ARKIB

KATEGORI

Buletin

LeSee – Bintang baharu filem Transformers: The Last Knight

Views
Promo video of LeEco's ‘LeSee’ all-electric car concept - Electrek

Ada kejutan terbaharu bagi peminat filem adiwira robotik Transformers. Sekuel kelima filem Transformers: The Last Knight atau Transformers5 bakal menampilkan sebuah kereta elektrik autonomi LeSee dari negara China. LeSee adalah kereta elektrik autonomi dari LeEco, syarikat yang turut mengeluarkan telefon pintar, televisyen dan basikal elektrik.

Ini bermakna LeSee akan bergandingan dengan Bumblebee dan Wipe-out dalam filem terbaharu arahan Michael Bay itu, namun tidak diketahui ia akan berada di jalan yang benar bersama Autobots atau membawa kemungkaran jika bersama Decepticons. Menurut pengasas bersama dan Timbalan Pengerusi Global LeEco SEE Plan, Lei Ding berkata LeSee akan menggunakan teknologi tercanggih seperti sistem pengecasan magnetic (tidak seperti pengecas standard J1772), stereng yang boleh dilipat dan disorokkan, paparan luaran untuk perkongsian maklumat (ibarat ia dipandu oleh minda robot atau bersedia untuk perkongsian kereta)

LeEco sebelum ini telah mengumumkan perkongsian bersama Aston Martin dan sedang membina kilang EV bernilai USD1.8-billion di China. Pada April lalu, syarikat tersebut telah mengeluarkan usikan (teaser) pertama LeSee dan rakan kongsi mereka, Faraday Future, bakal melancarkan kereta versi pengeluaran di CES bulan Januari tahun hadapan.

Jika anda masih ingat, rekabentuk LeeSee ini seakan model konsep C-concept yang telah dihasilkan oleh Pasukan Rekabentuk Industri MIMOS Berhad, Jabatan Rekabentuk Industri UPM, Jabatan Rekabentuk Industri UiTM dan Jabatan Rekabentuk Universiti Suan Sunandha Rajabhat, Thailand. Paling ketara sekali adalah rekabentuk bahagian belakang, betul tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

adaptive-control-2-1440-1 car3_highres leeco_lesee_electric_concept_car-hd lesee_ext_2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply