan yang kukuh dengan jualan lebih 6,000 unit kenderaan. Pada 2012 dan 2013 MBSM memberi tumpuan untuk menubuhkan perniagaan, mengkaji kehendak pasaran untuk mula memenuhi aspirasi pelanggan Mercedes-Benz.

Selepas mewujudkan operasinya, MBSM terus melangkah ke hadapan untuk membina kesedaran yang lebih tinggi tentang peranannya dalam perjalanan pelanggan Mercedes-Benz sepanjang tahun 2014 dan 2015. Ini termasuklah pelanggan runcit dan korporat dalam kategori kereta penumpang serta pelanggan dari bahagian Kenderaan Komersil. MBSM memberi tumpuan kepada memperkasakan pelanggannya dengan memadankan pilihan pembiayaan dengan keperluan fleksibiliti kewangan yang berbeza.

Di sepanjang jalan, MBSM menandakan pencapaian lain iaitu, syarikat induknya, Daimler Financial Services AG (Daimler Financial Services) menduduki lima tempat teratas Tempat Kerja Multinasional Terbaik di Dunia pada tahun 2016. Fokus MBSM untuk menyokong pelanggan Mercedes-Benz membawa keupayaannya untuk mengenal pasti keperluan dan aspirasi pelanggan yang semakin berkembang. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, MBSM telah melancarkan penyelesaian canggih seperti Pembiayaan Agility dan Lease2Go yang telah mendefinisikan semula proses pemilikan dan pembiayaan kenderaan Mercedes-Benz.

Ponnaz menambah, syarikat mempunyai 16,000 pelanggan aktif dan mencatatkan kontrak bernilai lebih RM1 bilion dalam tahun 2017 sahaja. Syarikat amat berbangga dengan kejayaan tersebut dan memandang ke hadapan untuk mencatatkan pertumbuhan sejajar dengan pencapaian jualan yang luar biasa lebih 12,000 unit kereta Mercedes-Benz yang dijual oleh MBM, dan 2,469 unit Kenderaan Komersil tahun lalu.

Melangkah ke hadapan, 2018 akan menjadi tahun untuk mengukuhkan portfolio dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Turut hadir dalam acara khas tersebut adalah En. Thomas Hungerland, AAP Perhidmatan Kewangan Daimler, Ketua Rantau SEA, Hong Kong, Taiwan, dan Dr. Claus Weidner, Presiden & CEO, Mercedes-Benz Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply