ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

GEMPAR : Foto Global Compact Car @ GCC Proton tersebar di alam maya!!!

Views

gcc front leak

Akhirnya kebocoran tidak dapat dibendung lagi. Inilah Global Compact Car @ GCC Proton yang semakin panas tersebar di beberapa laman web dan media sosial sejak pagi tadi. Saya pun dari awal pagi tadi lagi ada menerima foto-foto tersebut melalui whatsapp, namun tak disangka ia telah tersebar lebih awal. Sudah pasti ada yang akan membandingkan model ini dengan foto model hatchback kompak terbaru Perodua yang bocor tempoh hari. Yang paling ketara dibahagian hadapan terutama di bahagian bumper. Namun pada saya Global Compact Car @ GCC Proton lebih menarik.

gcc rear leak

Bahagian belakang juga kini telah terdedah dan nampak elemen rekaan Proton EMAS@Lotus ETHOS masih kuat, cuma dengan perbezaan bentuk lampu yang menegak. Dari pandangan belakang model ini nampak lebih lebar dan besar daripada model Savvy.  Foto-foto ini berkemungkinan diambil dari makmal ujian kemalangan MIROS, kerana terdapat pelekat yang tertera perkataan PC3 dan Safety Lab. Adakah foto bocor ini disengajakan untuk menarik perhatian ramai setelah foto model hatchback kompak terbaru Perodua tersebar? Kebarangkalian tu ada sebenarnya, hehehe…

* Comel model Global Compact Car @ GCC Proton ni kan? Ala-ala Ford Fiesta dari bahagian depan. Harap model ini mencapai penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, semoga berjaya Proton!. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

272 Comments


  • Thumbs Up Proton.
    Design yang sangat memukau.
    Diharapkan kualiti pun seiring dengan design yang gah seperti ini.
    xsabar menanti hari pelancaran.
    Persaingan yang sengit nampaknya dah jelas lah.
    Makin terasa bahangnya. Axia and Iriz ?
    Apakah pilihan anda ?
    Kepada Admin, perkembangan terkini berkenaan nama Baby ni tak da ke ?


      • Encik Kamal, itu pendapat saya. Pada mata saya, designnya menawan. Live x live itu cerita lain. Cuba encik beritahu saya, kereta mana yang tak ada masalah tikus dalam kabin? Cuba listkan.


        • byk saja kereta yg takda masalah bunyi tikus dlm kabin. honda civic takda. mazda 6 takda. nissan grand lavina takda, toyota vios takda. nissan almera takda, . kia picanto pun takda. myvi saya pun takda.

          tak penah merasa naik kereta/ drive kereta lain selain kereta proton ke?


          • puiiiii aku dh pakai grandlivina la, pun ada bunyi tikus laa….jgn nk kencing


          • biasa la tu bang.

            dalam seratus biji buah epal mesti ada satu dua yg buruk kan.
            mungkin abg kurang bernasib baik skit.


          • serius vios, mazda 3 dengan almera takdak bunyi tikus dalam kabin? buat macam mana eh boleh hilang bunyi tu? aku hantar servis dekat mazda dia cakap bunyi biasa ja. nissan almera depa cakap kalau laju memang bunyi angin dari luar. vios pon sama.

            sorry lah saya baru pakai sebijik kereta proton. tu pon suprima s. buat masa la ni tak rosak lagi lah. saya pemilik ke 12 terawal yang pakai suprima.


  • depan mmg cun…aku tak nafikan…but the back is too plain…Not match with front end design. The back is still far from fiesta or new rio.

    however, i hope proton can offer a good spec package for this GSC.


  • Tahniah proton…design superb…diharap model ini dapat melonjakkan lagi mmperbaiki perserpsi masyarakat terhadap proton…quality dan after sales perlu dipertingkatkan…nampak bayang2 sales myvi boleh goyang dgn GSC ni…


  • design depan dan belakan yg menarik… depan tampak Sporty juga. Belakang lebih clean dan comel… kombinasi yang menarik bagi aku… cuma kalau dapat tengok side profile lagi bagus… curve yang dekat bahagian pintu tu macam menarik juga… ape2 pon keep up the good works! tq bro Campromania share this news!…teruja… 😀


  • With this design, with a good branding and marketing Proton can go global definitely.
    Hopefully the quality as good as its design !


  • boot kereta ni boleh buka dari luar? ke macam suprima juga?atau proton pakai sensor bawah bumper?

    kalau pakai remote release, 4-5 tahun central lock untuk boot biasanya akan rosak. ikut pengalaman aku lah pakai persona SE. tapi nasib juga persona ada lubang kunci..so takde masalah kalau nak bukak boot dari luar..tak payah nak guna tuil kat bahagian pemandu.


  • Mmm… cantik. Mcm proton ikut respond sy plak ari tu suh buat lampu depan lebih detail mcm kereta audi/vw. Hehe.. bagus. Depan dia mengancam, blakang dia comel. Tinggal lagi interior jer lagi blum tau:) Chaiyok!

    Cheers!


    • Quote dari forumer lowyat:

      since someone already post about this leaked gsc car…
      i want to share about this car since i attend a car market survey last month… other than this car, the researcher also use swift, jazz, viva, myvi 1.5, brio and also brio amaze as a benchmark unit… all car logo and badge is fully covered all the logo and badge… btw, all candidates just need to give opinion based on looks and experience only… not the engine because they didn’t allow us to check the engine.. tongue.gif

      actually this car is quite good and well equipped…
      – projector headlamp with separate DRL
      – dashboard -> hard plastic with faux leather stitches (like new vios)…
      – sun visor -> you can pull extra cover at the side
      – door trim with leather finishing
      – push start button with keyless entry
      – VSC
      – leather seat
      – the bonnet space is quite big… larger than swift 1.4 model
      and many more to list down but i can’t remember tongue.gif


      • rm 60 ribu… murah.

        mahathir mahu proton keluar dari imej kerata murah. harga sama mcm keta import sekelas dgnnya baru ada class.


  • bonet belakang berape luas? kalau kecik, bkl pembeli yg dah bekeluarga atau akan bekeluarga atau bakal pembeli yg rancang nak pakai kereta ni dlm jangka masa yg panjang, tlg fikirkan jugak faktor muatan anda kalau nak beli kereta ini.yg paling penting… penggunaan bahan api. rasionalisasi harga bahan api masa depan mungkin membuatkan harga petrol akan meningkat dlm jangka masa terdekat, beli kereta baru memang seronok tapi igt duit kita yg bakal melayang dgn kos selepas pembelian kereta pun kena fikir jugak terutama petrol. ingat, pembelian kereta compec/kecil mcm GSC ni faktor utamanya bukan cantik tetapi sejauh mana penjimatan bahan apinya. kita dah pasti kereta compec mcm ni memang akan kecil bonetnya kalau nak banding dgn kereta sedan. tak kan la kita dah rugi tak dapat bonet luas utk isi barang, lepas tu kita nak tolak ansur lagi dgn penggunaan bahan api yg kurang menjimatkan??? aku akan tunggu dulu tgk penggunaan petrol kereta ni sebelum buat ape2 keputusan utk beli kereta ni. utk rujukan jom tgk model2 lain dlm penggunaan bahan apinya… viva 17.5km per liter, myvi 1.3 manual: 17.1km per liter., myvi1.3 auto 13.5km per liter, myvi 1.5 auto 11-13km per liter, utk Axia aku rasa lebih jimat lagi sbb guna enjin generasi baru dihatsu/toyota yg lebih ringan banding enjin2 sebelumnya tapi aku xdpt fc dia la sbb xkuar lagi kereta tu… honda jazz hybrid 21km per leter, jazz petrol 17km per liter. aku tak masuk la vios, almera n city sbb lain sekmen kan. so kesimpulan kalau penggunaan petrol kereta GSC ni kurang dr yg dicatat kat atas tu, lupekan je la nak pakai keretta ni, sebab sepatutnya ni kereta baru dgn RND baru patut penjimatan minyak lebih baik, kalau fc tak ok maknanya RND P1 tak mampu la nak kuarkan kereta bertaraf global. ingat pembeli kereta GSC ni, bila ke showroom P1 utk tgk kereta GSC ni nanti, asak sellmen proton tu dgn soalan berkaitan penggunaan bahan apinya, gear CVTnya, luas bonetnya, penambahbaikan yg ada pada enjin campro NFE, perbandingan kuasa enjin campro dgn enjin pengeluar2 kereta yg lain dll. cari maklumat dulu kat internet atau org yg tahu pasal kejuruteraan kereta ni. jgn telan bulat2 je ape yg sellmen tu cakap. buat macam kita mcm byk tahu psl kereta tu baru sellmen tak berani nak tipu kita, igt, kita org malaysia bukan org bodoh lagi utk diperbodohkan dgn produk2 yg tak ada kualiti. cara terbaik, jgn beli terus bila dilancarkan, tunggu dulu dlm 1 tahun, lps 1 tahun baru kita tahu masalah sebenar kereta ni dr pengalaman pembeli2 sebelumnya. jadi pembeli yg bijak k….


      • Tu la. Aku pun penat baca. Aku bukan nk kata apa, i ask some owner yang pakai preve CFE how their FC is, all i got for the answer is, Ntah la, the car drive good when the turbo kick. And then if the fuel empty, they just fill it.


        • Beli kereta ni, xkira model apapun, ia bergantung pada personal preference.

          Secara mudah, ‘you win some, you lose some’ laa..

          p/s: Lepas ni nak komen minta taip dalam perenggan. Kalau x, rasa macam xcukup nafas nak baca. Haha


        • Aku dah 1 tahun pakai exora cfe, trade in naza citra aku yg masa tu dah usia 8 tahun, banding dgn citra, FC exora jauh lebih baik, bukan saja FC tapi pick up, handling is much better than citra. Bawa exora tak rasa berat mcm bawa citra walaupun ketika full load atau climb hill. Sekadar nak main-main asap lepas bayar tol kat kereta-kereta jepun korea ni dah jemu sebab ntah dah berapa billioan molekul asap yang diorang sedut dari exora aku terutama lepas tol jalan duta ke bukit lanjan dan tol DUKE menuju ke tol jalan duta. Bukan nak riak cuma nak test power sekali sekala kehebatan cfe ni, tu baru cfe exora yg berat lebih 1.6 tan, mungkin nampak lebih power lagi cfe ni pada preve dan suprima dgn chasis yg lebih ringan. Biasanya turbo kick dah dapat rasa pada seawal kurang dari 2000rpm. Dengan adanya CVT, pemanduan sempoi dan bersahaja di bandar cuma melibatkan RPM di antara 1500 ke 2000 dengan turbo kick dapat dirasa bila ada keperluan memecut pada 2000 rpm, atas sebab ini aku rasa cfe ini menjimatkan minyak in real world. Ini pengalaman aku yg memang gunakan exora ni utk jalan2 bawa satu family di bandar. Biasala bila main dgn turbo adalah lebih sikit penggunaan minyaknya tapi kepuasaan pemanduan dan exhilarating semasa mengasapkan kereta lain is priceless. Trust me, at rm80k exora cfe is worthy. So far no problem, cuma sound insulation proton kena improve sebab penggunaan CVT, tapi boleh pejam sebelah mata bila kepuasan pemanduan dirasai. Dengar kata GSC ni guna turbo gak, kalu betul, aku akan rancang nak beli. Utk high spec (turbo + CVT), aku jangka GSC ini tak lebih dari rm50k.


    • Nampak sgt rasa tergugatnya…sampai pjng lebar komen….relek la takde sape pakse ko beli pun…tak suke sudah..ke ko salesman p2…


      • kalau rupa sahaja bagus tapi bila naik tak sedap tak selesa, myk makan kuat. payah nak laku jugak…

        lihatlah myvi… bukan smart sgt kerata tu. tapi laku byk.

        (rm 60 ribu.. murah je)


        • nanti… kalau FC ok… cakap rupa buruk pulak… ape2 je lah…
          kalau rasa Myabi korang the best…ok la, BEST…
          kami x kata apa pun…yang tak best psai Mybi


          • ada ka kereta proton enjin jimatfc bang.. rasanya takda kan bang?


          • aloo pentaksob produasampan, lu pegi try Proton Exora CFE dlu. mau tau la minyak dia ko boleh goreng Alzatinkosong tu.. kah..kah.. idup dlm dunia tempurung.. produatinmilo fanner..


    • aku pakai viva elite 1.0 auto xpnh pn dpt 17.5km/l… plg tggi kt highway pn dlm 14km/l… dlm bndr plg tggi leh dpt 12.5km/l… bg aku myvi 1.3 auto lg jimat minyak dari viva 1.0 auto


      • trust me suprima s lagi jimat dari myvi 1.3 se. dah pernah konvoi myvi adik dengan suprima balik kampung. myvi naik dua orang perempuan dengan dua kotak kertas double a dan beg galas, suprima naik 3 dewasa, 2 lelaki sorang perempuan dengan beg baju.

        drive dari alor star ke kelantan. avrage minyak myvi lagi tinggi dari suprima s.


    • saya ambil statement yang ni ye….” buat macam kita mcm byk tahu psl kereta tu baru sellmen tak berani nak tipu kita, igt, kita org malaysia bukan org bodoh lagi utk diperbodohkan dgn produk2 yg tak ada kualiti. cara terbaik, jgn beli terus bila dilancarkan, tunggu dulu dlm 1 tahun, lps 1 tahun baru kita tahu masalah sebenar kereta ni dr pengalaman pembeli2 sebelumnya. jadi pembeli yg bijak k”….

      apa pendapat anda tentang viva…bg saya viva dari segi penjimatan minyak dan powernye agak bagus itu pun jika ditekan minyak sampai kelantai…tapi dari segi kualiti viva boleh dikatakan kereta yang kurang berkualiti, sbb tak sampai 3 tahun rata2 enjin bergegar teruk, enjin bunyi bising. kalau eksiden faham2 jelah…tapi ramai yang membelinya….cuba kaitkan dengan statement kat atas tu…fikir-fikirkan.


        • ada myvi sedan ka… dia cakap pasal segmen kenderaan bukan pasal keja tampal buang logo.

          kalau keja tampal buang logo tu rasanya proton yg lagi pakar… tgk ispira. tengok accordana. skit pun tak ada beza ..memang tukar logo saja, bumper semua sama saja.


          • belajar smpai mana komen cam org x skolah… inspira & acordana tu proton re-enhanced. skrg lancer pon carry over setup suspension inspira & cvt cooler system. lantak pi la honda kasi accord model lama. sale accord baru x tergugat la bro.


          • cb model daihatsu tu pn jual kt malaysia,agak2 blh p ka perodua….model proton tu mmg xblh tukaq smua,nti xlaku plak model asal….


  • gambar nampak gempak. aku pon tertarik. tapi nak kene tunggu tengok live dulu. baru boleh decide. kadang2 gambar tak menunjukkan bende tu betul. harap2 design interior proton baru ni pon tak mengecewakan.


  • wow, design cues mmg menarik…. headlmap sgt detail n xnmpk boring…… cme spoiler nmpk janggal sbb edgy sgt n x proportion to body….. btw, most
    well designed hatchback from proton


    • macam ni nak takluk dunia… takluk indon dgn tahiland pun rasanya tak lepas.. design outdated… kalau keluar 2 tahun lepas rasanya in lagi tapi sekarang… dah jauh tertinggal.


  • Kereta proton selalunya tak cantik di gambar tapi cantik di mata. Kalau dah cantik di gambar agaknya di mata lagilah cantik kot, huhu


  • Proton ibarat gadis Melayu yang berdarah kacukan namun masih Melayu tetapi P2 ibarat minah Jepun yang diMelayukan dan mengaku Melayu dan jadilah P2 gadis Melayu celup…jadi pilihlah gadis Melayu tulen..PROTON..maaf merepek sikit


    • betul2.. kita bwk Produa tu mm bwk keta asing.. bwk Proton mcm suatu yg milik kita.. cuba try Suprima test drive betapa firm dn syoknya driving experience.. gi test drive dlu rasa superb . jgn ckp xde ilmu+ hati busuk mcm si Kamal redbean produasampan tu, family MPV -Exora performance, handling, FC lagi bagus dr Alzatinkosong.. space xpyh ckp la.. tinkosong mmg kalah.. so gi Proton test drive belek sendiri baru appreciate. jgn buka telinga dgr pencacai ProDaihatsu-kawin cerita.


  • Kereta proton selalu nye cantik kalu tgk dr satu sudut je..bile tgk 3d baru nampak ketidakstabilan design dia.cth persona..tepi nampak sport,dpn nampak eksekutif.preve kalau tgk dpn saje nampak smart,tp bile campur tepi nampak tertongeng..harap2 gcc ni okey la ye.kate nye budak muda yg design.kalau azlano duk nak amend je design nak bagi suit dengan dia punye philosophy pun,harap2 kereta ni akan nampak cantik jgk la.


    • selalunya macam tu la… yg ni pun tak terkecuali rasanya… besar kemungkinan memang mcm tu …tak seimbang, cuba belek2 gambar lepas lepas… kan ada gambar dari sisi… dari gambar tu memang dah boleh nampak design kereta ni tak seimbang …sama mcm preve.


      • cuba hang describe sikit tang mana yang tak balance tu. Hakikatnya mana ada kereta yang nambak “balance”, kalu nak betul2 balance buatlah design kereta macam kotak 4 segi ke, bola atau dacing ke. Setiap design kereta telah ambil kereta saiz chasis, ruang utk enjin dan cabin. Dalam kes proton GSC ni, nama pun compact car, tak der “buntut”, pastilah tak “balance”. Yg mungkin perlu di ambil kira adalah “proportionate” dan ini adalah subjective. Kalu hang tanye aku, berdasarkan gambar2 spyshot sebelum ini pendapat aku kereta ni amat proportionate dan menarik. Cheers.


  • fyi did you guys know that proton’s current engineering team consist of people from Germany, France, Greece , South Korea , Japan and lastly Italy….. I guest you guys didn’t know that did you……….Haha so its true what my dad says that proton is like United Nations of Cars …….

    Cheers …..


  • design dah cantik , not so so mcm leaked perodua axia. thumbs up. safety tip top , esc penting sekarang. tapi bila minyak jimat , paling tak pun reasonable bg aku , handling tetap top notch mcm kereta proton yg lepas2, shut up and take my money proton 🙂 hope handling sampan mcm myvi , viva. maintainkan trademark lotus handling tu wahai proton :DD


  • Dari atas aku bace comment2 kat sini…rasenye ade yg tergugat kot???? pasai apa??? pasai bentuk same er. Lepas nie suh proton tiru WISH & VIVA plak. mane er tau mencanak sales proton nanti. kahkahkahk


  • Pendapat saya, reka bentuk Proton GSC memang menarik. Tetapi Proton perlu ingat, harga memainkan peranan utama sama ada Proton GSC akan berjaya di pasaran atau tidak. Perodua dah tentu akan menawarkan Perodua Axia pada harga lebih murah, atau paling senang kita ambil contoh harga Perodua Alza sekarang ni.

    Silap-silap nanti ramai yang kata lebih baik ambil Perodua Alza sebab harga dah sama dengan Proton GSC. Mana tahu harga Proton GSC akan ditawarkan agak tinggi sebab banyak teknologi baru yang ditawarkan. Tetapi kebanyakan rakyat Malaysia tak pandang teknologi sangat, yang penting adalah harga.

    Sekarang ni harga Perodua Viva pula dah turun, memang Proton dalam tekanan yang tinggi sekarang ni..

    http://keretamoto.com/2014/06/16/harga-perodua-viva-diturunkan-di-antara-rm3000-ke-rm5300/


    • Bukan harga semata2 bro.. kualiti vs harga sbrnya. Klu murah tp asyik rosak ada org nk beli ke? jgn bg projection salah semata2 nk murah.. tekan proton dgn harga murah. Biar harga yg mampu cover kos kualiti.. Suprima masalah segmen dan rekabntuk yg tak fresh.. facelift dr preve so vs dgn harga memang kurang laku.. MyVi mahal tp kenapa masih laku no1? bkn faktor harga tp faktor kepuasan pelanggan yg menepati kehendak..


    • Mmm… perodua hanya tumpu kat model2 kompak sahaja. Bila prootn juga agak serius dgn pasaran kereta kompak selain model mpv n sedannya, dah tentu tekanan lebih kepada perodua bila kuasa pasaran yg selama ini didominasinya melalui model myvi akan berkurangan bila hadirnya GCC yg lengkap ciri2 menarik dgn rekaan yg lebih bergaya. Mgkin faktor harga menjadi percaturan, tapi sekiranya features n spesifikasi yg ditawarkan lebih memberi nilai dgn harganya, model nie akan tetap ada pembelinya.

      Apa yg penting, proton perlu terus fokus megnhasilkan model2 yg punyai rekaan yg menarik, lagi bergaya, memenuhi keperluan pasaran dan yg tidak kurang penting juga adalah ia value for money:) Gud luck proton;)

      Cheers!


  • Biar la perodua dgn usaha dia, proton dgn usaha dia..hangpa dok brkelahi ni pasai apa? Kalo dok bkelahi dgn org german ka, org korea ka, jepon ka tkpa la jgk..ni dok bkelahi sama sndiri. Bkn ari ni, dulu2 lagi – apa la!! Apa dunia keta ni hanya ada Proton dgn Perodua ja ka? Buka minda tu skit..
    Keta ni nampak lawa la dlm gambaq. Bopa duit ni?


    • betul tu proton dan perodua adik beradik lain bapa,masalahnya ada sekor lembu nama kamal nak komen pasal kereta kat blog ni, tu jd mcm ni


  • Yang sebenarnya aku perhatikan diorang yang bergaduh ni adalah antara salesman perodua dan salesman proton, biaselah masing masing tergugat, yang penting sokonglah perusahaan yang dibuat oleh umat islam, jangan bergaduh hanya kerana material….kenderaan untuk kau orang ke sana hanyalah keranda kayu…dah bersedia ke belum…renung-renungkan……


  • aku dgr platform GSC ni akan digunakan utk pengganti saga yg bakal keluar tahun 2015. so utk sesiapa yg bercadang utk berkeluarga atau selalu travel dgn brg2 yg byk, aku cadangkan tunggu sampai pengganti saga keluar. Baru pembelian yg berbaloi sbb dpt bonet lebih besar banding dgn kereta compec ni. bukan lama tunggu 1 tahun je. rugi la kalau beli kereta harga mahal2 tapi tak boleh bawa byk barang kat bonet. kalau bleh bawa brg sikit je baik naik motosikal .


  • Bg saya Proton got nice design at this GSC.. tk sabar tak tukar BLM.. hopefully launching nnti yg dh very2 minor problem.. interior ade leaked tak?


  • Apa anda rasa sekiranya bahagian depan kereta ini diubahsuai sedikit dan dijadikan bahagian depan pengganti Exora? Siapa setuju??


  • Wahai rakyat malaysia, jgn lupa janji kerajaan dlm aku janji PRU13 yg lalu, nak turunkan harga kereta sehingga 30%. Plez kerajaan mulakan penurunan harga dr GSC ni. Kpd semua penerima BR1M, seharusnya kita layak utk dpt tuntut janji kerajaan dulu. Selain kita layak dpt bantuan wang BRIM, sesiapa yg dah memiliki kereta yg berumur lbh dr 10 tahun, kita seharusnya layak jugak dpt baucer potonganh harga kereta sebanyak 30%. Baucer tu bleh ditebus dgn pembelian semua kereta nasional termasuklah GSC ni. Wahai kerajaan Mlysia, ketahuilah, kami rakyat anda tak mampu nak pakai kereta bsr mcm pak menteri2 semua, kereta p1 dan p2 jela yg mampu kami beli, itu pun dgn hutang selama 9 tahun dan kena pulak dgn faedah yg tinggi. Tlg bantu kami dgn tunai janji kerajaan masa nak PRU dulu. Kami sedih dgn kenyataan Tun M yg nak naik harga kereta sedangkan kami percaya selepas PRU kerajaan dah janji nak turun harga kereta. Kami tak minta lebih dri kerajaan Cuma tunai janji PRU dulu je. Kalau kerajaan tak mampu nak dgr luahan hati kami, maafkan kami kalau kami hukum kamu semua pd PRU 14 nanti.


      • turun? Krjn Selangor naik harga rumah hapus 7% diskaun bumi lg ader laa.. sorry maa mana ada turun ma.. air lombong kasi sedut naik laa.. haha.. suruh org atas sekali tu tuntut pakar janji auta air free dlu..


          • Fitnah byk diorng blajar kt Meloyakini.com. Tp mmg betul Selangor skrg yg murahnya rumah urut dan air longkang free. tanye MB la kot2 next PRU ade minyak urut free ke.. kah..kah butthurt macaiss


    • “…kereta p1 dan p2 jela yg mampu kami beli” lol melambak2 je aku tengok vios, honda city model baru atas jalan. Banyak harga kereta dah turun dah bro.. even perodua viva sekarang dapat cut off price.. cuba tengok website perodua.. even volkswagen punya models pun dah ada pengurangan.. preve n suprima and exora pun ada rebet.. tapi time2 promosi laa.. but still ia adalah pengurangan harga. Aku rasa GSC ni bukti yang Proton dah dengar luahan dan keluhan pemilik2 Proton dan orang awam. FYI aku ne takdelah sokong sangat kerajaan.. heheh


          • ko merepek apa ha? harry potter menatang jadah ape?
            hikmah dan hikmat sama je.. = kebaikan. dr bahasa Arab. sendiri jahil tp nk tegur org lain. pastu merepek2.


          • “Hikmat Pukulan angin kuasa kambing!!!”
            “Hikmah pukulan angin kuasa kambing!!!”

            Cam tak sama ja hikmat ngan hikmah nih.


        • bro…jgn cakap mcm tu..dia pun hanya sekadar luahkan perasaan tanpa menggunakan perkataan yang kurang ajar. tak salah pun permintaan dia..lagipun tak semua orang mampu nak beli kereta baru hatta proton sv sekalipun.

          yang pakai vios, city baru tu boleh dikategori golongan berduit.


          • heheh tau bro.. tak semua mampu.. tapi kehidupan kita kat malaysia tak adalah teruk sangat.. aku malas nak ulas panjang lebar sebab post ne berkaitan GSC.. Jadi in the mean time aku just nak happy and bagi chance kat produk baru proton nih. Steadyyy 🙂


  • Bro Campromania.. tolong sampaikan pesanan ni kat proton ye.. 🙂

    design depan bagi saya da perfect sangat so sy harap proton akan gunakan design ni untuk buat exora replacement or mpv dengan size Alza or lain2 segmen… so secara x langsung akan jimatkan kos RND… sebagai contoh Mazda n kia…


  • yg panas punggung tu dah penat nk komen..org x layan dia…bro,hidup ni jgn busuk hati sgt,x selamat nanti..dek kena sumpah dgn org tiap2 hari…by the way thumbs up proton..Berjaya menghasilkan kereta dgn hasil kerja anak tempatan. bukan semua Negara maju yang mampu hasilkan kereta dgn hasil usaha warga sendiri…bukan cut n paste yg pastinya


  • dulu ada perancangan untuk pelbagaikan model dari gcc ni kepada pengganti saga dan mpv segmen b, tu semasa era dsz lah.. sekarang ni saya tak pasti sama ada perancangan itu masih ada atau dah pun pupus, hehehe… kalau buat crossover pun cantik juga sebenarnya


    • I think zaman DSZ he is more realistic and promising CEO berbanding yg lain2 yg hanya ‘acting’.

      Tambahan pulak isu nak ‘mahalkan’ lagi Proton.. statement yg kurang sesuai pd masa ini. better tunjukkn kualiti dan design yg mantap..xperlu nk war2kan keta mahal atau murah. let customer classified.

      so pembeli akan appreciate apa yg mereka dpt dgn harga yg ditawarkan..(mahal atau murah defined by quality & design wise).


  • aku lagi suka kerusi proton berbanding myvi..badan kita bersandar dan santai..klu myvi kena duduk tegak..untuk yang kurang tinggi sesuai la kot..sebab tu myvi di gelar kereta gadis2.. :p


  • OK… aku igt aku baca komen kat PT td… rupanya aku still kt FD… ahaha… udoh2 le kawan… x suka, diam… suka, bunyi sikit…. suka gila, beli nanti… ahaha
    yang dok kata MyVi depa tu baguih dok ada… memang kami x nafi pon… ramai orang pakai… kalau hangpa rasa baguih… baguih la… dok taip benda2 yang menyinggung orang lain pon, dapat dosa ja… jom pakat tobat eh..


  • “Selain kita layak dpt bantuan wang BRIM, sesiapa yg dah memiliki kereta yg berumur lbh dr 10 tahun, kita seharusnya layak jugak dpt baucer potonganh harga kereta sebanyak 30%. Baucer tu bleh ditebus dgn pembelian semua kereta nasional termasuklah GSC ni”

    Malulah sampai bila nak kerajaan tolong…Usaha la sikit bro. Ko nak baucer bukan susah..sambung je belajar..kalau ada Diploma..ambik Degree..kendian Master..nanti baucer BRIM campur Baucer Buku RM250.00 tu ko bwk ke P1 dan P2..dgn bangganya boleh wat downpayment….
    Apa dah..semua nak org sumbat ke mulut. Usaha bro, dah berjaya, ko nak beli kereta kuda menari ke..Alpad ke..semua boleh….


    • Betul tu.. memalukan.. Ini mentaliti bangsa pemalas, semua mahu disuap.. sampai nk beli keta pun nk subsidi.. melampau.. kalau nk mcm2 pindah duk negara lain lh yg boleh bg mcm tu..


      • ini bukan mentaliti bangsa pemalas.

        mereka bukan mahukan kerajaan bagi diskaun (subsidi) keatas harga kereta.
        mereka cuma mahukan cukai yg dikenakan ke atas harga ASAL kereta diturunkan sedikit seperti janji kerajaan dlm aku janji janji ditepati barisan nasional PRU KE-13 yg menyatakan

        kerajaan barisan nasional akan mengurangkan cukai keatas kereta sebanyak 30% secara berperingkat-peringkat jika dipilih semula menjadi kerajaan malaysia.

        itu saja… itu hak yg dijanjikan kepada kita.

        ker.. apa tu cukai, apa itu subsidi pun ko tak tahu?


        • tk cukup murah lagi ke keta skrg sampai budak baru grad tapak kaki lemgik pun dh pakai keta baru?
          tk cukup bukti lg ke pagi2 di mana2 bandar kecik besar sesak dgn keta sorng sebiji?

          alooo bang.. mentaliti mau ubah lah.. janji Krjn tu dh ada, sedang berlaku. tp ada satu krjn lagi janji nk kais air free pun xbg2.. air utk hidup pun mungkir..so keta ni rileksla, ramai je mampu beli. xde kebulu rpun


          • Bro;
            Kerajaan semua ada agenda sendiri (Public Choice Theory). RizalRXZ mintak hak dia untuk janji tu. Normal lah bro. Harga kereta murah memang perlu dilaksanakan selagi rasionalisasi pengangkutan awam tak dibuat. Bro kereta adalah keperluan kecuali ada alternatif (pengangkutan awam). Kalau perfect macam Singapura (SMRT) dan TfL (London) isu kereta mahal bukan masalah lagi.

            Dah kau kenapa, tentu dia nak tuntut demand PRU, mcm mak kau janji nak bagi Aiskrim lepas cabut gigi waktu kecik kau tak dapat, ko tuntut kan?

            Eh. Proton Campro Eco-boost satu! 🙂

            p/s: Dgr kata engine of the year ford ada prob, macam Prince-enginePSA-BMW;


          • Mmm… bukan ker penurunan harga sedang berlaku secara berperingkat dlm tempoh 5 tahun nie dgn sasaran 30%? Biasa la alasan org x leh terima hakikat; Yg turun harga CBU>CKD, company yg turunkn harga bukan gov, guna komponen tempatan 80% dpt less cukai eksais until 65% berbanding until 105%. …Come on la, win2 situation dan itu adalah pendekatan n kaedah jer. Gov bukan bodoh buta2 hilang income utk pembangunan negara dan biar kan aliran duit keluar tanpa kawalan dgn lambakan kereta import. Perrrgghhh… Sorry:P

            Cheers!


  • headlamp does look so much nicer than Preve and Suprima S. The bumper have better design compare to Preve and Suprima S. The Proton wing looks bolder than Preve and Suprima S. Good job. Lets look interior.

    Proton, your Preve and Suprima S should refresh sooner!


  • ramai yg ckp GCC ni comel, sesuai untuk wanita tp lelaki apa salahnya? haha Bnyk Myvi yg modded lelaki punya.. Jika GCC ni setanding myvi dan pasaran modnya luas, nescaya kereta ini akan kelihatan mantap dan gerun.. Saya sdh lama nntikn p1 keluarkn kereta compak selain savvy, satria.. Kini saya ingin lihat p1 keluaran 4×4.. jdkan 1 eksperimen seperti juara..


  • proton sepatutnya jual model GCC ini pada harga 50K-55K…

    then upgrade/FL preve dan jual pada harga 80K-90K.

    perdana baru jual pada harga RM100K-120K

    kenapa saya cadangkan harga baru ini?

    Pertama,harga proton sekarang terlalu rendah dan sangat jauh beza dgn harga kereta jenama luar. jika ada harga yang hampir setara sekalipun, ia hanya dengan kereta segmen berlainan. Kalau proton dapat menjual pada harga baru ini, proton akan dapat meningkatkan margin keuntungan.

    kedua, mengubah persepsi yang menyatakan proton hanya boleh menjual kereta pada harga murah, sedangkan hakikatnya kos pembuatan kereta proton masih tinggi..nak tak nak harga jual kena naik agar dapat meningkatkan modal proton. Kalau tak, selagi itu proton tidak mampu membuat kereta dgn lebih baik. Tambahan lagi, jika hendak menunggu proton mencapai pengeluaran skala ekonomi, 10-20 tahun pun belum tentu dapat dicapai. Ini saja jalannya untuk proton menjana modal bagi mengeluarkan kereta semua segmen.

    Walaupun berlaku peningkatan harga ini, namun harga proton masih jauh berbeza dgn harga kereta luar pada segmen yg sama. cthnya jika harga preve RM80K-RM90K, ia masih berbeza antara RM10K-RM50K untuk kereta sekelasnya seperti altis, civic, mazda 3, sylphy, cerato, peugeot 408, jetta, dll. GCC pula jika RM55K masih berbeza antara RM10K-RM30K berbanding kereta sekelasnya..manakala perdana baru masih rendah antara RM10K-RM50K berbanding accord, teana, camry, 508, passat, dll.

    Langkah ini dilihat akan membolehkan proton lebih berdaya saing dgn kereta import dan seterusnya menaikkan jenama proton sebagai bukan pengeluar kereta berharga murah. Selain itu, dgn modal yang lebih besar hasil dari jualan harga baru ini, proton akan lebih “bebas” dan mampu mengeluarkan kereta dgn spec, trim dan enjin yang lebih baik.

    sekian dari saya..saya hanya mengeluarkan lontaran idea yg pernah tun M cadangkan sebelum ini..dan saya rasa kata2 tun M mmg ada benarnya.


    • dia dah mamun watpa p ikut cakap dia. bro kalau waras dan muda lagi sila pikir cara yang lebih baik untuk menguntungkan Proton dengan cara lain.

      Proton tak boleh letak mahal kalau tak memang tak terjual la and Proton sepatutnya murah lagipun kereta nasional kan. Tapi GCC memang lawa kalau price range dlam 36k-48k memang cun dah.


      • kalau bro diberi peluang..boleh pikir cara lain ke? kalau setakat nak tingkatkan jumlah eksport, tapi macamana caranya?? sbb tu tun M bagitau kereta proton patut dijual pada harga yg lebih tinggi dari skrg.

        kalau setakat cakap kerjasama dgn syarikat luar, tingkatkan eksport, tu semua perancangan je…sbb sampai skrg preve tak sampai2 UK/eropah/india/china. masing2 ada syarikat kereta sendiri. so macamana tu? kerjasama pun masing2 nak untung. sedangkan proton sendiri takde di win position.


        • saya setuju dgn pendapat lazim76. Biar realistik. Margin harga akan membolehkan proton hire designer yg lebih bagus, vendors yg lebih berkualiti.

          Nk masuk export market kena hasilkan kereta yg ikut kualiti antarabangsa so semua tu mesti ada margin kos yang betul.

          Jgn peduli sgt komen2 org2 yg xtahu selok belok industri keta ni.. tau nk murah je.. dhle market selling Proton sangat kecik.. lepas tu suruh jual murah.. berniaga jenis apa cm tu melainkan nk melingkupkan Proton je.


          • bole saja kalau nak upkan harga tapi mesti la berkualiti atleast mcm kia jual murah dari H dan T tapi lebih berkualiti material yang dorang gunakan. Jangan harga mahal tapi kualiti dan material mcm skrg ni. Preve materialnya masih di tahap yg kurang memuaskan tak dapat nak setanding dengan Forte yg harga lebih kurang.


  • Design depan dh cantik. Cuma blakang nya nampak mcm kosong. Kalau ada chrome bar, mungkin tambah serinya kot. Mata saya la. Mata org lain, x dapek den ngejaskan.. Yup harga… Below 30k would be great. But not more than 50k, it should do fine i think.


  • aku dulu kutuk proton.ada sebijik c200 kompressor.5 hr lpas ambik exora bold turbo.mmg terbaek mpv ni.mnyak save.accord br 2.0 cc enjin mengerang br dpt pintas bold masa d traffic light.tu po bold blom tekan hbis.enjin running in.terbaek kalo proton gsc ni sumbat cfe..gsc gti..cuma jaga kualiti interior.


  • diharapkan upgred-upgred yang best dari preve, Suprimeo, dan GSC ni dimasukkan juga ke exora klu ada facelift lg… nak angkat MPV nie exora CFE enjin da best dah cuma interior dan exterior bleh improve lagi. dpt projector headlamp mcm GSC nie pun dah cukup. kekeke..

    – improved gearbox cvt mcm pada SS ,
    – pedal shifter mcm preve , SS, GSC
    – dashboard lebih design terkini dan soft touch.
    – headlamp dan rear lamp lebih modern mcm preve / GSC ada DRL
    – airbags tambah lagi
    – plush comfort seats mcm SS pun ok.
    – harga up sikit pun mampu lg..


    • Betul tu bro.. sape penah drive Exora.. taulah performancenya. underdog. tp dh pakai tahu lah jimat petrol vs performance. kelajuan 130-140km/j enjin boleh senyap.. mcm xidup.. smooth giler.. blh accelerate force lg pd kelajuan mcm tu.. mmg byk ‘rahsia’ pelik enjin CFE Exora ni.

      cuma part interior itu lah yg agak kecewa. Seat leather PU kualiti rendah.. bnyk kecacatan pd seat suka bunyi bukan2.. plastic dashboard kena up sikit texture design.. pakai softdash.. family mpv ni kena ada ciri2 sentuhan menarik sbb melibat anak2-isteri-org2 dewas-muda. pendek kata semua golongan umur akan naik MPV.. berbanding segmen lain.

      Tp dsbbkn xde khabar fclift baru Exora.. sy angkat jugaklah awal tahun dlu.. so far so amazing.. aircond xpyh ckp lah.. rasenye setaraf bas ekspress Scania punya aircond ..POWERR!!


  • tgk gbr ni aku bleh kata mmg cun keta ni.. aku tak kesah la mcm fiesta ke apa ke, janji cun!!! syabas Proton!!! pasni tgk dalamnya pulak dan harganya brapa.. harap ada juga versi MANUAL!!! kalau ada TURBO MANUAL lagi best hahahaha!!!


  • topik facelift pulak, preve patut skang ni kuar facelift, exora kalau ada facelift pun baguih gak.. ramai mbr2 pakai mpv, ya lah umur mcm aku ni anak-anak nak masuk 2, 3 atau 4 org mmg kena pakai mpv.. exora, alza, wish, livina, ni lah yg paling popular setakat ni d kalangan mbr2..


  • wah cantik gcc tu..jgn demand lebih bro…harga nak ciput..performance nak macm golf or bmw..biar ber akal sikit…mana ada kete takde bunyi..klu tak berbunyi tak jalanlah bro..saya beli innova ada bunyi rattle dlm engine compartment..beli myvie ..siap pakej dengan orkestra (..mcm mcm bunyi dlm cabin..)..biasalah kete rm50k ..apa de hal..

Leave a Reply