ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga baharu RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014!

Views

DIESEL_261213_TMIAFIF_004

* Foto hiasan

Bermula jam 12.00 tengah malam ini harga baharu bagi RON95, RON97 dan diesel akan berkuatkuasa. Buat pertama kalinya subsidi bahan api dihapuskan dan harga akan diapungkan secara terkawal mengikut harga semasa minyak dunia. Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter. RON97 pula turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter. Namun begitu harga bagi diesel pula naik sebanyak 3 sen seliter menjadi RM2.23 seliter. Kerajaan yakin dengan kaedah pengapungan terkawal terhadap petrol dapat membantu rakyat untuk menikmati harga minyak lebih rendah disebabkan kejatuhan harga minyak semasa ketika ini.

* Saya berpendapat lebih baik terus hapuskan RON95 kerana setakat ini terlalu minima penurunannya berbanding RON97. Sebaiknya kerajaan memberi subsidi terkawal untuk minyak diesel kerana ia boleh membantu mengawal kenaikan harga barangan. Apa pendapat anda?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Diesel untuk industri kini harganya cuma RM2.05 ke RM2.10 1 liter. Harga diesel di pam RM2.23 sen mampu menghapuskan penyalahgunaan diesel bersubsidi dan penyeludupan diesel. Lebih elok pengusaha lori dan bas isi minyak di tapak2 pembinaan atau di kilang-kilang. Penyeludup minyak, anda sekarang kena cari kerja baru. Membazir aje modified tangki minyak lori tu. Apa2 pun Nampak gaya macam kerajaan guna kesempatan ini untuk kutip semula subsidi yang dah terbocor sejak sekian lama.


  • bagaimana kita sebagai orang awam boleh mengetahui harga sebenar petrol?tiada ketelusan sebenarnya.syarikat minyak boleh meletakkan sebarang harga.sbb kita tak tau breakdown cost bagi penghasilan petrol kan?

    kita bukan tidak bersyukur bila ada penurunan, tp terkilan sbb masa kenaikan, subsidi dikurang.tp bila penurunan,subsidi dihapus pula.

    semua ini berpunca dari kecuaian dalam mengurus ekonomi, akibat ketirisan melampau dan rasuah. tapi akibat kecuaian tersebut,kita sebagai rakyat yang menanggung. sigh

Leave a Reply