ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda buka pusat selepas jualan di Melaka dan Pulau Pinang

Views

Honda Malaysia mengukuhkan lagi khidmat selepas jualannya dengan membuka dua pusat 2S (Servis dan Alat Ganti) dan pusat Badan & Cat (BP) yang terletak di Melaka dan Pulau Pinang. Pusat 2S dan BP yang dimiliki Kah Motor Sdn Bhd terletak di Cheng, Melaka manakala JM Motor Services Sdn Bhd yang terletak di Pulau Pinang bakal menyokong pertambahan servis di wilayah Utara dan Selatan.

Setakat Mei 2017, Honda Malaysia telah menerima lebih 100,000 pengambilan servis seluruh negara setiap bulan. Wilayah Utara dan Selatan sahaja merekodkan 104,832 dan 95,605 pengambilan servis dengan peningkatan sebanyak 19 peratus dan 11 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Jumlah pengambilan servis di kedua-dua wilayah ini mencatatkan sebanyak 203,109 dan 176,326 pada 2016, naik 30 peratus dan 16 peratus berbanding lima tahun dahulu.

Kesemua 91 Pengedar Sah Honda kini dilengkapi dengan peralatan yang lengkap dengan teknologi termaju yang dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih dan hanya menggunakan alat ganti tulen Honda. Selain itu, Honda Malaysia turut melaksanakan kawalan kualiti yang ketat dan standard yang tinggi di setiap pusat servisnya. Sempena Hari Raya, 1,500 pemilik Honda (baharu dan lama) termasuk yang memandu kereta Honda terpakai (kecuali kereta recon), berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dengan hanya menghantar khidmat pesanan ringkas atau SMS bermula dari 12 Jun sehingga 6 Ogos 2017.

Cara untuk menyertainya sangat mudah, hantar jawapan beserta nombor pendaftaran kereta, nama penuh dan nombor kad pengenalan ke 39993. Soalan boleh diperolehi di bilik pameran Honda, laman sesawang rasmi atau laman Facebook Honda Malaysia. Satu (1) pendaftaran kereta hanya layak untuk satu (1) penyertaan. Semua pemilik Honda yang mengambil bahagian secara automatik mendapat kad petrol sebagai token penghargaan (tertakluk pada terma dan syarat).

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya, hubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply