ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia dan JKJR anjur bengkel keselamatan jalan raya

Views

Bagi memberi pengetahuan dan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan ekosistem memandu lebih selamat kepada semua disebabkan pertambahan bilangan pemandu setiap tahun, Goodyear Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) telah mengadakan satu bengkel keselamatan jalan raya. Bengkel ini menyasarkan untuk mendidik pengguna jalan raya mengenai risiko semasa memandu dan bagaimana cara untuk mengendalikan situasi berbahaya di jalan raya dengan lebih mudah.

Menurut Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, inisiatif bersama dengan JKJR merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya. Program seperti Worry Free Assurance juga telah diperkenalkan semasa bengkel ini berlangsung dan ia direka untuk memberikan pengalaman yang baik, selamat serta pemanduan yang berkualiti kepada pemandu.

Bengkel ini turut memberikan tips bagaimana untuk mengendalikan cabaran semasa berhadapan dengan situasi bahaya jalan raya yang tidak dijangka dan bagaimana untuk memastikan kenderaan dan tayar sentiasa dalam keadaan optimal. Tayar sememangnya memainkan peranan yang penting dalam keselamatan jalan raya. Bengkel itu juga menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai cara pemilihan tayar dengan betul, yang bukan sahaja penting untuk keselamatan malah dapat menjimatkan bahan bakar serta jangka hayat tayar lebih lama.

Keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik juga antara faktor yang mendorong kepada kerosakan kenderaan, sebagai contoh tayar pancit, calar, rim kemek, imbangan tayar yang tidak sekata dan juga kemalangan. Menurut Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 – 20201, yang diterbitkan pada pada 2013, kerosakan jalan dan tayar merupakan antara faktor yang menyumbang kepada punca kemalangan.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR), Dato’ Haji Rosli bin Isa berkata, mereka amat mengalu-alukan organisasi yang lain untuk bersama-sama mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya, kerana ia merupakan tanggungjawab semua pihak. JKJR berharap, dengan bengkel ini lebih ramai pengguna jalan raya dan juga masyarakat umum akan lebih peka dan sedar akan keselamatan semasa di jalan raya.

Program Worry Free Assurance yang diperkenalkan oleh Goodyear Malaysia meliputi kerosakan yang tidak boleh dibaiki disebabkan oleh bahaya jalan raya. Ia ditawarkan kepada pelbagai produk dan pengguna boleh menikmati jaminan bahaya jalan raya selama enam bulan dan layak untuk menuntut gantian setiap satu tayar yang boleh dibuat di mana-mana cawangan Goodyear Autocare atau Servitekar yang bertauliah.

Di samping itu, pengguna juga diberi pilihan pembayaran tanpa bimbang, iaitu pelan ansuran percuma 0 peratus faedah untuk tayar yang berada di bawah program Worry Free Assurance. Untuk maklumat lanjut mengenai program Goodyear Worry Free Assurance, layari https://www.goodyear.com.my/warranty/worry-free-assurance .

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply