ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harley-Davidson buka butik gaya hidup di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Views

HD_0001

Selepas genap setahun sejak ia membuka bilik pameran 3S  di Juru Auto -City , Harley -Davidson Pulau Pinang telah melancarkan butik gaya hidup yang pertama di Gurney Plaza. Harley -Davidson telah mensasarkan jualan RM1 juta sempena pembukaan butik itu dan dijangka jualan barangan cenderahati dan aksesori bakal mendapat permintaan yang tinggi. Hadir untuk merasmikan pembukaan butik gaya hidup Harley -Davidson, Pulau Pinang adalah En. Zulkefli Hj Sharif , Ketua Pegawai Eksekutif , Biro Pameran Dan Konvensyen Malaysia ( MYCEP ). Turut hadir adalah Datuk Maruan Mohd Said, Naib Presiden Kanan, Bahagian Korporat Pelaburan Strategik, Kumpulan NAZA dan En. Nik Danial Nik Mahmood , Naib Presiden Bahagian NAZA Two Wheel.

Naza Prestige Bikes Sdn Bhd , pengedar rasmi motosikal Harley -Davidson di Malaysia, melabur RM1 juta untuk membangunkan butik gaya hidup berkeluasan 1600 kaki persegi yang terletak di tingkat satu Grould Gurney Plaza di Georgetown. Butik ini adalah tambahan terbaru kepada rangkaian Harley- Davidson di Malaysia, termasuk bilik pameran 3S Harley- Davidson Pulau Pinang di Juru Auto- City, bilik pameran 3S Harley- Davidson Kuala Lumpur di Petaling Jaya dan Galeri Gaya Hidup HarleyDavidson Kuala Lumpur di Suria KLCC.

Butik baharu ini adalah satu gambaran gaya hidup ‘ Harley’ yang menawarkan pelbagai pakaian untuk lelaki , wanita dan kanak-kanak, serta koleksi aksesori seperti cermin mata , tali pinggang , beg , barang kemas dan juga wangian dan lain-lain. Sempena sambutan pembukaan butik , Harley -Davidson Pulau Pinang menawarkan promosi diskaun 20 % untuk semua barangannya di butik itu.

Ketika ini Asia Harley Days sedang berlangsung sehingga 19 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC). Harley -Davidson Kuala Lumpur memperoleh keistimewaan sebagai salah satu lokasi daripada 11 negara di dunia yang memainkan peranan dalam sambutan rasmi Ulang tahun ke-110 Harley – Davidson dengan sokongan Kementerian PelanconganMalaysia . Sempena acara tersebut, hogs dari seluruh dunia berkumpul di Malaysia dan mengalu-alukan orang ramai untuk merasai gaya hidup Harley yang menakjubkan!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply