ARKIB

KATEGORI

Buletin

GO Auto bakal lancar bas elektrik hujung tahun ini

Views

GO Auto kini berada atas landasan tepat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar dan komponen kenderaan elektrik (EV) serantau apabila bakal memperkenalkan bas elektrik dalam masa terdekat. Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, semua prototaip EV kini sudah hampir siap sepenuhnya.

Go Auto telah diberi kepercayaan untuk membekalkan bas elektrik yang melibatkan kos pelaburan bernilai RM30 juta daripada kerajaan negeri Melaka. Unit terawal bas elektrik dijangka diserahkan pada hujung tahun ini dan Go Auto juga dalam perbincangan terakhir untuk beberapa projek baharu lagi bagi membekalkan bas elektrik lain.

Selaras Dasar Automotif Negara (NAP) 2014, Malaysia menetapkan sasaran satu juta jumlah jualan industri (TIV) menjelang 2020, dan 10 peratus ialah EV. Pembabitan Go Auto dalam membangunkan EV dan komponen berteknologi tinggi adalah sebahagian usaha menjayakan NAP2014.

Ini secara tidak langsung meletakkan Go Auto sebagai antara syarikat peneraju utama yang komited mahu membangunkan ekosistem EV secara serius. Bagi memastikan penghasilan komponen EV berjalan lancar, Go Auto menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar EV seperti pembuat bateri Microvast dari Amerika Syarikat dan pengeluar bas Higer.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply