Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru yang dikeluarkan pada Mac 2011 dan Mac 2012 untuk menggantikan lajur Electronic Power Steering (EPS) melalui kempen yang dinamakan “Preventive Measure Campaign”. Perodua akan menanggung segala kos untuk menggantikannya dan pemilik model tersebut disarankan untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua terdekat secepat yang mungkin.
Masalah tersebut boleh mengakibatkan pemandu akan merasa stereng berat sedikit semasa memandu pada kelajuan antara 30 km/h dan 40 km/h dan boleh dikesan apabila penunjuk EPS dinyalakan. Isu ini boleh diatasi untuk sementara dengan mematikan dan menghidupkan semula enjin kereta.
sumber : paultan.org
Ada pemilik Myvi generasi baru yang dikeluarkan pada Mac 2011 dan Mac 2012 kat blog ni tak? Kalau ada jangan berlengah lagi ke pusat servis Perodua terdekat ye 🙂
Kenapa lepas hampir setahun dah tau problem tu? Dari Mac 2012 sampai sekarang.. btw good recall..
mari kita tengok boon atau passo dorang recall juga tak…
saya pemilik viva mcm mana plak
tak kena, kalau perodua recall viva juga mesti diumumkan sekali
viva pkai EPS jgk ke?bkn ke viva pkai hydraulic power steering..
viva mane pkai EPS bang..model myvi baru & toyota jer 🙂
mmm, gerenti boon recall gak. Kalau tak, mmg boon pakai lain la.
boon / passo tak kena … part yang problem tu local (original tempatan) bukan import japan..
Lagi best…owh owh owh…Lagi best…