ARKIB

KATEGORI

Buletin

Haval H9 buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2018

Views

Go Auto Sales Sdn Bhd pengedar eksklusif SUV jenama Haval di Malaysia dengan bangganya mempersembahkan model terbaharu Haval H9 di pameran Malaysia Autoshow 2018 yang kini sedang berlangsung di MAEPS, Serdang. Haval H9 bakal dilancarkan secara rasmi pada suku ke-empat 2018. Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Go Auto Group berkata, Haval H9 merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk memberi lebih pilihan SUV mampu milik dalam segmennya kepada rakyat Malaysia.

Info ringkas mengenai Haval H9:

  • Dikuasakan oleh enjin 2.0L suntikan terus dengan pengecas turbo dengan 4-silinder 16-injap, dwi VVT yang mampu menghasilkan 160 kuasa kuda dan 324Nm daya kilas.
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif seperti sistem Program Kestabilan Elektronik (ESP) dari Bosch, Kawalan Menuruni dan Mendaki Bukit, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bersama Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, Sistem Lampu-hadapan Adaptif Pintar dan enam beg udara.
  • Haval H9 merupakan SUV 7-tempat duduk dengan ruang kabin yang luas.
  • Dilengkapi sistem pacuan empat roda (4×4).

Harga indikatif untuk model H9 bakal ditawarkan di bawah RM200,000. Haval H9 bakal ditawarkan dalam dua varian – Luxury dan Ultra dengan pilihan lima warna menarik seperti Alaskan White, Ebony, Sleek Silver, Kakadu dan Bronze. Model Haval H8 turut dipamerkan untuk tontonan umum supaya mereka dapat melihat apa yang bakal ditawarkan pada masa depan.

Untuk permulaan H9 akan dibawa secara CBU pada suku ke-empat 2018 dan versi pemasangan tempatan (CKD) dijangka akan diperkenalkan pada akhir suku ke-2 tahun 2019. HAVAL Malaysia merancang untuk mengembangkan pasaran eksportnya ke Myanmar dan Filipina selain pasaran sedia ada seperti Kemboja, Brunei, Batam dan Indonesia.

Syarikat menyasarkan jualan keseluruhan 2,650 unit kenderaan tahun ini. Sehingga kini sejak operasinya bermula pada 2014 hingga 2017, jumlah jualan keseluruhan mencecah 4,500 unit. HAVAL Malaysia kini mengadakan Reimagine Campaign dengan promosi semasa yangditawarkan kepada pelanggan baharu dan semasa Haval yang berminat untuk membeli SUV baharu dengan penjimatan sehingga RM3000.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada kempen, HAVAL Rocks The Town, SUV HAVAL bakal menjelajah ke seluruh negara dengan membawa pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk mencipta kesedaran tentang jenama tersebut. HAVAL Malaysia juga mengadakan peraduan dan menawarkan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi. Untuk maklumat lanjut layari http://reimagine.haval.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply