ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harley-Davidson buka pusat motosikal terpakai di Kuala Lumpur

Views

IMG_9129

Harley-Davidson Kuala Lumpur (H-DKL) telah melancarkan secara rasmi pelengkap untuk bilik pameran sedia adanya – Pusat motosikal terpakai Harley-Davidson! Pembukaannya dirayakan dengan penyerahan kunci kepada pemilik pertama ‘Harley’ terpakai tersesut pada sidang akhbar yang diadakan hari ini.

Pusat Motosikal terpakai, yang terletak di belakang bilik pameran utama Harley-Davidson di Petaling Jaya, telah diumumkan pada sidang akhbar oleh Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan NAZA. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah En Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden Bahagian NAZA Two Wheel , En Azian Ramli, Prinsiple Peniaga Harley-Davidson Kuala Lumpur,  Encik Raj Thangavelu, pemilik pertama motosikal Harley-Davidson terpakai dan ahli Harley Owners Group (HOG) Malaysia.

Jumlah sasaran jualan motosikal Harley-Davidson untuk 2013 akan menjadi 600 unit manakala motosikal terpakai Harley-Davidson akan menyumbang 100 unit kepada jumlah jualan. Pusat Motosikal terpakai Harley-Davidson adalah satu platform nilai tambah yang memudahkan trade-in motosikal  ke H-DKL oleh pelanggan-pelanggan yang sedia ada dan dikawal selia oleh pasukan juruteknik terlatih profesional Harley- Davidson.

Pusat yang baru dibuka kini mempamerkan pelbagai unit pra-milik yang disediakan termasuk 48 Sportster, Sportster XR, Dyna Wide Glide, Softail Fatboy, VROD 105 ke Anniversary Edition, VROD Nightrod dan CVO Ultra Classic.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply