ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Pusingan kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara – Pendaftaran kini dibuka

Views

BMW Motorrad Malaysia mencabar semua pemilik BMW GS untuk mengambil bahagian dalam Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara. Ia merupakan sebuah pertandingan menunggang motosikal yang menguji daya ketahanan dan melibatkan pelbagai bentuk muka bumi dalam usaha untuk memilih seorang pemenang. Pemenang tersebut akan mewakili Malaysia dan menjadi sebahagian daripada pasukan Asia Tenggara dalam pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy di Mongolia tahun depan.

Pusingan kelayakan akan diadakan pada hari Sabtu, 12 dan Ahad, 13 Ogos 2017 di Sepang MX Track. Pendaftaran hanya dibuka sehingga hari Rabu, 12 Julai 2017. Pada hari pertama, orang ramai boleh menyaksikan para peserta mengharungi laluan berhalangan mudah serta cabaran enduro yang lain. Pada sebelah petang pula akan berlangsung parti BMW GS Trophy dan pengumuman nama peserta yang layak untuk Hari Kedua.

Pada hari kedua, orang ramai boleh menyaksikan semua finalis menjalani cabaran kemahiran tunggangan GS Trophy dan sesi tunggang uji model-model terpilih BMW Motorrad turut diadakan sepanjang acara berlangsung. Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusingan Kelayakan BMW Motorrad Malaysia GS Trophy 2017 Asia Tenggara, sila layari laman sesawang: http://www.bmw-motorrad.com.my/gstrophy.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply