ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Hafizh Syahrin tawan litar Navarra!

Views

1013811_10152219962258356_2058222629_n

Pelumba muda berbakat negara, Hafizh Syahrin Abdullah, 19, telah melakar sejarahnya yang tersendiri dengan berjaya memenangi perlumbaan motosikal CEV Repsol Spanish Championship di litar Navarra semalam. Ini juga merupakan kemenangan pertamanya dalam Race 1 dan ketika ini berada dikedudukan ke-3 keseluruhan selepas menamatkan saingan dalam Race 2 di tempat ke-3.

CEV Repsol (Spanish Road Racing Championship), merupakan perlumbaan yang prolifik dalam melahirkan pelumba berbakat ke perlumbaan kelas MotoGP™, bakal dinaiktaraf pada 2014 kepada Siri Antarabangsa dengan acara yang diperluaskan ke negara lain dan akan dikawal selia oleh  Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM). Antara pelumba ternama yang dilahirkan dari CEV Repsol Spanish Championship termasuklah Casey Stoner, Jorge Lorenzo, Dani Pedrosa, Stefan Bradl, Alvaro Bautista, Nico Terol dan Julian Simon.

Tahniah Hafizh!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply