ARKIB

KATEGORI

Buletin

UD Trucks dan TCIE lancar Croner serba baharu

Views

Tan Chong Industrial Equipment (TCIE) pengedar tunggal UD Trucks telah melancarkan trak tugas sederhana Croner serba baharu yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Tan Chong Motor Holdings Bhd, Dato’ Tan Heng Chew dan Presiden Volvo Group Trucks Asia & JVs, Håkan Karlsson.

UD Trucks yang dimiliki oleh pembuat trak gergasi Sweden, Volvo Group sejak tahun 2007 telah ditubuhkan di Jepun pada tahun 1935 sebagai Nissan Diesel. Ia memasuki pasaran Malaysia hampir empat dekad lalu menerusi TCIE – divisyen perniagaan trak Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH). Dinamakan sempena nama tuhan mitos Greek, Croner direka untuk tampil cemerlang dalam segmen trak tugas sederhana.

Croner serba baharu mengutamakan aspek versatiliti, waktu operasi dan keselamatan, ia direka mengunakan komponen tahan lasak serta berkualiti tinggi demi menawarkan kebolehpercayaan, meningkatkan produktiviti serta masa operasi. UD Trucks telah menghabiskan masa selama 1.7 juta jam dari segi kejuruteraan, 30,000 jam untuk menguji Croner menggunakan 90 rig ujian serta lebih 100 buah trak ujian demi memastikan kualiti yang luar biasa.

 

Apa yang menarik mengenai trak Croner baharu?

  • Ia merupakan salah satu trak UD Trucks yang paling menjimatkan bahan api.
  • Dikuasakan oleh siri enjin GHE yang digandingkan bersama transmisi automatik baharu.
  • Reka bentuk kabin yang lebih aerodinamik membantu kecekapan penggunaan bahan bakar.
  • Hadir dengan pilihan dua model berat kasar kenderaan (gross vehicle weight) iaitu LKE dan PKE.
  • Kesemua varian dilengkapi dengan sistem brek udara sepenuhnya (termasuk sistem brek anti kunci, ABS) dengan brek drum S-cam.
  • Sistem ABS yang digunakan dalam UD Trucks didatangkan dengan Agihan Brek Elektronik (EBD).
  • Pilihan suspensi udara pada model PKE untuk melindungi kargo pelanggan apabila melalui jalan yang kasar.
  • Dilengkapi dengan Front Underrun Protection (FUP) yang menghalang kereta penumpang daripada terperosok ke bawah trak jika berlaku pelanggaran dari arah hadapan.

 

 

Pelanggan yang membeli UD Trucks turut disokong oleh perkhidmatan UD Extra Mile Support. Ia merangkumi Servis dan Alat Ganti Tulen UD, Latihan Pemandu UD dan Perjanjian Servis UD untuk para pelanggan. Croner disertakan dengan sistem pemantauan jarak jauh UD Trucks – UD Telematics yang menyediakan maklumat tentang kenderaan, pengesanan lokasi, laporan bahan api dan membantu mereka memantau kondisi trak untuk pelanggan.

Ini merangkumi peringatan servis, diagnosis jarak jauh dan bantuan kerosakan yang pantas. Semua ini dapat membantu mengurangkan masa tidak boleh beroperasi, menambah baik penjimatan bahan api, menurunkan kos dan meningkatkan produktiviti perniagaan.Sempena pelancaran tersebut, TCIE turut menawarkan rebat menarik sebanyak RM10,000 untuk setiap tempahan Croner serba baharu mulai sekarang hingga Ogos 31, 2017. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Croner juga boleh menikmati pembiayaan penuh 100 peratus untuk pembelian mereka. Pembiayaan ini sah hingga Disember 31, 2017 atau selagi stok masih ada dan tertakluk kepada terma dan syarat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply