ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz rangkul 2 gelaran di Anugerah Kereta Tahunan NST-Maybank 2014!

Views

10382843_841418832548270_1089793891456525524_n

Walaupun baharu sahaja diperkenalkan, Proton Iriz membuktikan kehebatannya dengan merangkul 2 gelaran di Anugerah Kereta Tahunan NST-Maybank 2014. Sebanyak 70 buah kereta telah dicalonkan dalam 18 kategori. Iriz berjaya memenangi dua (2) daripadanya, Hatchback Kompak dan Anugerah Pilihan Ramai.

Sejak Anugerah Kereta Tahunan NST diperkenalkan pada 2002, Proton telah memenangi beberapa kategori dengan model yang berbeza termasuklah Proton Saga SV dan Suprima S pada 2013, Exora pada 2009, Proton Saga pada 2008 dan Proton Savvy pada 2006.

Secara kebetulan Promosi Khas Akhir Tahun Proton kini sedang berlangsung dan pemilik Iriz baharu akan menikmati jaminan pembuatan sehingga lima (5) tahun atau 150,000km, yang mana terdahulu dan 3 tahun atau 100,000km servis percuma (yang mana terdahulu). Tahniah Proton!

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments

Leave a Reply