ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hari Terbuka Kedua ASEAN NCAP 29hb Ogos ini!

Views

logo asean ncap

Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) akan menganjurkan Hari Terbuka kedua pada tahun 2013 bagi menandakan berakhirnya fasa kedua yang bermula pada bulan Mei dan berakhir pada awal bulan ini. Seperti yang diumumkan sebelum ini, kereta untuk fasa kedua telah diuji di dua makmal kemalangan, milik MIROS sendiri (MIROS PC3) di Melaka dan makmal kemalangan di Jepun Institut Penyelidikan Kereta Jepun (JARI) untuk kereta CBU untuk ASEAN.

Hari Terbuka kedua akan diadakan di pejabat MIROS di Taman Kajang Sentral pada 29 Ogos 2013 (Khamis) dari jam 10:00 pagi hingga 4:00 petang. Acara ini dibahagikan kepada dua sesi – pengumuman keputusan ujian yang akan diikuti dengan sidang akhbar pada waktu pagi dan mesyuarat pengilang ASEAN pada sebelah petang. Acara ini adalah terbuka kepada semua profesional dan peminat keselamatan kereta dengan maklumat untuk mendaftar boleh didapati di laman web ASEAN NCAP (www.aseancap.org) dan laman media sosial (Facebook & Twitter).

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal ASEAN NCAP, Encik Khairil Anwar dipetik sebagai berkata bahawa pendekatan fasa kedua agak strategik ke arah mencapai matlamat utama mempunyai NCAP di rantau ini. “Kami telah memperkenalkan kaedah penajaan yang diluluskan makmal rasmi lain untuk ujian dan penambahan segmen lain seperti MPV serta SUV dan ini bakal  memberi manfaat kepada pengguna ASEAN. Kami juga menguji varian model daripada sumber pasaran baru, di mana sahaja kereta yang dikeluarkan sama ada di Malaysia dan Thailand yang terlibat dalam fasa pertama, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS dan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu ASEAN NCAP itu, Prof Dr Wong Shaw Voon menganggap kejayaan ujian fasa kedua adalah berita baik kepada semua pengguna permotoran ASEAN kerana mereka akan mempunyai lebih banyak kereta dengan penilaian NCAP yang boleh membantu mereka apabila membeli kereta. Beliau juga menambah bahawa ” ujian tajaan juga bermakna pengeluar kereta akan menyediakan produk terbaik di pasaran ASEAN dan kami bangga untuk mengumumkan kepada semua apa yang ditawarkan pasaran automotif ASEAN hari ini. “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply