ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Harga atas jalan Perodua Bezza bermula dari 37k!

Views

Esok dengan rasminya tempahan bagi model Bezza, sedan EEV pertama keluaran Perodua akan dibuka. Kami pasti bilik pameran Perodua akan dikunjungi oleh ramai pelanggan yang datang untuk membuat tempahan awal. Spesifikasi model telah kami keluarkan dalam artikel sebelum ini.

Tinggal harga sahaja yang masih menjadi rahsia. Namun melalui maklumat awal yang kami terima, Perodua Bezza bakal dijual pada harga serendah RM37K++ untuk varian Standard G dengan transmisi manual. Di bawah kami sertakan senarai harga (atas jalan) bagi Perodua Bezza mengikut varian :

1. Varian Standard G – 1.0 liter 1KR-VE (transmisi manual) – Solid/Metalik :

Semenanjung Malaysia – RM 37, 300.00
Malaysia Timur – RM 39, 500.00
Labuan – RM 35, 819.43
Langkawi – RM 34, 889.43

2. Varian Standard G – 1.0 liter 1KR-VE (transmisi automatik) – Solid/Metalik :

Semenanjung Malaysia – RM 39, 300.00
Malaysia Timur – RM 41, 500.00
Labuan – RM 37, 979.78
Langkawi – RM 37, 049.78

3. Varian 1.3 Premium X – 1.3 litre 1NR-VE dengan Dwi Dual VVT-i (transmisi manual) – Solid/Metalik :

Semenanjung Malaysia – RM 42, 800.00
Malaysia Timur – RM 45, 000.00
Labuan – RM 41, 179.01
Langkawi – RM 40, 249.01

4. Varian 1.3 Premium X – 1.3 litre 1NR-VE dengan Dwi Dual VVT-i (transmisi automatik) – Solid/Metalik :

Semenanjung Malaysia – RM 44, 800.00
Malaysia Timur – RM 47, 000.00
Labuan – RM 43, 262.25
Langkawi – RM 42, 332.25

5. Varian 1.3 Advanced – 1.3 litre 1NR-VE dengan Dwi Dual VVT-i (transmisi automatik) – Solid/Metalik :

Semenanjung Malaysia – RM 50, 800.00
Malaysia Timur – RM 53, 000.00
Labuan – RM 48, 771.01
Langkawi – RM 47, 841.01

Anda rasa harga ini cukup mengujakan untuk membuat tempahan tak? Kami rasa harga Perodua Bezza bakal membuatkannya ‘laku keras’ tak lama lagi. Pastinya pesaing terdekatnya tidak akan duduk diam untuk menawarkan produk dan harga yang lebih baik. Nantikan kemunculannya secara rasmi pada 21hb Julai ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • Dengan harga serendah ini golongan pengampu boleh senyumlah lihat Proton terkial2 nak jual SAGA ke PERSONA ke untuk cover sales.. itupun engine Campro Pekak lagi pakai akan menyebabkan org xnk beli… enjin memekak yg menyedut kuat bahan api…

    kah..kah…kah.. DEDAK oh DEDAK.. another 3 billion for next 3 years…????


    • Jika saga² sedia ada & sebelumnya boleh dijual pada harga myr33k (1.3L) Dan myr49k (1.6L SE).. Maka model saga³ 2016 juga akan dijual dalam lingkungan harga yang sama..

      Enjin vvt 1.3L Iriz yang bakal digunakan saga³ 2016 telah mendapat pengiktirafan euro4 standard emisi berbanding Campro euro2..


      • Dengar cerita Axia pun cenggitu. Model yg betul2 rege 5x kapcai tu umpama ‘umpan’ untuk ke showroom je. Nk booking boleh makan berbulan, tu pun kalau dapat.

        Dan sesetengah showroom diakui agak handal ‘suggest’ customer untuk varian yg asalnya mereka tak nak pun, termasuklah bab warna sekalipun.

        *Tapi takdelah saya maksudkan ‘umpan’ tu secara negatif. Yg penting, customer jejakkan kaki ke showroom terlebih dahulu. And they do recognise that, hence capitalising on the fact *

        Tapi Proton terbalik kod pula. Iriz kasta atasan (1.6) pulak yg asyik dgr cerita booking tak kunjung tiba lately.

        Aneh2 syarikat2 automatif negara kita


        • Betul. Saya pemilik Axia model E. Paling rendah specnya. Kena tunggu lebih 6 bulan. Lepas centre Perodua kena marah baru dapat.

          Spec nie TIADA : Wiper Belakang, Heater Cermin Belakang, Penyangkut baju, side mirror tolak tangan, Tiada Meter RPM, Tiada Rim Aloy hanya Rim tampa Cover, Tiada Radio,Tiada Speaker, Tiada Antenna,Tiada penutup bonet (Biasanya jd tempat letak speaker belakang), Tiada tempat letak barang di bahagian hand break, tiada kocek belakang kerusi depan, tiada penyangkut teh tarik,

          Model E hanya ada Manual sahaja. Kenapa saya beli. Sebab budget Expenses tak boleh lebih RM 280 sebulan. Kalau ambik Spec G, dah lari budget,


      • Itu sebab Perodua meramalkan hanya 15% varian 1.0L akan terjual.. Kerana mereka telah merancang menghadkan pengeluaran varian tersebut sejak awal lagi.. Varian underpowered tidak patut berada di pasaran terlalu banyak.. Ianya akan mendatangkan persepsi yang buruk..


  • Mahal untuk sebiji A segment sedan.
    Starting price should be 30k for entry model with manual trans.
    Full spec siap bodykit bagai 48k OK.
    I guess we can wait to get to that price range when they started giving discounts.
    Wait for a year or two if not urgent.


  • overpriced…
    mahal utk sedan A segmen dgn enjin 1.0L…rasenya Iriz 1.3 lebih nilai utk wang kot.
    Saga wajib mula harga bwh rm35k utk kompetetif..


  • diharapkan warga P1 tidak mensia siakan weekend lepas dan akan datang dgn aktivitii lagho..eloklah cari kerja rezeki baru kerana masa depan P1 semakin pudar dengan adanya Bezza nie…


  • Bila tonton video kat pemanduan oleh Funstasticko, ada diceritakan forecast marketing mereka untuk model yg murah (basic) pun 15 peratus je.

    Maknanya untuk kes kebiasaan, ditambah pula demand untuk model auto, bolehlah kita aggar bahawa pembelian kebanyakannya akan bermula dari harga dekat 45k juga.

    Jika dilihat dari perspektif ini, tak de la murah sangat.


  • Bezza 1.0L under-powered.. Untuk sedan yang beratnya melebihi 900kg dengan kilasan 91nm akan sangat membebankan enjin bila mana penambahan berat sebanyak 100kg lagi ataupun 2 oang penumpang di dalam kereta..

    untuk kereta seberat 900kg kilasan enjin sepatutnya 110nm atau lebih.. Bebanan yang lebih untuk enjin memendekkan jangka masa servis dan jangkahayat enjin itu sendiri..

    ‘Induksi paksaan’ dapat membantu enjin tersebut meningkatkan kilasan 91nm kepada 130nm atau lebih.. Setara dengan enjin 1.3NA atau lebih baik..


  • Nak tanya, kalau beli yang Advance, pastu nak tambah bodykit Gear Up ni kira mcm mana? Sebab Advance punya dah ada side skirt. Bodykit ni pasang terus dari kilang kan so mesti diorang akan buang balik yang asal ataupun terus tak pasang yang asal bagi yang tambah Gear Up punya bodykit ni. Kalau tengok kat list harga takde plak special discount untuk pengguna Advance sebab dah ada side skirt asal.


    • Pertanyaan yang baik. Semasa Myvi gear up diperkenalkan, pernah juga tanya salesmen berkenaan gear up.
      Pertanyaannya begini “Jika saya telah menerima myvi baru beberapa minggu yang lalu, bolehkah saya menempah bodykit gear up untuk dipasangkan pada kereta saya dikemudian hari?”. Jawab salesmen tersebut “boleh”.
      Perbincangan terhenti disitu sebab merasakan puas dengan jawapan tersebut ketika itu.


      • sepatutnya bagi model Advance ni kena bagi rebate sebab memang sedia ada side skirt kalau trus masuk dlm loan. Kalau pasang lepas beli untung la sebab side skirt yang asal dapat balik. kalau trus pasang dari kilang diorang semestinya takkan pulangkan balik side skirt asal kan?

Leave a Reply