ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Teana raih 5-bintang ASEAN NCAP!

Views

ACT0043FO_Nissan-Teana_22Oct2014_1366x7682

Program Penilaian Kereta Baru Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan bangganya mengumumkan Nissan Teana telah menjadi kereta pertama yang mencapai mata penuh dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP). Nissan Teana juga menjadi kereta pertama yang mencapai 5-Bintang dalam kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dengan 88% pematuhan.

Pengerusi ASEAN NCAP, Prof. Dr. Wong Shaw Voon, mengumumkan keputusan kepada wakil Nissan di Ekspo Motor Antarabangsa Thailand 2014, Muang Thong KESAN Thani, Bangkok. Prof. Wong berkata, “Tahniah kepada Nissan kerana berjaya mencatat rekod baru. Pencapaian ini juga amat membanggakan dan telah menetapkan satu lagi penanda aras bagi sedan keluarga yang besar. “

Nissan Teana adalah kereta ketiga dari Nissan yang telah berjaya menjalani penilaian ASEAN NCAP selepas Nissan March (November 2012: AOP 4-Star & COP 48% atau 2-Bintang) dan Nissan Almera (Julai 2013: AOP 4-Bintang & COP 52% atau 3 -Bintang). Tahniah Nissan!

VIDEO : Ujian Penilaian ASEAN NCAP Nissan Teana

ASEAN NCAP - Nissan Teana

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

ACT0043FO - Nissan Teana - Rating Plate - Draft 2 Body Region - Teana

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif