Setelah melancarkan Haval M4 Elite minggu lalu, Go Auto Sdn. Bhd. pengedar rasmi jenama Haval (dahulunya dikenali sebagai Great Wall Motor) bakal memperkenalkan sebuah lagi model SUV, Haval M2. Ia bakal dilancarkan pada bulan Mei nanti dan untuk kumpulan pertama hanya 100 unit akan dibawa masuk secara CBU dari China.
Haval M2 bakal bersaing dengan model-model dari jenama lain dalam segmen C seperti Hyundai Tucson, Kia Sportage, Honda CR-V dan Mazda CX-5. Walaupun dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik, ia bakal dijual pada harga di bawah RM100K. Spesifikasi belum lagi dimuktamadkan dan akan diketahui pada majlis pelancarannya nanti. Model ini telah dipamerkan di Berjaya Megamall, Kuantan hujung minggu lalu dan turut menjadi perhatian pengunjung di sana.
Sedikit informasi mengenai model Haval M2 :
ENJIN & TRANSMISI
– Haval M2 dijana dengan enjin petrol (4G15B) 1.5 liter VVT empat silinder Turbo.
– Enjin ini berkuasa 147 hp pada 5,600 rpm dengan 210 Nm tork antara 2,200 ke 4,200 rpm.
– Dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik.
REKABENTUK
– Rekabentuk dengan gaya DNA terbaharu yang lebih bergaya dan sporty.
– Bumbung berwarna hitam dengan bumbung suria.
– Lampu depan projektor baharu dengan lampu posisi LED.
– Lampu nyalaan siang LED (DRL) dibahagian bersama lampu kabus pada bumpar depan.
– Rim bersaiz 18 inci.
– Jeriji hadapan reka bentuk baharu.
– Tempat duduk kemasan kulit dua-tona.
CIRI-CIRI UNIK
– Lampu brek ketiga di belakang tertera perkataan HAVAL apabila menyala.
– Lampu di bawah cermin sisi tertera perkataan HAVAL apabila menyala.
– Tempat duduk pemandu elektrik boleh laras dengan enam-cara.
– Stering dengan butang pelbagai fungsi.
– Butang penghidup enjin.
– Sistem kemasukan tanpa kunci.
– Penghawa dingin dua-zon automatik.
KESELAMATAN
– Dua beg udara untuk penumpang hadapan.
– Beg udara sisi dan tirai.
– Tali pinggang keledar tengah tiga-titik (untuk penumpang belakang).
– Program Kawalan Stabiliti (ESP).
– Sistem pemantauan tekanan tayar.
– Kamera dan radar undur.
Enjin 4G15B ini Mitsubishi punya ke ? Dulu, Saga C21/C22 1.5 dan Wira/ Satria/ Arena 1.5 pakai 4G15P (mula-mula carb dan seterusnya EFI) tapi turbo tak ada. Kalau 4G15B ini betul-betul enjin Mitsubishi, untung lah. Chery Eastar pun pakai enjin Mitsubishi di Malaysia, tapi sekarang dah pakai ACTECO.
Boss…. rasanya yg nak dilancarkan ni ialah Haval H2 dan bukan M2 seperti ditulis. Harap maklum. Terima kasih.
Betul, betul… ada lagi correction; Haval H2 bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Mitsubishi ASX… bukan CR-V dan CX-5.
4G15B ini memang enjin Mitsubishi… diperbuat di kilang Shenyang Aerospace Mitsubishi Motors Engine Manufacturing Co. Ltd. di China utara.
bukan ke terang2 nampak kat gambar kan? 🙂