ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Peugeot Seremban dirasmikan

Views

Nasim Sdn Bhd mengembangkan lagi sayap jenama Peugeot dan telah merasmikan outlet terbaharu mereka Peugeot Seremban, Negeri Sembilan dengan kerjasama pengedarnya MN Otomobil Sdn Bhd. Dengan fasiliti berkeluasan 10,000 kaki persegi, Peugeot Seremban yang merupakan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) dilengkapi dengan lounge pelanggan dan Wi-Fi, selain enam ruang servis yang mampu mengendalikan sehingga 24 buah kereta sehari.

Dengan kos pembangunan RM2 juta, Peugeot Seremban akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Seremban dan kawsan sekitarnya seperti Rasah, Lobak, Senawang, Oakland, Nilai, Pajam, Labu dan Mantin. Terletak di No.29, Persiaran Industri Galla 1, Taman Perindustrian Galla, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, pelanggan boleh melihat dengan lebih dekat SUV terbaharu Peugeot 3008 dan model-model Peugeot yang lain. Bilik pameran dibuka setiap hari, Isnin hingga Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan hari Ahad dan cuti umum pula, waktu operasi bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pelanggan juga boleh menghantar kenderaan mereka untuk diselenggara dari Isnin hingga Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bagi meraikan pembukaan Peugeot Seremban, pelanggan di alu-alukan untuk memandu uji Peugeot 3008 bermula dari 7 hingga 8 Oktober dan juadah ringan turut disediakan. Semua model Peugeot didatangkan dengan lima-tahun waranti pengeluar bersama servis Peugeot Assistance selama tiga tahun dan akses percuma ke Sky Lounge by Naza di Skypark Terminal Subang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply