ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda catat rekod jualan tertinggi pada bulan Julai

Views

Honda Malaysia Sdn. Bhd. kini semakin mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif tempatan. Syarikat tersebut telah berjaya pulih dari penangguhan produksi yang disebabkan oleh banjir di Thailand pada tahun lalu dan berjaya bangkit pada separuh pertama tahun 2012. Honda Malaysia hari ini mengumumkan jualan pada bulan Julai merupakan jualan tertinggi dalam sejarah syarikat iaitu sejumlah 5,045 unit, yang juga rekod jualan bulanan tertinggi.

Honda Malaysia memperkenalkan 8 model baharu tahun ini iaitu, Jazz Hybrid, City facelift, CR-Z CVT, Freed S baharu, Insight facelift , Civic generasi baharu, Civic Hibrid dan Jazz S baharu. Honda City facelift dan Civic generasi baharu telah mencatatkan jualan 2,217 unit, yang merupakan 44% dari jumlah keseluruhan jualan pada bulan Julai. Civic generasi baharu juga mendapat sambutan hangat dengan jumlah tempahan sehingga kini melebihi 3,000 unit, hanya dalam tempoh kurang sebulan dari tarikh ia dilancarkan secara rasmi.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments

Leave a Reply