ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear lebarkan sayap ke Silicon Valley

Bendera Lembah Silikon
Views

Goodyear Tire & Rubber Company telah membuka pejabat pertamanya di Silicon Valley untuk berhubung dengan pengeluar kenderaan, pembekal dan syarikat permulaan berkaitan mobiliti yang sedang membangunkan kenderaan generasi masa depan dan model perkhidmatan. Fokus awal syarikat untuk pejabat di Silicon Valley adalah untuk mengoptimumkan tayar dan penyelesaian perkhidmatan untuk kenderaan swapandu dan armada perkongsian kenderaan, bagi menggunakan data tayar dan kenderaan untuk merancang penggantian dan servis dan berhubung dengan pemimpin dalam industri automotif untuk mempercepatkan platform inovasi sendiri.

Sebagai peneraju inovasi dalam industri tayar global, Goodyear mempunyai kepakaran dan pengetahuan hampir 120 tahun, bermula dari kenderaan penumpang dan trak komersial hingga ke pesawat dan jentera berat. Pejabat baharu Goodyear yang terletak di Sunnyvale, Calif di Plug and Play Tech Center, yang merupakan paksel teknologi dan dana teroka terbesar di dunia. Goodyear adalah ahli pengasas platform mobiliti Plug and Play yang dilancarkan pada 2016.

Pejabat ini juga merupakan lanjutan rangkaian inovasi global syarikat yang merangkumi pusat inovasi, pusat pembangunan dan tapak ujian tayar seluruh dunia. Rangkaian ini juga termasuk perkongsian inovasi terbuka dengan ramai pelanggan, pembekal, kerajaan dan universiti. Goodyear adalah salah satu syarikat tayar terbesar di dunia. Ia mempunyai kira-kira 65,000 orang tenaga kerja dan mengeluarkan produknya di 47 fasiliti di 21 negara di seluruh dunia. Dua Pusat Inovasinya di Akron, Ohio dan Colmar-Berg, Luxembourg berusaha untuk membangunkan produk dan perkhidmatan terkini yang menetapkan piawaian teknologi dan prestasi bagi industri.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply