ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely lancar jenama global baharu Lynk & Co

Views

Geely melancarkan jenama global baharunya, Lynk & Co di Sweden yang  merupakan hasil kolaborasi mereka bersama dengan Volvo. Serentak dengan itu juga, model pertama mereka sebuah SUV yang dikenali dengan 01 (dahulunya dengan nama kod CX11) turut diperkenalkan. Selain itu, Lynk & Co turut menayangkan sebuah model konsep sedan sport empat-pintu (nama kod CS11).

Dari segi rekabentuk, Lynk & Co 01 sememangnya bakal menarik perhatian ramai dengan bentuk yang sporty dan bergaya. Rekaan dalaman serta susun atur papan pemukanya juga sangat kemas dan nampak mahal, seolah-olah ia sebuah model SUV dari Volvo. Konsol di tengah papan pemuka dipasang dengan skrin sentuh berskala mega seperti sebuah peranti tablet dengan saiz 10.1 inci.

Jenama Lynk & Co ini akan mula berada dipasaran China dengan pelancaran model 01 pada hujung 2017. Ia akan mula mendarat di benua Eropah dan Amerika Utara pada 2018. Jenama ini akan berada di antara jenama Geely dan Volvo serta bakal berentap dengan jenama “arus perdana” seperti Ford, Hyundai, Toyota dan Volkswagen.

Model SUV 01 dibina berdasarkan pelantar/platform Volvo-Geely CMA, yang akan turut dikongsi bersama model terbaharu Volvo 40-Series (sebelum ini tampil dalam bentuk konsep yang dikenali dengan 40.1 dan 40.2). Beberapa pilihan penjana kuasa ditawarkan untuk model ini, dan buat permulaan ia akan dijana oleh enjin Volvo 1.5 liter tiga-silinder berkuasa 180hp.

Ia bakal disusuli dengan enjin 1.5 hibrid berkuasa 220hp, enjin 2.0 liter empat-silinder turbo, enjin 2.0 liter turbo hibrid dan akhir sekali adalah enjin elektrik sepenuhnya. Enjin enjin ini bakal digandingkan dengan pilihan transmisi tujuh-kelajuan DCT dan manual. Selepas pengenalan rasmi 01 (CX11), tiga lagi model bakal menyusul. Kesemuanya berkongsi pelantar/platform CMA dan antara model model tersebut adalah sebuah sedan (nama kod CS11), sebuah hatchback (nama kod CH11) dan sebuah lagi crossover (nama kod CC11).

KLIK UNTUK BESARKAN

go-redirectingat-com https-_blueprint-api-production-s3-amazonaws-com_uploads_card_image_252500_lynk_and_co_interior https-_blueprint-api-production-s3-amazonaws-com_uploads_card_image_252512_screen_shot_2016-10-19_at_8-10-43_pm lynk-co-1 lynk-co-2 lynk-co-3 lynk-co-4 lynk-co-5 lynk-co-6 lynk-co-7 lynk-co-8 lynk-co-9 lynk-co-debut-6 lynk-co-debut-7 lynk-co-debut-8

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply