ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Volvo mula usik netizen dengan XC60 generasi baharu

Views

Semakin hampir dengan ketibaan pameran motor antara yang termasyhur di dunia, Geneva Motor Show edisi 2017, pengeluar automotif dunia menghangatkan suasana dengan memuat naik imej usikan dan yang terkini datangnya dari Volvo. Generasi baharu SUV saiz-sederhana XC60 dijangka tiba di Amerika Utara pada penghujung tahun ini.

Walaupun disebalik selubung, kita dapat melihat imbasan rupa bentuk secara kasar model tersebut yang membawa elemen utama dalam rekabentuk kontemporari keluarga Volvo yang terkini, termasuklah lampu depan dengan jalur LED membentuk ‘Tukul Thor’. XC60 bakal menjadi model ke-empat Volvo model yang dibangunkan dari pelantar serba baharu Scalable Premium Architecture (SPA), yang sebelum ini digunakan pada model XC90 crossover, S90 saloon dan V90 wagon.

Pilihan penjana kuasa berkapasiti 2.0-liter dengan pengecas turbo empat silinder petrol dan diesel, dengan aplikasi hibrid serta kemungkinan dengan model elektrik sepenuhnya bakal ditawarkan pada model ini. Unit tiga silinder terbaharu Volvo juga bakal membuat kemunculan di beberapa pasaran terpilih pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

a2018-XC60-1 a2018-XC60-2 VolvoXC60-2018

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply