Sebelum ini kami pernah memaparkan artikel berkenaan C-concept yang merupakan kereta sedan segmen-C rekaan sporty dengan citarasa Malaysia dan Asia yang dibangunkan hasil kolaborasi bersama Pasukan Rekabentuk Industri MIMOS Berhad, Jabatan Rekabentuk Industri UPM, Jabatan Rekabentuk Industri UiTM dan Jabatan Rekabentuk Universiti Suan Sunandha Rajabhat, Thailand.
C-concept akan dipamerkan dalam bentuk model skala di Galeri Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia pada 1hb Mac ini. Objektif projek ini adalah bertujuan untuk :
1. Menerapkan kaedah penyelidikan terbaharu (PSD) dalam rekabentuk automotif.
2. Berkongsi pengetahuan mengenai proses pembangunan Rekabentuk Automotif sebenar.
3. Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya peranan Perekabentuk Industri kepada industri automotif.
4. Mengumpul data penyelidikan mengenai citarasa rekabentuk automotif dari pengguna di Malaysia dan Asia.
5. Menghasilkan rekabentuk baharu dengan citarasa Malaysia berdasarkan data yang dikumpulkan.
6. Peluang perniagaan baharu dalam industri automotif rekabentuk automotif antara Malaysia dan Thailand.
Kalau nak datang tengok model skala C-concept dengan lebih dekat, boleh la berkunjung ke Galeri Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia pada 1hb Mac nanti!
Tu dia…head of design proton pun xleh design kete camnie…lawa tuu….btw, apa kete last yg designer proton design sendiri pun? Banyak outsource jer..haha
APALAH LU MAT GUA TENGOK MACAM PREEVE TUAH PUN ADA.TENGAH MACAM GEN2 DEPAN MACAM KERETA PERANCIS PUN ADA.GUA TAK CAKAP KERETA NI TAK LAWA.KERETA JEPUN GUA TENGOK NAK MUNTAH PUN ADA ORANG BELI.MITSUBISHI ASTRAGE CONTOHNYA LAWA KE.ALMERA,VIOS BENTUK DNA SAMALAH.
Encik Taming Sari tengok yang buruk je nampak la buruk.Attrage tu memang la cacat dah rupa dia.Cuba tengok famili Lancer muntah darah ke tak.
Biasa saja. Design xmasak. Tahap amatur la diorg ni. Klo btul hebt kje dgn automotif compeni dh.
Mmm… nk puji sket rekaan bhgian belakang. Nice. Ada potensi dibangunkn. Ada sket ciri2 konsep honda civic 2016. Tapi sayang bila tengok bukaan bonet blakang kecik. X praktikal. Cantik n praktikal perlu dicari titik pertemuannya yg ideal:) Mmg penting kesedaraan rekaan industri yg cuba dipupuk ke dlm rekaan automatif. Tapi rekaan industri perlu juga memahami rekaan automatif kerana di dlmnya sentiasa terkandung aspek styling yg sentiasa ‘berbalah’ dgn rekaan kejuruteraan demi mencari titik kesempurnaan sesebuah design:)
Design depan…. masih kurang. Kreativiti garisan n dimensi agak terbatas. Bagian depan sekali pandang mcm rekaan kereta konsep renault zaman 90an yg dh kena reject. Hehehe… sorry. Anyway, usaha keseluruhan yg baik! Gud job:)
Cheers!
Kalau diproduksi… nantikanlah.. sindiran berbakul2… sebab org malaysia tak boleh tgk org malaysia buat kereta…
Hmm..mcm fauzan ckp..sy setuju…belakang dia lawa..futuristic..stylish.. Tp ad kekurangan..ialah..mana nk sempurna kt dunia ni..
Kalau nk dikaitkan bab design..bg sy..honda civic 2016 punya design akan cepat nmpak outdated especially dari depan..ford ranger facelift pun sama
..designer proton boleh buat design mcm ni..entah2 lg hebat..tp kena ingat.. C-concept ni model concept semata2.. Kalau jd utk produksi cnfm kena cut sana..cut sini..cost yg jd kekangan..akibatnya..mcm kbnyakan model2 lain..model produksi jadi kurang cantik berbanding model konsep =)
Mmm…. bleh bayangkan tak kalau rekaan facelift preve blakang dia mcm model nie… perrrggghh… meleleh. Konsep blakang preve sekarang nie bahagian lampu cekung, bila jadi cembung cengini, tentu sgt menarik n seksi:), even konsep blakang cengini prootn dh aply kat gen2/persona cuma diharap model2 selepas perdana terus guna tema cengini sebagai famili designnya:)
Cheers!
stakat concept bolehlah….xcompatible dengan production…overall design macam preve..tapi kata orang kampong depan hodoh
design yang kemas…kalau kene dgn warna mmg cantik..design cantik x cantik tu subjektif…kalau nak ikutkan design axia yang agak berterabur pun orang x kisah.design toyota vios yang x match diantara depan dan belakang pun orang pejamkan mata sebelah je, apetah lagi almera ( sbb buatan jepun )..kalau buatan anak tempatan kutuk x ingat dunia..rasenye yang kutuk2 bukan pandai sangat pasal seni rekabentuk..rasenye melihat dan menyimpulkan sesuatu perkara berdasarkan nafsu dan bukanya ilmu dan akal…
Ye ke engko ni bro naz,engko kate org pejam mate tgk design vios ngan almera?selama ni engko bace surat kabo je ke.huhu..kalau huduh semua org kutuk.tak kire la jepun ke japan ke nippon ke.org tempatan kalau buat design cantik,ramai je org puji.contoh cam tuah tu.
Cume bab kereta yg ni teman konpius sket.citerasa malaysia & asia tu dtg dari ceruk mane?kajian syok sdr atau kajian lagumana diorang buat.ade sape bleh bg pencerahan atau teman ade terlepas mane2.
Tq
Mmm… kereta2 jepun yg disebut tu bukan la hodoh bagi sy. Ada keunikan masing2 bergantung kat team designernya menyasarkan model tu utk siapa n apa:) Cuma sama ada kita suka atau tak. Vios sendiri telah menerima revolusi rekaan model sebelumnya dgn menyerlahkan pengalaman n styling pada setiap sudut dgn garisan2 tersembul n lipatan origami. Even perdana baharu nie pun mengambil aspirasi rekaan lampu depan vios. Interesting bukan?:)
Dan pernah terbaca, designer model nissan perlu master dlm seni lipatan origami sebelum bleh menjadi designer utk model2 future nissan. Almari… eh eh.. almera tarikan lebih mementingkan space sbb tu bentuknya seperti x berapa nk cantik dipandang bagi peminat seni reka. Tapi bila faham tujuan n keperluan yg diutamakan, rekaannya menjadi penilaian kedua dan segelintir masih bleh terima model nie dipasaran.
Teman pun konfius, bagaimana depa kata rekaan c-concept tu adalah citarasa asia n m’sia. Tapi kalau ikutkan cara kajian universiti, depa nie suka buat survey n kajiselidik jer. Tapi kalau depa nie buat kajian pasaran, depa perlu lihat jer model2 C segment yg popular di negara Asia. Dari blok negara Rusia, China, hingga asia selatan sehinggalah ke timur tengah sana. Kaji jer model2 popular terlaris di Asia nie dlm top 5 ker. Dari model2 nie kaji konsep rekaannya dan buat rumusan rekaan dan model rekaan berdasarkan maklumat nielah yg patut depa hasilkan model bercitarasa Asia/m’sia:)
my 2 kupang.
Cheers!
Pehhh…komplen sikit terus masuk kategori tak pandai seni rekabentuk.Obviously design ni bukan tak masak,bagi aku dah outdated.Survey taste negara mana la diorang buat ni.Burkina Faso?
Bahagian tengah je ok.Bontot & 1/3 bahagian grille sampai widscreen kena perbaiki lagi.Hood enjin tinggi sangat tu sakit tengkok nak drive,kena duduk tegak rapat ke stereng macam pempuan pendek bawak kereta siap lapik bantal bagi tinggi.Muka depan janggal,lampu dan grill tak harmoni.
Berkenaan dengan survey yang hang sebut tu fauzan,actually konsepnya sama je cuma survey diorang ni tak cukup menyeluruh.Diorang patut fikir awal-awal research data mana yang ada kemungkinan orang akan argue.