ARKIB

KATEGORI

Buletin

Haval H6 generasi kedua bakal muncul di Shanghai Auto Show

Views

SUV terlaris di China, Haval H6 generasi kedua bakal dilancarkan secara rasmi di Shanghai Auto Show pada bulan April nanti. H6 baharu bakal mendapat dua pilihan penjana kuasa, enjin 1.3-liter petrol serba baharu dan enjin sedia ada yang berkapasiti 2.0-liter turbo. Kedua-duanya bakal digandingkan dengan transmisi tujuh-kelajuan klac-berkembar dari Getrag.

Model baharu H6 ini lebih pendek 40 mm, namun ia semakin lebar 40 mm daripada model sebelumnya. Ruang dalamannya adalah bahagia yang sangat mengujakan dengan perubahan drastik rekabentuk papan pemuka yang sangat moden, dengan paparan kelompok instrumen digital sepenuhnya selain kehadiran paparan skrin infohiburan bersaiz 12 inci.

Di bahagian luar, H6 juga mengalami evolusi dari model sebelumnya dan wajahnya kali ini tampil dengan lampu hadapan ala Audi Q5, jeriji besar dengan jalur krom melintang dan lampu kabus berbentuk bulat. Rekaan belakang juga berubah dengan lampu belakang serba baharu, pintu belakang yang lebih diperhalusi dan paip ekzos berkembar dengan bentuk yang sangat unik.

Mengulas mengenai model ini, Pengarah Rekabentuk Haval, Pierre Leclercq berkata H6 adalah kenderaan yang paling penting untuk jenama tersebut. Untuk menggantikan produk yang berjaya sememangnya adalah tugas yang amat sukar, namun sebagai kenderaan paling laris keutamaan kepada pelanggan adalah nombor satu semasa membangunkan generasi kedua H6 ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Haval-H6-1 Haval-H6-2 Haval-H6-3 Haval-H6-4 Haval-H6-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply